12.1.15

Dear Jumie : Tolong Kakak, Isteri Saya Tak Pandai Bersiap


Sumber gambar : humanevents.com



Assalammualaikum,


Selamat pagi Kak Jumie. Saya ni silent reader blog puan. Saya suka baca isu-isu yang puan tulis, dan saya suka lawak-lawak yang puan selitkan. Maaflah, saya hantar emel ni untuk mintak buah fikiran puan bagaimana nak selesaikan masalah saya ni.


Saya ni baru je mendirikan rumah tangga dalam 3 bulan. Masalah saya adalah isteri yang saya nikah ni langsung tak menarik perhatian saya. Dia berhijab. Saya melalui macam-macam dugaan waktu bertunang, berpunca dari sikap pihak keluarga dia sendiri. Kami bertunang hanya beberapa bulan, alasan nak cepat kerana takut apa-apa jadi antara saya dengan dia. Waktu tu, saya memang sangat marah, apa dorang ingat saya jantan sial ke nak buat benda-benda tak senonoh dengan anak dara orang? Saya ada kakak dan adik perempuan, saya tau halal dan haram, mak bapak saya cukup bagi saya didikan agama. Tipulah kalau kata takde rasa apa-apa bila keluar berdua, tapi saya tahan diri sebab saya hormat dia yang berhijab dan baik. Tapi, hati saya sakit sangat bila dorang ada assumption liar macam gitu. Ini sebab pertama saya jauh hati dengan dia.


Sebab kedua, sebelum diijab kabul, dia langsung tak endahkan penampilan diri bila nak bernikah. Bila dah menikah, malam pertama selepas kami bersanding (tak bersanding pun), batin saya menjerit jerit antara rela dan untuk tanggungjawab. Saya lakukannya demi tanggungjawab saya sebagai suami. Terus-terang, saya takut melihat dia malam tu, (maaf kak saya guna bahasa ni) adik saya layu dan saya rasa amat tertipu. Semuanya berlaku dalam keadaan betul betul gelap gelita. Saya membayangkan pelakon wanita saya minat walaupun saya tahu itu amat berdosa, tapi saya takde pilihan kalau tidak bendera tak naik.


Maaf saya terpaksa bukak aib dia, seboleh bolehnya saya tak mahu, tapi sebagai suami, saya tak mahu sia-siakan dia. Pergilah siapkan diri, untuk suami setidak2 nya. Semuanya go with the flow....jenis tak kisah ,habis saya ni? Demi Allah, saya memang tak pernah pandang rupa, tapi saya ni lelaki... tentu puan faham kan? Saya nak juga ada feel, tak cantik macam artis pun takpe janji kemas dan sedap mata memandang, tetapi... aduh... kakak kandung saya yang berumur 38 tahun lebih cantik lagi, kulit cerah dan lebih tegang.


Penampilan isteri saya tak menampakkan dia umur 20-an. Seminggu sebelum nikah, saya pergi urut badan dan skrub, kenapa dia tak boleh? Saya terima dia seadanya, tapi jangan sampai tak semenggah macam gitu. Kalau orang lain, saya rasa malam tu dorang dah lari dari bilik pengantin, tak balik-balik dah. Sebab saya pernah terluka, dan saya tahu betapa sakitnya terluka, saya gagahkan diri juga walaupun hati meronta. Kalau boleh saya tak mahu orang lain rasa apa saya pernah rasa satu waktu dulu.


Saya tahu dia ni di bawah lindungan Kaabah, saya syukur dapat dia. Tapi tolonglah jaga diri dan elokkan sikit untuk suami. Saya tengok dalam rancangan 3 Ustazah tu, semua ustazah tu bertudung labuh juga tapi masih menarik. Jadi saya mintak buah fikiran puan macam mana nak suruh dia kemaskan diri dan jaga penampilan supaya saya pandang dia dan berselera. Kehidupan seks kami sihat, cuma saya lakukannya sebab tanggungjawab bukan sebab mahukannya saya hanya fikir ini tanggungjawab dan wajib beri dia nafkah batin. Saya ni jenis berbahasa kasar, suka terus terang, sebab keluarga saya semuanya gitu. Saya tak boleh tegur dia, kalau tegur nanti saya tercakap yang bukan-bukan, takut dia kecik ati. Saya harap sangat buah fikiran puan, macam mana nak suruh dia tegangkan kulit muka dan hilangkan double chin. Potong rambut macam mana sebab dia berdahi luas dan pakai apa yang bagus untuk kecutkan jerawat. Saya ni bukanlah hensem mana pun, tapi sedaplah mata tengok, tapi isteri saya... saya rasa macam nak menangis hari-hari. Abang saya siap sound, "Weh ko ni buta ke ape? Ko tengok bini ko tu, dah macam mak lampir dah. Bini aku yang beranak 3 tu lagi nampak muda dari dia tau. Suruhlah dia mekap sikit!" Malu puan....


Saya harap feed back dari puan.

Ikhlas dari saya,

Saiful KL






Waalaikumsalam Saiful,


Teringat akak pada Surat Abang Untuk Mah yang menjadi viral beberapa bulan yang lalu. Akak pun ada membuat surat balasan parody kepada suami Mah. Satu Malaysia jadi marah dan pereng apabila lelaki durjana itu sanggup menduakan Mah semata-mata kerana Mah dah tak lawa dan tak segak macam zaman before kawen dulu.


Lain pula cerita u olls. First of all, akak tabik spring dengan u olls kerana masih lagi setia dengan suami awak tu. Yelah u olls, cinta dan sayang pada hati bukan pada paras rupa. Tapi kita jangan nafikan penampilan fizikal adalah amat penting dalam menambah kasih dan sayang dalam hati kita.


Akak ada share dalam Facebook akak baru-baru ini ;


"Puan-puan sekalian, I olls nak tanya pendapat anda. Apakah cara terbaik untuk seorang suami menegur kita untuk ubah penampilan agar lebih cantek dan meletops? Bagaimana cara yang u olls rasa paling meletops untuk ditegur? ps/ Pendapat dari kaum suami juga saya alu-alukan. Pendapat ampa semua saya dahului dengan ucapan terima kasih."


Ramai yang memberikan komen positif pada status itu. Kebanyakan yang memberikan komen adalah para wanita dan para isteri. Of course komen dan pendapat depa semua boleh dijadikan panduan oleh Saiful. Kalau u olls nak baca komen-komen depa, boleh click kat sini : FB Jumie Samsudin


But before u olls mencuba beberapa komen yang telah dibuat dalam Facebook itu,  u olls kena pikiak sat beberapa benda penting yang i olls nak cakap kat bawah ini  :


Komunikasi


Dalam surat u olls ini dinyatakan u olls baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Pada pendapat I olls, tempoh ini masih sangat baru dan masih dalam proses berkenalan. I olls pun pada 6 bulan pertama penuh dengan pelbagai salah faham dan pergaduhan. Kami pulak dua dua macam jin, so bila bergaduh dah macam Clash of Titans.


Tapi alhamdulillah, perlahan-lahan kita makin kenal dan makin tahu apa yang pasangan kita suka dan tak suka.


I olls harap u olls dan isteri memikirkan cara komunikasi terbaik untuk u olls dan isteri. Cari masa dan lokasi yang sesuai, takdak sapa-sapa kacau, no handphone, no TV, dan dua-dua orang kena dalam keadaan lapang dan damai. U olls sendiri cakap yang isteri u olls seorang yang sensitip dan tak boleh nak cakap rempang sahaja. So u olls pun kenalah berubah. Mana tau, Allah memang sahaja bagi u olls isteri yang lemah lembut sebab selama ni mulut u olls terlalu lahar. Allah nak u olls tone down a bit.


Akak cadangkan waktu seperti lepas semayang Isya berjemaah ataupun before nak tidur. Dua dua telah relaks dan damai. U olls mulakan dengan pujian lepas tu u olls selitkanlah apa yang patut. Antara cara paling mujarab yang I olls dulu selalu buat adalah "10 Things I hate and love about u"


Haa.....dua dua laki bini tulis senarai 10 benda yang u olls suka dan tak suka pada pasangan u olls. Lepas tu tukar kertas. Tapi dua dua kena open minden la. Jangan terkejut kalau dia ada bat teguran tentang diri u olls. Yelah kita pun bukan perfect kan.


Jangan Cari Kekurangan


Dalam keadaan ini, I olls harap u olls mulakan positiviti dalam hubungan dengan meng-highlight dan menghargai semua benda yang menjadi kelebihan isteri u olls. Sebab apa yang I olls nampak kat sini adalah, u olls a bit down sebab u olls tengok isteri u olls tak berapa lawa. U olls diherdik your brother yang mengatakan isterinya lebih lawa dari isteri u olls. And thirdly, u olls rasa hubungan seksual u olls pastinya akan lebih hangat kalau ada tambahan elemen-elemen meletops pada isteri u olls. Kan?


Tapi pada awal cerita, u olls ada menceritakan yang u olls a bit upset sebab keluarga isteri u ollls mendesak agar u olls berdua kahwin cepat.


I olls rasa, apa yang berlaku kat sini adalah u olls mula mencari salah yang lain kerana salah yang utama (iaitu penampilan isteri u olls) masih tak settle. So this is dangerous. Selagi benda ni tak settle olls akan cari sebanyak salah yang boleh. Sikap ini lama kelamaan akan membuatkan hubungan u olls menjadi kanser.


Belajar untuk mencari apakah kelebihan diri isteri u olls yang selama ini menarik perhatian u olls pada awal-awal sampai u olls nak jatuh hati and nak kawen dengan dia. Kesikhlasan hati dia, sifat lemah lembut dia, sikap penyayang dia, atau benda yang u olls tak sedar selama ni, seperti dia rajin mengemas rumah, isteri u olls pandai masak atau the fact that ampa dorang mempunyai hobi yang sama iaitu menonton The Game of Throne. (contohnya).


So ubah mindset u olls juga perlahan-lahan sebab takut nanti sebab benda kecik ini, hubungan ampa retak sampai parah.


Jujur

At the end of the day, akak harap u olls terus berani dan jujur dalam hubungan ini. Pikiak balik, is it worth it untuk memaksa isteri u olls menjadi siapa yang bukan dirinya selama ini? Ataupun, kalau u olls rasa kehendak untuk meminta isteri u olls membuat sedikit renovasi ini penting dan akhirnya boleh membawa kebaikan kepada dua dua pihak, then why not?? Cepat bertindak. Sebab tulah i olls kata, komunikasi kenalah yang terbaik.


U olls kena kuat,  kerana anasir jahat seperti komen dari pada orang lain boleh membuatkan u olls down dan putus harapan.  Sedangkan sebenarnya u olls takderla teruk sangat.


Harap jawapan ini boleh membantu u olls sedikit sebanyak. Akhir kata, I olls petik kata-kata kawan I olls Edros yang berbunyi "Terima lah isteri apa ada nya. Sesungguhnya jgn lah kecil kan hati seorang isteri. Dijamin bahagia. Kita kena ubah dulu sebelom nak org ubah sbb kita. Aisehhhh"


Love,

Jumie Samsudin

7 comments:

  1. Salam kak Jumie.

    Betul cakap kak jumie. Komunikasi memang penting sangat. Dan yang kedua sama memahami. Saya pon dapat seorang suami yang boleh kira cerewet jugak bab penampilan. Mula-mula rimas jugak bila dia selalu tegur. Contoh nak keluar pon kalau tudung tak matching atau shawl selekeh tak belit kemas2 pun dia akan tegur suruh tukar. Tapi lama-lama jadi terbiasa dengan teguran. Kalau nak keluar mesti tanya dia dulu. Ok tak kita pakai macam ni, tudung matching tak dengan baju. Mana yang kita tak boleh terima kita bagitahu terus terang. Contoh bab make up dia suka tengok isteri make up, tapi kita cakap nak bersederhana saja. Tak nak makeup tebal-tebal. So dia boleh terima.

    Cik abang di atas awk baru 3 bulan kawin. Awak nak isteri berubah jadi lebih kemas, lebih cantik penampilan..so awak pon kena ubah jugak diri awak..Pertama bab teguran. Awak suami kena berani tegur.
    "Saya tak boleh tegur dia, kalau tegur nanti saya tercakap yang bukan-bukan, takut dia kecik ati." Yess..kalau takut dia kecik hati cakap baik2 dengan lemah lembut, mintak maaf dulu kalau dia akan terasa. Awak cakap awak nak dia berubah sebab awak sayang dia. InsyaAllah kalau dia sayang awak dia akan berubah.

    Satu lagi jadikan kata-kata abg awak sebagai cabaran untuk awak merubah isteri jadi lebih baik. Sebab kalau org tengok isteri mesti orang akan tanya 'siapa suaminya?'. Dan Allah jadikan ada kekurangan dari pihak suami dan jugak kekurangan dari pihak isteri untuk kita sama-sama melengkapi kekurangan itu.

    Good luck =)

    ReplyDelete
  2. Salam kak Jumie..oooooo, ini lah article untuk survey yang di lakukan di FB tempoh hari..hehehe..

    Can I give my 2 cents?

    En. Saiful, 1st of all, everyone is not perfect. Yer penampilan penting tapi if awk sendiri tak berani nak tegur dia, macam mana dia nak ubah. If dia adalah isteri yang di bawah lindungan Kaabah, percaya laa, when awak tegur dia, dia akan buat kerana dia tahu syurga dia di bawah telapak kaki suami dia dan apabila suami minta dia buat something, dia akan buat kerana itu memang tanggungjawab dia. Lau en. Saiful tak tegur dia, dia akan ingat awak okat laa ngan dia punya penampilan.

    ANother thing, bak kata kak Jumie, ada sebab kerana Allah jodohkan awak ngan isteri awak cause in a way, ia untuk membentuk keimanan awak, kelakian awak dan kesetiaan awak. Keimanan awak, dari segi kesabaran dan dari segi cara awak akan memimpin isteri awak. Jangan sampai awak sibuk cari kesalahan dia, dan nak elok kan penampilan dia, awak terabaikan tanggungjawab awak (not just beri nafkah batin) dalam membentuk dia dan untuk bawa dia ke Jannah. Dari segi kelakian awak, nak uji cara awak menangi masalah. If cara awak tegur isteri awak cara kasar, you are not a gentleman kerana awak menjatuhkan maruah dia. kasar does not make you a man, but protecting her, and tegur dengan cara yang betul dan lemah lembut, makes you a man. dari segi kesetiaan awak, mungkin nak uji awak whether walaupun isteri awak berpenampilan begitu, adakah awak akan stay setia or awak akan jadi seperti "surat abang kepada mah"..if awak still setia, maknanya, awak cinta dia kerana Allah, if jadi yang lagi satu means awak telah jadi hamba kepada nafsu awak.

    Thirdly, sila jangan banding-banding kan isteri awak dengan perempuan lain. Mungkin dari luaran isteri awak kurang sikit dari segi penampilan dan rupa paras, tapi hati dia mungkin lebih suci dan lebih mulia dari perempuan-perempuan yang cantik. Jangan ingat dengan kecantikan sahaja awak akan bahagia. Mana awak lagi nak, isteri yang cantik, penampilan yang menarik dan jadi tatapan lelaki lain which bila lelaki lain yang bukan muhrim pandang isteri awak, awak akan tanggung dosa tu jugak, or cukup setakat dia kemaskini diri dia dan cantik dan menarik untuk awak je? ask yourself that. Tapi saya mintak tolong sesangat never banding-bandingkan isteri awak dengan orang lain. whether in your mind or bila awak cakap ngan dia.

    Also, sebelum awak mengkritik dia dan asyik cari kesalahan dia, diri depan cermin and tengok diri awak, adakah awak perfect dan cukup sempurna sampai awak memandang isteri awk selow itu (contohnyaa). Bila tegur dia, sila ngan cara yang sopan, jangan attack dia and jangan sampai buat dia rasa diri dia begitu hodoh kerana seorang isteri yang mithali, dia hanya perlukan pujian dan sokongan dari suami dia. Mungkin awak leh start "saya harap awak tak terasa dengan apa yang saya nak cakap nie kerana saya rasa ini untuk kebaikkan kita bersama." hah patu cakap la ape yang awak nak dari dia...good luck sir!

    Ok, over plak 2 cents saya..bye~~!!

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. yang hang p terima awai2 watpa kalo muka pun dah tak selera abam oi?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Encik Saiful KL. Sebagai wanita bujang yang kurang menjaga penampilan diri, saya menerima luahan Encik dengan hati yang terbuka.

    Berdasarkan cerita Encik, saya menjangkakan bahawa isteri Encik datang daripada keluarga yang ĵuga tidak menitik beratkan penampilan diri. Oleh itu, sekalipun Encik memberi teguran langsung, kemungkinan besar isteri akan 'lost' kerana dia tidak mempunyai 'role model' dalam kalangan keluarga.

    Mungkin Encik perlu memberikan isyarat kepada isteri dengan memberikan hadiah berupa set barangan kecantikan ataupun pakaian yang cantik dan kalau Encik berani, memberikan 'sexy lingerie' kepada isteri. Mungkin dengan cara itu, isteri Encik akan memahami 'hint' yang diberi. Tetapi jangan pula 'hint' tersebut dibiarkan tergantung begitu sahaja. Encik wajar 'follow up' dengan memberi teguran/nasihat secara langsung.

    Sebelum Encik memberi teguran/nasihat secara langsung kepada isteri, mungkin Encik boleh meminta pertolongan kakak/kakak ipar Encik untuk menjadi 'mentor' kepada isteri. Minta tolong mereka membawa isteri ke pusat rawatan spa (kemungkinan besar isteri tidak membuat rawatan sebelum perkahwinan kerana tidak pernah melewati tempat2 tersebut). Minta kakak cadangkan set rawatan muka untuk kulit berjerawat. Minta mereka membawa isteri keluar membeli belah dan mencadangkan pakaian yang hendak dipakai di rumah yang sesuai dengan bentuk badan dan warna kulit. Teguran dan nasihat akan nampak lebih berhemah apabila Encik menyertakan cadangan dengan solusinya sekali. Jangan beri solusi yang 'vague' (i.e.: awak ni bersiaplah sikit!). Beri solusi yang praktikal (kalau pakai pakaian macam ni kan okay?).

    Keluarga isteri Encik Saiful datang daripada keluarga yang sangat mementingkan agama sehingga MUNGKIN terlepas pandang aspek2 lain sehingga anak2 mereka tidak pandai (bukan tidak mahu) menjaga penampilan diri.

    Sebagai wanita yang juga dalam proses merubah penampilan diri, saya memahami betapa 'awkward' daripada menjadi wanita yang selekeh & 'anything goes' kepada wanita yang kemas dan elegan. Isteri Encik perlu 'role model' yang sedia membimbing beliau.

    Ubat kepada 'tidak pandai' adalah 'diajar', bukan 'dikritik' semata-mata. :)

    ReplyDelete
  7. terbaek komen orang atas saya ni

    mnegur semua orang boleh, tp pengunaan bahasa dan cara perlu betul.

    kak jumie! terbaek!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com