2.2.15

Luahan Perasaan Isteri Terseksa

Sumber http://www.onislam.net/

Assalamualaikum Jumie,

Bukan hendak meraih simpati atau membuka pekung,  tapi ingin saya kongsikan kisah hal rumah tangga saya kepada pembaca blog Jumie sekalian.  Saya dah takdak sapa-sapa lagi untuk luahkan perasaan ini.  Semakin hari,  saya bertabah hati.  Kepada Allah saya mengadu dan berdoa.  Tapi saya harap melalui perkongsian ini,  mungkin ada teman yang sama senasib dengan saya yang mungkin dapat memberikan penasihatan,  kata semangat dan jalan untuk saya teruskan hidup.

Saya bernikah pada usia yang amat muda iaitu 19 tahun.  Perkenalan ringkas antara saya dan suami tercetus semasa saya menemani ibu dan ayah yang sedang mendapat rawatan susulan di hospital.  Tak sangka,  pertukaran nombor telefon itu membawa kami ke jinjang pelamin.  Saya akui,  dek terpukau dengan panahan cinta saya dapat rasakan tempoh perkenalan kami adalah amat ringkas.  Sedar tidak sedar,  kami sudah dijinjang pelamin.  Saya tidak kenal suami saya sepenuhnya.


Tahun ini,  pernikahan kami sudah menjangkau 12 tahun.  Dalam tempoh lebih 1 dekad ini pelbagai kenangan manis dan pahit yang saya lalui.


click read more


Segalanya Bermula

Selepas saya bernikah dengan suami,  saya dibenarkan oleh suami untuk menyambung pengajian.  Segala kos pengajian saya ditanggung olehnya.  Pada akhir tahun kedua pengajian saya,  saya mengandung anak pertama.  Alhamdulillah,  kami sangat happy kerana mendapat anak sulong lelaki pertama yang sihat walafiat.  Selepas anak kami dilahirkan,  saya menyambung kembali pengajian saya seperti biasa.


Semasa saya belajar tidak pernah ada perasaan curiga terhadap suami saya sehinggalah saya satu hari setelah berkali-kali saya call suami tetapi tidak berangkat dan berbalas.  Hampir seminggu jaraknya.  Hati mulai tidak sedap.  Tapi saya abaikan perasaan itu. Dia juga kembali ke rumah,  katanya sibuk dengan urusan tugas 'out station'.  

Tamat pengajian,  saya mendapat pekerjaan dan melahirkan pula anak kedua.  Hubungan kami biasa and tiada masalah.  Hinggalah kami mendapat anak ketiga.  Bermulalah kisah drama rumahtangga saya.


Suatu petang sedang saya duduk di meja makan,  sekonyong-konyong SMS masuk ke handphone suami saya yang kebetulan berada di atas meja makan.  Tangan saya mencapai dengan laju dan membuka pesanan ringkas itu.  Sebelum ini saya TIDAK PERNAH membaca and membelek telefon suami saya langsung.  Mungkin Allah nak bagi petunjuk pada saya.


Rupanya mesej itu datang dari seorang perempuan.  Saya terus jadi marah dan naik angin.  Berkali-kali saya desak suami untuk ceritakan siapakah perempuan yang menghantar SMS ini?

Tapi saya pula yang dimarahi oleh suami saya.  Dia bilang saya tak berhak ambil tahu urusan peribadi dia!  Selepas dia Berjaya mendapatkan semula telefon itu,  dia delete semua SMS dan no telefon dalam telefonnya.


Kalau sebelum ini saya bersifat bersahaja dan sangat relaks,  namun sejak kejadian itu saya mulai curiga dengan gerak laku suami saya.  Dan suami saya pula akan naik berang setiap kali saya bertanya kenapa dia pulang lewat.  Dia juga akan memaki hamun saya kalau saya menelefon dia hanya untuk bertanya khabar dan keadaan.  Pergaduhan dan pertelingkahan akan berlaku hanya kerana saya ingin mengambil tahu di mana dia berada dan dengan siapa.  Dia pulang lewat hampir setiap hari dan memberikan pelbagai alasan untuk menipu saya hidup-hidup.


Saya cuba untuk ‘spy’ gerak geri suami saya.  Tapi dia sangat licik dan bijak sekali.  Lama kelamaan,  dia menjadi lebih agresif.  Kalau dulu maki hamun,  sekarang dia sudah berani angkat tangan.  Hampir 4 tahun saya menahan seksaan zahir akibat lelaki yang bernama suami dalam hidup saya ini.  Sepak terajang sudah jadi makanan saya.  Sebagai seorang suami,  dia kena jadi pelindung,  tetapi tidak.


Pelanggan Tetap Hotel


Pada satu hari,  saya pernah mencuri no tel hotel yang terdapat dalam telefon suami.  Saya berlakon menjadi wanita yang ingin bersama dengam suami saya.  Kononnya,  saya telefon ke hotel untuk membuat tempahan.  Alangkah terkejutnya,  apabila saya mentioned nama suami saya,  tauke itu terus bersiat mesra dan memberikan harga yang rendah untuk saya. Katanya,  ini adalah rate istimewa untuk pelanggan teetap.  Malah tauke itu berseloroh mengatakan yang keselamatan kami akan terjamin.  


Ya Allah terduduk saya berlinang air mata saya Jumie..rase nak menjerit sekuat hati.  Tapi sapa saya untuk menidakkan semua ini Jumie.  Ya Allah Jumie rase dunia ni kosong.  Setakat ni saya sudah report polis dan buat medical report kerana suami memukul saya tetapi suami telah mengoyak semua bukti itu.  


CD Lucah


Saya sudah puas menangis bermandi darah Jumie.  Bayangkan pada mula perkahwinan saya, alangkah terkejutnye saya apabila melihat koleksi CD lucah yang terlalu banyak dalam rumahnye.  Saya bertanya kepada suami sampai bila harus menyimpan koleksi ini.  Katanye itu adalah 'FAVORITE' dia.  Dia tak mau buang.


Saya sentiasa memujuk suami supaya membuang segala CD tersebut tapi seperti biasa,  dia akan marah saya.  Apabila saya mempunyai anak sulung,  saya nekad membuang semua CD lucah tersebut.  Harapan saya agar menjaga akhlak anak.  Tidak mahu anak membesar dengan moral yang sangat rendah Jumie.

Saat Beranak


Paling tak dapat saya lupakan di saat saya melahirkan anak ke tiga.  Sedang saya meraung dan menangis menahan kesakitan melahirkan zuriatnya,  dia menengking saya di hadapan doktor dan jururawat “Kalau nak beranak…beranak je la…tak payah nak nangis bagai…”  Tamparan hebat bagi diri saya Jumie.


Ilmu Hitam

Untuk pengetahuan Jumie suami saya  ada bukti mengamalkan ilmu hitam dan saya telah terkena ilmu penunduknye hampir 11 tahun.  Saya masih dalam proses berubat dengan seorang ustaz dan alhamdulilah selera makan semakin ade dan paling gembira saya semakin sedar siapa diri saya dan perasaan benci kepada suami semkin menebal.  Kerana saya berkahwin kerana terkena ubat guna-gunanye Jumie.

Ustaz itu ambik masa 2-3 minggu untuk pulihkan saya kerana saya termakan makanan kotor Jumie.  Ya Allah Jumie,  hidup dalam keadaan dibodohkan.  Mengikut telunjuknye.  Makan benda kotor dan badan semakin kurus dalam masa seminggu 3 kg hilang dalam sekelip mata.  Apa yang tinggal tulang saja kerana ilmu yg digunakan Jumie.

Detik Hitam


Detik hitam pada diri saya bermula apabila baru-baru ini apabila saya telah berani untuk menumbuk wajahnya hingga berdarah kerana nak selamatkan diri saya yang dicekik oleh suami saya.  Pergaduhan ini bermula apabila dia jadi berang kerana saya dituduh terlalu mengambil tahu hidupnya.  Salahkah saya menelefon,  bertanya dan tahu tentang keadaan suami saya?  Saya ni siapa sebenarnya dalam hidupnya?  Dia berang kerana saya telah datang ke tempat kerjanya hanya kerana untuk melawat dia di pejabat.


Saya sudah tidak tahan lagi Jumie, saya tak nak pukul dia tapi dia yang menyebabkan saya bertindak untuk melawan.  Saya masih hormat pada dia sebagai suami tapi tahap kesabaran saya ada batasnya.  Sampai bila saya harus diperlakukan sebegini?


Sejak kejadian itu,  saya dan suami sudah tidak bersapa.  Langsung tidak bertegur.  Dia pun langsung tiada usaha ingin membaiki keadaan.  Tapi hati jadi tak ketahuan Jumie,  hari hari tengok muka anak-anak,  tengok muka dia.  Hati geram.  Saya tak tau apa yang harus saya lakukan!

Saya isterinye tetapi dia kata dia berkahwin dengan saya hanya kerana suka-suka dan tak pernah anggap langsung saya ini isterinye.  Ya Allah hanya Tuhan saja tahu betapa luluhnye jiwa saya.  Setiap kali bergaduh,  dia akan sentiasa mengugut yang dia akan ceraikan saya.  Bahasa dia juga semakin kotor. "Mampuslah kau, "  "Celaka punye bini,"  "Sial,"  dan macam-macam lagi adalah bahasa biasa yang saya terima darinya.

Lebih menyedihkan,  dia juga akan bercerita kepada keluarganya tentang pergaduhan kami.  Tetapi,  harapkan pagar,  pagar makan pagi,  keluarga mentua saya lebih bersifat negatif dan menggalakkan agar dia menceraikan saya.

Saya sudah tiada sesiapa di dunia ini.  Ayah dah meninggal dunia.  Ibu saya sudah tua.  Saya tidak ada adik beradik.  Saya hanya ada diri saya dan anak-anak seramai 4 orang ini.  Kalau nak cakap pasai harta dan duit,  lagi lah saya tidak ada apa-apa.  Dia akan buang saya begitu sahaja.  Harta apa pun dia tak mau bagi.  Termasuk anak-anak saya.  Harta dunia saya boleh cari,  tapi anak-anak?  Saya boleh mimpi ngeri setiap malam fikirkan kalau hidup saya tanpa anak-anak.  Rasanya dunia ini kosong tanpa mereka lagi.

Mak saya sudah berusia 70 tahun,  saya tidak pernah menceritakan kisah hidup saya pada mak.  Tak mau buat dia risau lagi.  Tak mau mak saya susah hati.  Saya cuma bercerita kepada kakak angkat saya,  sedikit sebnyak meminta nasihat.  Kakak angkat saya pernah berkata,  tiada berkat untuk bersama dengan seorang penzina.  Malahan Allah tidak akan bagi rahmat dan lindungan kepada saya.


Saya sedih Jumie.  Sedih sangat-sangat. Kini saya menghitung hari.  Kemana harus saya pergi Jumie?  Saya tiada tempat utk berlindung.  Saya nekad duduk dirumah juga demi anak-anak kerana jika saya keluar suami kata saya lari dari rumah nusyuz.  Saya mempunyai 4 org anak jadi apa yg harus saya lakukan Jumie..


Yang benar,

Wanie Azhar (bukan nama sebenar)




Waalaikum Ms Wanie,

Thank you kerana sudi berkongsi cerita dengan saya.  Bukan senang saya nak balas sesuka hati emel macam ni.  Hal-hal macam ni bukan hal ringan.  Tambahan pula,  kita tidak mengenali.  Mungkin komen dan pendapat saya tidak bersesuaian dengan pendirian Wanie.

Tapi harapan selepas saya paparkan kisah ini,  ramai wanita di luar sana boleh memberikan komen dan kata-kata semangat kepada Wanie untuk teruskan hidup.

Kisah wanita dipukau dengan ilmu hitam, terseksa dalam hubungan rumahtangga sudah seringkali saya dengar.  Ada yang end up kedua-dua pihak berpisah dan menemui kebahagiaan,  ada juga yang kedua-dua pasangan kembali bersama.  (Yang tu yang kami jadi geram tu).  

Dalam zaman modern ni,  kita tak boleh nak tolak kisah-kisah ilmu hitam ni bulat-bulat.  Jin and syaitan memang banyak duk keliling kita nak bagi kita sesat.  Tapi biasalah,  ilmu-ilmu syaitan ni dia tak akan kekal.  Sebab itu,  u dapat rasakan perubahan diri u sampai nak jadi kurus.  Lepas buat rawatan,  maka ilmu pengasih yang dia bubuh kat u dah menjadi tawar.  Sebab tu baru u nampak apa yang duk jadi dalam hidup u lani.

Tulah kalau pikiak balik,  malam perkahwinan u dah nampak lain macam,  laki u duk simpan gambar blue apa semua,  pastu dia panas baran dan suka gaduh-gaduh,  tapi you olls tetap nak mengandung anak sampai jadi 4 orang dah lani.  Memang anak tu anugerah dan rezeki dari Allah,  sebab tu lah kita nak kena jaga elok-elok.  Lani bukan zaman 50 an,  pi sekolah bawak nasik sayok keladi and ikan kering dah cukup.  

Sebab tu lah saya kadang-kadang tengok pasangan muda,  duk jadi risau,  anak banyak macam biskut.  Tapi perancangan tidak ada.  Bukan tak boleh ada anak ramai.  Tapi bila benda jadi taik macam lagu ni la kita tak mau.  Yang susah sapa?  Yang jadi mangsa sapa?

Kalau ikutkan I la Wanie,  laki u kata dia nak anak-anak kan?  Haa...amikla.  Amik semua.  U pun muda lagi kan?  Baik u mulakan hidup baru.  Laki yang ugut perempuan menggunakan anak adalah lelaki yang dayus nak haram takdak kote.  Dah banyak dah aku jumpa laki lagu ni.  Yang herannya,  bini depa ni segak-segak and lawa-lawa.  Boleh jadi model tudung anytime!  Laki muka macam pedofil,  stok-stok muka mat rempit.  Tu pun ampa nak hadap.

Sorryla kalau I olls ikut perasaan.  Tapi berpijaklah pada bumi yang nyata.  

Ada satu cerita nak jadi panduan kat u olls.  Ni bukan hadis Nabi.  Tapi i pernah terbaca.  Tak tau la sapa yang reka cerita ni,  tapi rasanya u olls boleh ambil sebagai satu iktibar.

Ada seorang lelaki,  dia hanyut dalam laut.  Dia duk berpaut pada satu batang kayu sahaja.  Then sampai satu boat nak mai tolong dia.  Tapi dia kata "Aku tak mau naik boat hang...aku dah doa kat Tuhan.  Satgi Tuhan selamatkan aku,"  Lepas lima hari hanyut,  dia pun mati dan jumpa Tuhan.  So dia tanya kat Tuhan,  "Awat hang tak tolong aku?"  Tuhan pun jawab "Pala hotak hang tak tolong.  Hang yang bodoh.  Aku hantar hang boat awat hang tak naik?"

Paham dak?

Saya harap Wanie tetapkan pendirian,  atur apa yang u nak dalam hidup u and amik tindakan sewajarnya.  Jangan duk tengok belakang sahaja.  Sampai bila u nak hidup macam ni?  

Kita ni selalu nak dengar apa yang kita nak dengar.  Tanpa kita sedari perlahan demi perlahan kita yang duk makan hati.  Macam saya kata kat diri saya untuk tahun ni,  buat apa nak complain?  Start doing what u should do.

Saya harap ibu-ibu bapak bapak yang membaca cerita ini sudi memberikan input positif untuk tatapan Wanie.  Kerna mungkin jawapan saya lebih sadis kerana saya mungkin tidak ada anak lagi.  

ps/  Yes,  memang takdak sapa boleh tolong diri u selain u sendiri.

Love,

Jumie Samsudin


2 comments:

  1. I like the way you reply the problems kak jumie :) hope i can be as strong as you

    ReplyDelete
  2. 100% like. muak sgt da bile dgr bini tkot suami amik anak. elok le biar je laki tu jg 4 org anak die. rasakan camne nk jg 4 org ank tu. bile da xtahan die bg kat mak budk2 tu balik.lgpon dr awl lg ptut p repot kt mahkamah. mahkamah bukn bodoh nk bg hak penjagaan kt bapak lagu tu

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com