16.1.15

Ulasan Fesyen Red Carpet Golden Globe Awards 2015 Part 2



Uzo Aduba In Randi Rahm

Dress ini sangat cantek,  tapi simple ja sebenarnya. I olls suka kalau wanita kulit gelap menggunakan colour-colour berani dalam pilihan baju depa.







Claire Danes In Valentino

Deni dari dulu pilihan fesyen dia adalah agak funky dan pelik.  Dia ada pilihan dia tersendiri.  Untuk baju ini,  i olls tak tau la nak kata suka atau tidak.  Some part aku suka,  some part rasa macam tak suka pulak.  I olls suka maybe corak pada kain tu ada efek bulu-bulu,  nampak macam 3D.




Keira Knightley In Chanel

Siriesly calon baju hodoh.  Dia nampak macam pelakon extra dalam rancangan drama musikal.  Style yang akan duduk kat background,  watak takdak dialog. Buat jalan-jalan sahaja.




Anna Kendrick In Monique Lhuillier

Dah lama tak tengok orang pakai dress kembang-kembang kain organza macam ni.  I suka colour and efek bintek bintek pada skirt dress ini.  





Zosia Mamet In Andrew Gn

Ramai yang kutuk kata dress ini huduh.  Bagi i olls dress ini cantek cuma,  depa tak buat fitting elok-elok.  Kalau diketatkan sedikit agar esentuate bentuk badan pompuan ni and of course buat rambut and make up yang lebih MADE UP adalah lebih meletops.  Yang ni nampak duk merepek sorang sorang dalam rumah amik selimut buat dress pastu rakam jalan ketwok.  Video jadi viral.





Melissa McCarthy

Percaya dak?  Baju ni dia jahit sendiri menggunakan baju baju yang dia memang ada kat rumah.  Dari segi mutu jahitan im sure dia telah buat kerja yang baik.  Tapi design ini menampakkan beliau seperti cikgu-cikgu sekolah yang nak buat persembahan koir.





Tiziana Rocca

Semuanya tak kena.  Dress ini tidak sesuai untuk red carpet pun sebab nampak more santai.  Dress ini jugak tak sesuai untuk beliau kerana pompuan ini nampak kertu.  Last but not least I olls rasa,  muka pompuan ni pun tak sesuai untuk red carpet sebab dia nampak makcik-makcik orang putih yang style tak elok punya tiba tiba dapat free make over.  Pastu,  tolongla....PI SERIKA KAIN TU DULU BEFORE MAI RED CARPET!





Jenna Dewan Tatum In Carolina Herrera

Sangat nice!!  First time I olls rasa i nampak bini Channing Tatum ini memakai colour yang bukan colour itam.  Maybe now dia berani sebab dia dah dapat badan penari yang meletops balik.





Naomi Watts In Gucci

Beliau memakai rantai yang sama di pakai oleh Kate Beckinsale tidak lama dulu.  Tapi apa pun,  overall dress ini tidak cantek.  I donch like the hair,  the upper part of the dress.  Beliau nampak macam tidak kemas.





Leslie Mann In Kaufmanfranco

Good choice mak ayam.  Warna kuning meletops dan eksesori hijau memang always in!




Elettra Wiedemann

Colour dress ini tidak sesuai untuk beliau.  Sapa kata orang kulit putih pakai dress colour apa pun elok?  



Lorde In Narciso Rodriguez

Aku suka beliau sekarang dah berjinak-jinak untuk menfesyenkan diri beliau untuk majlis besar seperti ini.  Rantai diamond itu adalah sangat meletops. I olls suka.






Laura Carmichael In James Galanos

Simple and boring. NEXT




Amal Clooney In Christian Dior Couture

Beliau nampak tua dalam dress ini.  And that sarung tangan?????? Do you need that.  Percubaan red carpet sebagai Mrs.  George Clooney yang amat membosankan.





 Robin Wright In Ralph Lauren

Relaks ja makcik ni.  Safe bajet.  Dia pakai shirt body hugging warna hitam.  Pastu amik kain apa ka...buat skirt.  Pastu bagi la terbelah sikit.  





Gina Rodriguez In Badgley Mischka

Better dari dress organza kulapok roti yang beliau pakai untuk People Choice Award.




Jennifer Aniston In Saint Laurent

Mak ayam ini kerlas.  Aku suka bahagian pinggang pada dress ini.  Sangat class. 




Laura Prepon in Christian Siriano

Kerlas mak ayam ni.  I ingat raya tahun ni i nak buat dress macam ni.




Taryn Manning in Oscar de la Renta

Dress ini buruk.  Tak sangka Oscara de la Renta yang buat.  Maybe yang ni dress-dress yang reject.  Rambut beliau jugak buruk.  






Rene Russo, in J. Mendel

Lama tak jumpa mak ayam ini.  Dress ini cantek walaupun nampak a bit ketat kat bahagian paha.  Beliau nampak santai dan dress ini sesuai untuk usia beliau.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com