4.2.15

Paris à tout prix (Paris or Perish)



Pompuan-pompuan mesti suka tengok cerita ini sebab permulaan cerita sahaja dah tunjuk dah Maya Ben Latif (nama watak utama) bangun tidok,  dah terlambat,  pastu kelangkabut nak pakai baju,  bila dia masok bilik dia nenjia baju semua banyak tersusun,  kasut tersusun macam gila punya banyak.  Semua pompuan-pompuan punya impian hiduplah.  Jadi fashionista.

Samalah dengan Maya ni,  dia adalah pompuan keturunan Maghribi yang bermastautin di Paris.  Dia berkerja sebagai designer di bawah satu syarikat reka fesyen milik pereka ternama.  Kat tempat kerja dia,  ada beberapa lagi junior designer yang duk merebut setiap hari nak buktikan yang depa mempunyai karya dan idea yang boleh membuatkan depa naik pangkat dalam syarikat tu.

Then one day,  boss depa,  pun bagitau,  untuk pertunjukan fesyen akan datang,  sapa yang boleh bagi idea yang meletops akan naik pangkat.  So ini adalah peluang meletops untuk Maya yang dinantikan selama ini.  Dah 20 tahun dia mengejar dan mengatur langkah dalam industri ini.  Dia sure dah lepas ni segalanya penat lelahnya akan membuahkan hasil.

Tapi nak jadi cerita,  Maya ni yang adalah sedikit kelang kabut dan bangang jugak,  telah gagal meng-update VISA dia untuk menetap di Paris.  So like it or not,  dia kena HANTAR BALIK (deported) balik ke negara asalnya iaitu Maghribi.

Mau tak mau,  dia kena balik juga.  Tapi dia tipu kat tempat kerja dia,  dia kata dia sakit dan terlantar kat hospital,  sedangkan sebenarnya dia duk ada kat kampung.


click read more



Dia tak mau bagitau perkara sebenar sebab dia malu tentang asal usulnya.  Inilah intipati utama dalam cerita ini.  Dia ada banyak reason untuk tidak mengakui dan tidak bangga dengan asal usulnya.  Antaranya,  sebab perselisihan faham antara dia dan bapak dia.  Dia memang langsung tak pernah balik ke kampung dah almost 20 tahun.

Bila dia balik kampung,  memang abang dia made fun of her.  Sebab dia ni memang tak mau mengaku langsung yang dia ni orang Maghribi.  Paling celaka sampai dia langsung takmau cakap Arab.  Dia nak cakap French sahaja.

Lip lap lip lap.  Di akhir cerita,  dia berjaya mendekati dan mencintai tempat asal usulnya dan dari situ dia dapat inspirasi untuk buat rekaan pakaian yang amat meletops.  Menggunakan bahan-bahan berasal dari Maghribi,  dia siapkan juga sepasang baju dan dengan menggunakan passport adik ipar perempuannya (muka sama dengan dia) so dia terlepas terbang kembali ke Paris just before the show starts.

Boss dia sangat impressed dengan apa yang dia buat akhirnya dia berjaya dapat jawatan tinggi dalam syarikat itu. Habis cerita.






Pengajaran dari cerita ini

Kisah orang yang malu dan tidak bangga dengan asal usul diri memang dah banyak kali menjadi subjek utama dalam penceritaan fiksyen dan skrip.  Tapi,  manusia-manusia macam ini tetap akan wujud.  Kalau aku tanya kat ampa,  ampa ada tak kawan macam ni?  Yang tak sedar diri,  muka Melayu tok tok tapi tetap feeling wanita barat,  cakap Melayu pun pelat Inggeris macam mana ka.  Mesti ampa ada kan?

Style duduk ulu banat Cerok Tok Kun mana ka tapi bila tanya duduk mana,  tetap mengaku "My family stay kat KL,"  gitu.  Bila makan kuih bengkang, nahariam boleh tanya "Kak Jumie...what is this?"





Aku jumpa ramai orang macam ni

Actually kita tak boleh buat apa pun kat depa-depa ni selain menggunakan depa sebagai bahan gossip dan menambah dosa mengumpat kita.  Depa tak akan berubah pun.  Depa macam ada dalam dunia depa sendiri.

Orang macam ni sangat perahsia.  Macam watak Maya Ben Latif dalam cerita ini.  Setiap kali nenek dia telefon,  dia berdalih macam-macam sebab dia malu nak bagitau yang tok dia call dari tempat yang jauh dan coverage telefon kat sana adalah teruk.

Kalau ampa buka Facebook orang-orang macam ni,  Facebook depa hanya penuh dengan gambar-gambar traveling dan juga gambar bersama rakan-rakan antarabangsa mereka.  Kawan tempatan?  Erm....kalau tahap ke-style-listo hang adalah sangat up -to -date baru hang layak duduk dalam album Facebook depa.  Kalau hang just feeling pakai tops pasar malam dengan tudung bawal biasa (Takdak pusing-pusing) sorry girls.....Fashion u MALEISSSS sangat.

Takdak gambar keluarga,  rumah,  family,  adik beradik lain dalam Facebook depa.  Depa aturkan elok-elok agar gambar mereka tidak appear sesuka hati dalam album / gambar orang lain yang mengkin menunjukkan asal usul mereka yang mungkin tidaklah sehebat mana.

Ish aku ni punya duk mengata pasai orang macam ni sampai bila pun tak habis.  Banyak lagi boleh aku senaraikan pasai orang yang mempunyai sifat macam ni.  Sebabnya memang aku rimaih dan tak boleh pandang orang macam ni.  Bagi aku,  orang yang tak bangga dan malu dengan asal usulnya adalah orang yang LEMAH.




Ikon Yang Patut Dicontohi

Ada dua ikon yang mempunyai sifat yang 360 darjah terbalik dari sifar orang-orang aku sebutkan di atas iaitu Dato Siti Nurhaliza.  Nama ini sungguh tidak asing di Malaysia malah di mata dunia.

Why?  Sebab depa tak pernah malu dengan asal usul diri depa and the way they carry themself,  sentiasa berpegang kepada cara hidup depa sebagai orang Melayu dan orang Malaysia membuatkan depa berjaya.

Nak malu kena kutuk?  Dato Siti kena kutuk kau kau kot dulu sebab pakaian dia bertutup dan dianggap kampung.  Dia enggan ambil gambar dengan lelaki lain sebab itu adalah tidak manis untuk wanita tidak berkahwin.  Ramai menghemtam beliau.  Wartawan pun hemtam beliau.  Tapi tengoklah apa yang dia capai hari ini?  Dato Siti punya pegangan hidup, tak hidup dek puji. tak mati dek keji.

Kalau kita hidup nak tunggu orang puji ja,  OH KITA COOL SEBAB KITA HANG OUT DENGAN MAT SALLEH,  OH KITA HEBAT SEBAB KAWAN DENGAN ORANG MELETOPS SAHAJA,  sampai bila pun kita hidup dalam kerahsiaan macam tu la.




What i like about this movie

Aku suka gambar ini sebab dia punya gambar CLEAR and HD.  Dia punya sinematografi adalah meletops.  I also like dia punya skrip.  Sangat funny yang mencarut pondan-pondan tapi versi French.  Kau mampu?




What i dont like?

Kan last sekali dia buat baju meletops?  Actually dress tu tak meletops pun.  HAHAH k bye.




Rating

6/10

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com