19.1.15

Ulasan Anugerah Juara Lagu ke 29

Keputusan AJL 29 yang berlangsung semalam sekali lagi membuktikan bahawa institusi penganugerahan seni muzik tanah air ini yang berusia hampir 3 dekad tidak dipengaruhi oleh kuasa media, pilihan peminat apatah lagi populariti lagu dan penyanyi itu sendiri. I olls sendiri tersengap dan ternganga apabila lagu Apa Khabar diumumkan sebagai juara. Siriesly aku tidak expect langsung.


Keputusan yang mengejutkan, persembahan yang mantap adalah gabungan yang tidak mengecewakan penonton setia seperti I olls yang saban tahun membuat kenduri makan-makan bersama teman-teman untuk tonton AJL bersama. Namun ada juga beberapa perkara yang membuatkan I olls sedikit sangkak.




click read more


Persembahan Pembukaan


Ramai yang berpendapat bahawa alunan muzik instrumental berentak rock seperti paulan drum rancak, gorengan duitar oleh otai-otai rock itu sebagai KRIK KRIK tapi bagi I olls sebagai persembahan pembukaan alunan muzik itu adalah menggempakkan. Sifu M Nasir juga adalah pilihan yang tepat untuk membuat persembahan pembukaan ini. Tapi sorry, i olls terpaksa menolak kutukan u olls mengatakan baju M Nasir adalah seperti Obi Wan Kenobi. Hello! Kerlas kot u olls. Beliau nampak muda.


sumber  http://www.rotikaya.com/


Emcee


Tahun lepas padanan Scha Alyahya and AG dihentam teruk kerana they olls adalah tidak best langsung. And I olls membekap depa kerana bagi I olls itu adalah kali pertama gabungan depa. Tapi, aiiyo. Come one. Depa dua nampak sangat amatur. Dalam soal ini I olls bersetuju dengan pendapat suami I olls iaitu “First time bukan alasan untuk tidak bagus. Hang kena profesional la. Kalau ini kerja hang. Hang kena preparelah macam mana pun,”


I olls amat kecewa kerana sudah menjelang tahun 2015 tapi penerbitan TV3 hanya mampu menyediakan kad manila bercetak untuk rujukan skrip kepada Emcee. Awat ampa masih tak mampu nak pasang prompter ka?


Emcee kedengaran sangat kelangkabut. Bercakap seperti dalam konti radio. Tiada susunan kata yang berinformasi dan tepat pada situasi. Olahan dan respon Emcee kerap kali sangkak (awkward) dan berterabur. Skrip yang baik dan tersusun adalah amat penting agar penyampaian mereka nampak lebih profesional. Ada part dimana emcee bacakan twitter dari para peminat tapi Scha terbaca satu Twitter yang sebenarnya memberikan komen negative. Kalaulah bacaan Tweet adalah berdasarkan Twitter yang telah dipilih oleh penerbit / penulis skrip, perkara ini tidak akan berlaku.


Lebih tidak profesional apabila mereka ingin memberi suntikan informasi mengenai produk yang menjadi sponsor utama event malam itu. Orang dah bayar berjuta, takkan kita nak sebut ja apa yang kita nak sebut? Biarlah orang luar kutuk Qu Puteh kau-kau, tapi ini adalah sponsor ampa, so janganlah bagi komen yang seolah-olah nak memerli.


Pakaian emcee malam ini tidak bersalin-salin. Ini adalah strategi baik untuk memastikan program berjalan lancar (tak buang masa tak tentu pasai). Tapi I really hope that Scha pakai warna yang lebih menonjol. Dress nude itu membuatkan beliau nampak blend in.


Harap pihak berkenaan menemui solusi mengenai masalah pengacaraan ini.





Sumber http://www.rotikaya.com/

Persembahan 1 

Lagu : Malaikat

Penyanyi : Hazama The Penglipurlara

Composer : Omar K Mike Chan and Hazama

Lirik : Omar K Mike Chan and Hazama


Bersesuaian dengan tajuk Malaikat, Hazama pakai baju putih dan baju itu bertindak sebagai layar untuk mainan animasi lampu. Satu idea yang kerap kali digunakan dalam persembahan pentas. Tapi instead of tunjuk pungkok kat kami, kan lagi baguih kalau Hazama kalih depan dan animasi lampu tu main di atas badan Hazama. Kami pun boleh tengok kepala and muka dia masa nyanyi.


Apa pun, nyanyian beliau adalah floles. Relaks and tidak over. Like tahun lepas masa nyanyian Penglipur Lara dia adalah over loncat-loncat in the end jadi semput macam mana ka.


Tapi I olls tidak suka apabila Hazama mai dalam kalangan penonton untuk menutup persembahan beliau. Macam turn down sangat.




Sumber http://www.rotikaya.com/


Persembahan 2

Lagu : Percayalah

Penyanyi : Indah Ruhaila

Composer : Aiman (Zul 2by2)

Lirik : Mohd Atlas



Suara penyanyi produk AF ini adalah NOT BAD jugak. Tambahan pula beliau adalah seorang first timer dalam pentas AJL. Tapi ada beberapa part kedengaran yang suara beliau tidak stabil. Pada kemuncak lagu, yes, she nailed it, tapi tak berapa UMPH. Bak kata (sharutan) anak ayam JS iaitu Ezal Azami “Macam Kak Jumie nyanyi lagu Frozen la....tinggi....tu sampai...tapi tak umphh,” butioh nahariam. Aku suka naya deni.


Overall, persembahan beliau adalah amat meletops. Harap platform ini dapat menaikkan nama u olls dalam industri seni tanah air.


Chandeliar tu jatuh? Pasai pa u olls? Nasib baikla ampa tak amik penari-penari ballet RTM menari pusing-pusing kat tepi tu. Kalu dak naya, pembukaan tahun 2015, penari mati atas pentas.





Sumber http://www.rotikaya.com/

Persembahan 3

Lagu : Sesal Separuh Nyawa

Penyanyi : Alyah

Composer : Alfie Alwi dan Aidil

Lirik : Shah Shamsiri dan Alyah



Kemunculan Alyah malam itu amat dinanti-nantikan oleh para peminat. Semua orang memberikan tepukan yang gemuruh sekali. I olls sangat suka persembahan beliau yang sangat unik. Paparan imej Alyah dalam pelbagai busana dalam panel LED bagi I olls kalau tak salah adalah pertama kali seumpanya. Sapa punya idea ni. Tahniah sekali. Arafat and Ezal punyalah sibuk duk lawan teka Alyah nak teka Alyah nak keluar kot mana. Sekali nenjia, Alyah keluar kot tengah dengan baju putih and tudung crome yang amat meletops sekali.


Apa pun, agak menyedihkan kerana mutu suara Alyah adalah agak menurun. Nyanyian beliau agak flat. Dari awal sampai last sekali. Maybe mak ayam penat ka atau gangguan emosi or tersalah masuk key ka tak tau la. Dari situ, I olls dah agak, persembahan terbaik tak akan dapat kat beliau.





Sumber http://www.rotikaya.com/

Persembahan 4

Lagu : Gadis Jolobu

Penyanyi : Dato Hattan and W.A.R.I.S

Composer : Dj Fuzz

Lirik : W.A.R.I.S and Dato Hattan



Im so happy that depa dua ini memilih SIMPLICITY sebagai tema persembahan depa. Takdak penari ataupun pemuzik banyak-banyak yang boleh membuatkan persembahan depa jadi semak. Nyanyian depa sangat santai and relaks membuatkan mutu nyanyian depa maintain. I really enjoy their performance. Rentak raggae itu membuatkan I olls feeling goyang and nyanyi along bersama depa. At the end, I olls sangat respek apabila depa tunjuk lampu LED bentuk Istana Seri Menanti kat pentas.







Sumber http://www.rotikaya.com/

Persembahan 5

Lagu : Romancinta

Penyanyi : Mojo ( but tonight was performed by Calliph Baskers)

Composer : Edry Abd Halim

Lirik : Edry Abd Halim



Siriesly apabila camera focus kat mamat penyanyi tu, anak-anak ayam JS semua terus jerit “Ya Allah mak ayam...gigi dia,” Memang celaka kan? Begitulah lumrah mulut-mulut pondan. Pastu aku cepat-cepat insafkan depa “OI...ampa babi semua. Dia orang butalah,”


Kami semua terus terdiam dan rasa nak menangis. Nyanyian mamat ini adalah amat power sekali. Especially masa dia berhenti and took his moment, pastu tiba-tiba dia masuk balik dengan suara idham maal ghunnah and dia buat falseto. Sapa mampu buat macam tu? A true performer sahaja yang mampu membuatkan para penonton ternganga dan mendapat goose bump tak pasai-pasai macam ni.


Aku rasa macam nak menangis and bagi stand ovasion seperti mana yang diberikan oleh para penonton di pentas AJL29. Tapi sebab kami semua berat pungkok sebab makan macam-macam today, so kami semua tersadai sahaja di atas tilam depan TV sampai menjerit-jerit dan bertepuk tangan.


Tahniah I olls ucapkan kepada Edry Abd Halim. Keputusan u olls untuk memilih kumpulan baskers OKU ini adalah satu tamparan hebat untuk Aweera. Maybe bagi sesetengah orang, ampa mungkin akan nampak seperti Edry menggunakan Calliph Baskers sebagai medium untuk membalas dendam kepada sikap Aweera yang dianggap membawa masalah kepada kumpulan MoJo tapi bagi I olls ini adalah satu tindakan yang sepatutnya dibuat oleh artist senior yang sudah lama membina legasi tersendiri dalam dunia seni tanah air seperti KRU sendiri.


Keputusan Edry menunjukkan yang otai seperti beliau boleh ambil sesiapa sahaja dan turn out orang biasa itu menjadi superstar dalam tempoh 5 saat sahaja. Aweera tak perlu bersikap langsi dan setelah melihat kemantapan persembahan Calliph Baskers, dia boleh duduk diam dengan rambut kerintingnya.


Tindakan Edry ini juga boleh dijadikan iktibar kepada otai-otai seni yang lain apabila berhadapan dengan junior yang mempunyai attitute tertentu. Jangan buang masa untuk melayan kerenah anak-anak muda yang masih baru dalam industri muzik. Buktikan yang mereka kena earn to get what is worth to their work.


Dalam kisah ini, aku terfikir balik tindakan Erma Fatimah bayar pelakon dengan duit 5 sen tidak lama dahulu. Itu bukan cara terbaik untuk ajar pelakon junior.


Back to persembahan lagu Roman Cinta, sekali lagi thank you to Edry sebab bagi peluang kepada kami semua untuk kenal Calliph Baskers. Semoga u olls memberikan peluang yang lebih besar kepada depa. Buat lagu yang lebih dahsyat-dahsyat kat depa. I wanna buy their album.




Sumber http://www.rotikaya.com/


Persembahan 6

Lagu : Rentak Lagu Ku

Penyanyi : Bunkface and Amy Search

Composer : Sam Bunkface

Lirik : Sam Bunkface



Persembahan Bunkface and Amy Search tidak menghampakan. Depa really have fun membawa jiwa rock kepada para penonton. Aku amat kagum sebab Amy Search yang berusia jauh berbeza dengan Sam masih boleh berikan persembahan yang sama powernya. Respek untuk otai macam beliau. Lagu ini sangat fun. Tapi itu sahaja.





Persembahan 7

Lagu : Apa Khabar

Penyanyi : Joe Flizzow and Sonaone

Composer : Sonaone and Joe Flizzow

Lirik : Joe Flizzow 



Tak semua orang tahu yang I olls memulakan pengalaman persembahan nyanyian I olls di kala zaman sekolah menengah melalui membuat persembahan dalam gig-gig hip hop di Penang scene. Dan nama Too Phat adalah satu template contoh kepada semua yang berjuang dalam scene underground hip hop. Dalam lirik lagu Apa Khabar, ada dinyatakan persembahan permulaan di Penang. Haram!! Aku pi kot gig. Aku naik motor Kriss dengan Hidayah Mazlan gigih nak pi tengok show tu. Balik kena hambat dengan kereta Wira warna kuning.


Hidayah Mazlan ialah kawan baik aku zaman sekolah menengah. Dia tak ada bakat langsung dalam seni persembahan nyanyian, tapi setiap persembahan aku kat gig/show hip hop dia mesti ada dengan aku and support aku. Tapi lani, sama-sama dah tua, aku pun dah jadi makcik kerja kerajaan. Hubungan aku dan Hidayah Mazlan sudah tidak bersama lagi.


Aku tersentak apabila suami aku cakap “Lagu ini dia buat untuk Malique. Depa sama-sama naik dulu. Tapi lani depa dua-dua ikut haluan masing-masing,” meletops komen laki aku ni.


Aku perhati balik lirik lagu ini. Lagu ini ada jiwa. Ia menceritakan tentang semangat persaudaraan dua manusia. Yang sama-sama pernah susah dan dahulunya sama-sama berani buat kerja gila. Tapi kenapa sekarang dua-dua ada haluan hidup masing-masing? What actually happened dalam perjalanan hidup kita sampai kita terpisah sejauh ini? Semuanya kerana “masa”.


Persembahan ini agak santai. Apa pun, Sonaone adalah sangat elllllok. Setiap kali dia kata “Aku tanya apa khabar....” aku macam nak jawab saja....”Habak beikk...manehhh,”





Sumber http://www.rotikaya.com/

Persembahan Selingan


Lagu Ku Mohon yang dinyanyikan oleh para penyanyi program Mentor adalah amat menyiksakan. Slot ini sebenarnya sebagai memperingati mangsa banjir yang berlaku di Malaysia baru-baru ini namun ramai yang bersetuju yang lagu Ku Mohon nyanyian lagenda Sheila Majid sedang diperkosakan oleh para penyanyi ini. Yes, menjerit dan berlawan-lawan untuk membuktikan yang suara u olls sorang sahaja yang sedap dan power adalah tidak betul sekali. U guys should menyanyi and compliment nyanyian each other and paling penting tidak memperkosa lagu ini.






Sumber http://www.rotikaya.com/

Persembahan 8

Lagu : Gilalah

Penyanyi : Stacy

Composer : Omar K and Mike Chan

Lirik : Stacy


Sesuai dengan tajuk lagu ini, beliau memilih tema Willy Wonka Chocolate Factory sebagai latar belakang persembahan. And tidak keterlaluan dikatakan hanya beliau yang pakai baju yang warna warni, sebab yang lain-lain semuanya pakai warna hitam putih. Adakah ini syarat penaja Qu Puteh Barulah Puteh?


Between tukar baju dan tarian yang amat rancak, I rasa Stacy maintan suara yang mantap. Ini adalah contoh keprofesionalan beliau. Quote dari kata-kata Arafat, mesej dalam lagu ini sampai which is to have fun is to be gila. Walaupun ada juga yang berpendapat (Ezal), bahawa persembahan Stacy ini adalah sama sahaja. Tiada persembahan dengan persembahan beliau yang pernah ditonton sebelum ini.





Sumber http://www.rotikaya.com/

Persembahan 9

Lagu : Di Pintu Syurga

Penyanyi : Dayang Nurfaizah

Composer : Tam Spider

Lirik : Iman Imran (Rudy Imran)



Terubat rindu melihat kelibat Abang Rudy di kaca tv. I olls berkesempatan untuk berkenalan dengan Abang Rudy yang juga penulis lirik lagu ini semasa beliau menyambung pengajian di peringkat master di USM tidak lama dulu. Orang yang tidak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman walaupun hakikat nama beliau sebagai wartawan hiburan amat dikenali beliau tetap humble.


Lagu ini merupakan lagu kegemaran oleh ramai pengikut dan peminat AJL. Nyanyian Dayang Nurfaizah memang amat meletops sekali. Tambahan pula susunan semula muzik lagu memberikan kelebihan kepada penyanyi untuk mem-projek emosi dalam lagu ini.


I really like it kerana persembahan ini sangat simple tanpa penari-penari ballet RTM. Kekuatan vocal dan alunan muzik menjadi agenda utama yang dipersembahkan kepada penonton. And sebagai penutup, suara Captain Zahari from MH370 menyentak dan menghantui jiwa penonton. Penonton yang dari tadi duk menjerit-jerit tanda sokongan terus tersentak dan terdiam apabila mendengar rakaman berhantu ini.


Seperti kata Abang Rudy pada awal persembahan “Hidup kita ada perjalanannya.  Kita mungkin terpisah buat sementara waktu dan kita akan bertemu jua insya Allah,”




Sumber http://www.rotikaya.com/

Persembahan 10

Lagu : Matahari

Penyanyi : Hafiz Suip

Composer : Ajai

Lirik : Transformer Melayu



Sekali lagi Hafiz membuai kita dengan nyanyian floles beliau. Tidak apa yang harus aku komenkan dalam persembahan ini. Idea beliau untuk membuat set yang menonjolkan keadaan rumah yang musnah dilanda banjir memang amat bagus sekali. Tapi lagu ini tidak memorable kalau nak dibanding dengan lagu-lagu lain.





Sumber http://www.rotikaya.com/

Persembahan 11

Lagu : Lelaki

Penyanyi : Najwa and The Palauans

Composer : Yuna and AG Coco

Lirik : Yuna



Actually ini adalah lagu feverets I olls. I olls mendambakan agar lagu ini menang anugerah juara. Keunikan lagu ini adalah pada alunan jazz lembut tapi mampu membuai emosi. Tapi seperti yang I olls jangkakan dalam ulasan ramalan I olls, I dont think Najwa will bring justice to the song.


Yes, lagu ini adalah attitude tersendiri. Lagu ini sebenarnya adalah jiwa seorang wanita yang sedang memaki sifat seorang lelaki yang memusnahkan hidupnya. Of course elemen jiwa itu sangat kuat. Tapi apabila emosi ini dibawakan dalam elemen muzik jazz, tak semestinya penyanyi itu perlu mempunyai suara yang besar dan strong untuk sampaikan mesej ini.


Aku rasa suara orang yang lembut dan very lady like adalah lebih sesuai untuk membawakan lagu ini. Ezal kata “Kalau Dato Siti nyanyi lagu ni pasti best,” WOW.....yeah...kinda good idea.


Tapi kalau ampa suka nyanyian Najwa, that’s find. Semua orang ada pilihan masing-masing. Ini hanyalah a matter of pilihan.





Sumber http://www.rotikaya.com/

Persembahan 12

Lagu : Masih Aku Cinta

Penyanyi : Shila Amzah

Composer : Shila Amzah

Lirik : Shila Amzah


Aku tak paham apa konsep lagu ni. 1, pakaian dia sangat merepek. Topi dia macam stewardess Qatar Airways. Dress dia serabot siap dengan kain-kain lebih tergantung di sana sini. Dia muncul nyanyi feeling depan-depan cermin macam persembahan nyanyian tahun 90an. Pastu cermin tu ada hiasan bunga colour hijau yang dah macam pelamin pulak aku tengok.

Tapi, suara beliau tetap mantap. Ampa jangan nak sangkal pujian aku ini. Suara dia memang meletops. Maybe because dia dapat tajaan dari China untuk nyanyi lagu ini dan mendapat sokongan media bukan Melayu. GITUUUUU charutan lagi.



Persembahan Penutup


Sorry part ni aku tak tengok. Duk sibuk pi makan la apa la. Sementara nak tunggu keputusan bak hiang. Tapi apa pun, Ronie takdak kening. HAHAH sapa-sapa boleh ka tolong lukis kening kat dia. Atau hantar dia pi BLUNIS ka buat rawatan kening.



Pemenang



Persembahan Terbaik : Calliph Baskers untuk lagu Roman Cinta


Aku amat bersetuju dengan pilihan ini. Persembahan yang membuatkan bulu roma berdiri and kita rasa nak menangis, itulah persembahan yang terbaik.





Vokal terbaik : Dayang Nurfaizah



Tanpa muzik pun vocal Dayang Nurfaizah sudah cukup sedap untuk kita dengar. Aku pun memang dari awal duk kata dah mak ayam ini harus menang anugerah ini. Tapi yang lawaknya, beliau pakai dress couture Rizalman ala-ala sotong pulut, susah nak naik pentas u olls. Tapi nasib baik tidak berlaku insiden Jennifer Lawrence di Golden Globe tidak lama dulu ya.




Tempat ketiga : Di Pintu Syurga by Dayang Nurfaizah



Aku terkejut okay lagu ini dapat nombor tiga. I olls duk ingat lagu ni akan dapat nombor 1 or dua antara lagu ini and Roman Cinta. Tapi dah kalau lagu ni menang nombor 3, siapa pula nak menang nombor 1 and 2?



Naib Juara : Masih Ku Cinta by Shila Amzah


Dalam group anak ayam JS, ada sorang peminat setia Shila Amzah. Dia duk kata “Ampa tunggu sat dia umum Shila Amzah menang, aku dah perasap dah kemenyan sejak semalam,” Nahareee sekali betul betul depa umum Shila Amzah menang. Aku rasa macam nak jerit and maki hamun dia. Tapi aku speechless. Shila Amzah yang kebelakangan ini sudah tidak ada berita pasai dia di media massa sebab insiden dia tak undang media MELAYU ke konsert beliau sudah dirasakan tidak akan mendapat tempat langsung dalam AJL kali ini.



Tapi laki aku jerit dari meja makan “Lagu ini memang bagus. Juri pilih sebab lagu ni. Bukan sebab attitude artist,” Sekali lagi laki aku mengeluarkan statement lahar dia. Pondan jugak laki aku ni.



Juara : Apa Khabar by Joe Flizzow and Sonaone.



Siriesly, aku speechless apabila lagu i ni diumumkan sebagai juara. Anak-anak ayam yang lain juga turut terdiam dengan pengumuman ini. Tapi bila baca balik catatan nota aku tentang lagu ini,  aku amat bersetuju dengan kemenangan ini.  Jangan bandingkan genre lagu ini dengan genre yang selalu menjadi kesukaan rakyat Malaysia seperti balada dan pop rock.  Perbandingan ini adalah tidak adil.  Setiap hasil seni yang dilahirkan secara ikhlas dan jujur layak untuk menerima pengiktirafan sewajarnya.  Baca balik catatan I olls mengenai persembahan lagu ini,  mungkin lebih mengerti kenapa lagu ini dipilih sebagai pemenang.





Kesimpulan :



This is a great SHOW. Thank you to all produksi TV3 dan Muzik-Muzik yang telah memberikan satu pengalaman muzik yang bermakna untuk I olls dan rakan-rakan semua. Tahniah kepada semua pemenang. Kalau ada komen-komen I olls yang merengkam hati-hati sesetengah jiwa, harap u olls faham yang kita semua bersama dalam pentas dunia ini. Tidak ada lebih tidak ada kurang.


To all my anakanak ayam JS, me and Khafi would like to say thank you so much sebab ampa menyerikan hujung minggu kami. To Nizal, Arafat, Fansuri, Wawa, Ammar, Miss Blur, Danny thank you so much for coming. To Lenny and Wan, thank you so much sebab tolong masak and mengemas semua. Especially to Ezal la yang masak meletops sangat. Nanti I olls share dalam blog ya.

11 comments:

  1. Kak Jumie... actually Apa Khabar Lagu Hip Hop Terbaik AIM .. Lagu Terbaik AIM is No More by Sonaone... the ulasan so nice and all carutan sgt ...hahaha.. yg penyanyi MOJO pun kawan i duk gelak2, tapi kembali insap bila tau yg dia buta...hahahaha...terbakar dek ceramah i pada depa semua... and the best is my Ramalanku hampir benar belaka... just susunan tak ikut juri... ye la.. kita bukan penyanyi apatah lagi ahli seni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello u olls. Sorry sangat sangat. Salah informasi tentang anugerah tu. i olls dah omit bahagian berkenaan untuk elak kecelaruan.

      Delete
  2. Kak Jumie!! Kita dok ingat akak review AJL tahun ni lambat sket..rupanya tu diaa pagi ni jugak up review... kita suka komen hakak...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula u olls. Mula ingatkan nak lambatkan sedikit. Tapi semalam gigih stayed up dengan suami I olls sampai 3am untuk tulis this artikel

      Delete
  3. many thanks JS. details semua info. baca ni, baru bukak balik youtube tengok balik. terbaik...*iconibujari

    ReplyDelete
  4. Hari ini tercatit sejarah pemenang nombor 2 #AJL29 tidak di tulis dalam Media Hiburan & Berita Harian. Sangat tidak profesional dan tidak berintergriti. #WartawanTuIngatCompanyBapakDiaKot?

    ReplyDelete
  5. gila best review hang. aku dan tgk dayang saja sbb anak anak tgk disney. mmg best.

    ReplyDelete
  6. Kak Jumie ulasan kak jumie terbaik bak hangggg...berjemaah menghencap berjemaah menganalisa persembahan retis di AJL..tapi iols setuju dengan kak jumie pasai persembahan artis made in CHina tu..tak paham simbiosis antara cermin hiasan kepuk2 bunga warna hijau..kain net di kepala dan lambaian ratu setelah menerima trofi anugerah..kak jumie tak ulas pun pasal makcik qu puteh..penat dia sponsor AJL sampai 2. berapa milion tak ingat..mohon pencerahan bak baru lah puteh tu..seantero tanah melaya terkesan dengan kata2 hikmah itu kak jumie ooii..

    ReplyDelete
  7. Persembahan penutup adalah medley lagu-lagu dari kumpulan Headwind. Zainal abidin nyanyi simple dan ala kadar je tapi dah lagu sedap.. semua org ikut menyanyi sama...

    ReplyDelete
  8. Kak Jumie, Tolong bg komen sat dlm satu entry.. patut ke tak produk pengiklan Qu Putih overshadow AJL kali ni... betul ke overshadow???.. bg kami hari tu dh tgk gegar vaganza mcm dh terbiasa lak jd utk AJL tak terkejut sgt hahahaha.. kat facebook kena troll habis

    ReplyDelete
  9. calliph buskers!! ulasan yg mantop! i loike...overall show yg best and tidak mengecewakan..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com