22.1.15

Bila Line Clear Sudah Clear

Minggu ini,  kalau satu Malaysia duk sibuk Qu PUTEH Qu PUTEH kami orang Penang pun ada cerita panaih yang menjadi buah bicara semua lapisan masyarakat.  Yaitu tentang penutupan Gerai Nasi Kandar Line Clear yang terletak di Penang Road.  Thanks to Lily Slmn yang share link ini dalam FB message saya.  Masa saya baca mesej itu actually saya sudah tau berita terkini yang berlaku pada awal Isnin (19 Jan 2015) ini.

Namun,  saya ambil masa untuk baca dan bertanya sebanyak mungkin sebelum compose apa-apa.  Bahaya sangat kalau nak main share membabi buta.

Sumber The Rakyat Post


click read more



Cerita gerai-gerai makanan orang Islam / Melayu seringkali dipolitikkan oleh rakyat Penang especially dari orang yang mempunyai kepentingan politik.  Agenda ini adalah untuk melaga-lagakan rakyat untuk melihat usaha kerajaan tempatan dari perspektif yang tidak baik.  Sebagai pemerhati,  ada juga paparan yang terlalu dinegatifkan sehingga boleh menyebabkan sentimen golongan tertentu terutamanya orang Melayu tercalar.

Agenda seperti ini bagi saya adalah tidak baik dan boleh memecah belahkan rakyat Penang.  Sifat untuk membenci sesama kaum yang berlainan seharusnya tidak berlaku.  Sebetulnya,  Penang perlu bangga kerana sejak dulu lagi orang Penang adalah paling bersatu padu sesama kaum kalau nak banding dengan rakyat Malaysia dari negeri-negeri lain.  Kalau pergi pasar kita beli sayur kat Cina,  beli beras dengan India,  beli makanan dengan orang Melayu.  No hal punya.

Dalam soal ini,  MPPP sering menjadi bahan makian dan tuduhan apabila berlaku raid / pemusnahan tapak-tapak perniagaan yang didakwa tidak menetapi klasifikasi dan peraturan perniagaan.  Bagi saya,  ini berlaku kerana terdapat jurang antara rakyat dan penyampaian maklumat sebab itu orang boleh cepat salah anggap dan jadi marah.  Orang marah sebab depa tak faham.  Maka,  apa yang berlaku apabila ada pihak yang bertanggungjawab boleh guna kesempatan ini untuk menambah perahan limau pada luka yang masih berdarah.  This is not good.

Yang duk nampak jahat kat sini MPPP.  Tapi stori sebenar?

Apa yang berlaku kepada Nasi Kandar Line Clear adalah satu contoh penting yang boleh dijadikan rujukan kepada most of the cases seumpamanya di Penang.  Perbalahan adik beradik dan saudara yang tidak mendapat pencapaian persetujuan adil dalam perkongsian harta / keuntungan perniagaan  menyebabkan perkara ini berlaku.  Ini bukan soal lokasi dan hak milik jalan,  bukan juga soal politik DAP and UMNO.  Ini adalah isu adik beradik yang berebut harta.

Kalau ampa baca report dalam website berita,  ampa mesti pening pasaipa ada kes saman menyaman dan sebagainya.  Punca sebenarnya adalah legasi Nasi Kandar Line Clear dimiliki oleh beberapa individu yang bersaudara.  Atas sebab tidak puas hati antara mereka,  so mungkin ada pihak yang sudah bikin panas di Pejabat MPPP. Takkan tiba-tiba MPPP nak pi buat raid macam tu tak pasai -pasai.  Atas desakan yang dibuat,  of course MPPP kena ambil tindakan.  Kalau tak ambil tindakan kepada premis berkenaan,  nanti katalah MPPP tak buat kerja.

So,  ampa jangan risau la,  kerajaan tempatan tidak mempunyai apa-apa keuntungan peribadi untuk tidak mengekalkan Nasi Kandar Line Clear di lokasi berkenaan.  Namun,  atas sebab perbalahan sesama saudara sendiri,  MPPP pulak yang dapat nama buruk.

Inilah yang rata-rata berlaku kepada legasi restoran nasi kandar di Penang.  Caravan Cafe dan macam-macam lagi.  Manusia bertelagah berebut harta dunia tak ke mana,  anak cucu tinggal seluar dalam.  Sedih sangat apabila perkara seperti ini menjadi racun kekal dalam masyarakat kita.  Sampai bila penyudahnya,  hanya masa yang dapat mengubati.

Akhir kata,  tak tau la sampai bila Abdul Hamid Seeni Pakir,  Abdul Latiff Thulkarunai, Sahubarali China Mohd Hanibah and Pathumah Iskandar akan jumpa jalan penyelesaian.

Bacaan tambahan  :  Line Clear Nasi Kandar cleaned out by Penang council - Teh Rakyat Post

Oleh itu,  dari ampa semua duk nak pi makan Line Clear, kepada semua rakyat Penang dan orang luar Penang kalau ampa mai Penang,  better ampa mai makan kat A Ghaffoor Martabak Original Sungai Penang.  Meletops!!  Depa ni pun nak jadi masa-elah juga.  Tapi depa bijak,  dah ada TRADE MARK lani.  Insya Allah A Ghaffoor Martabak Original akan ada cawangan di KL soon.

Saya layurkan gambar makanan yang JAUH LEBIH SEDAP,  real Penang high standard and quality,  and of course jauh lebih bersih.



SAPA YANG DUK POSA SUNNAT KA APA KA MASA BLOG AKU NIH SILA KATOP SEKARANG!!  


A Ghaffoor Martabak Original

Menyediakan hidangan istimewa NASI KENDURI resepi asal anak jati Pulau Mutiara. Specialty Nasi Tomato dan Martabak Ayam serta daging. Dibuka setiap hati jam 7 pagi hingga 3 petang. Turut menerima tempahan catering.

Sila hubungi Chef Nizal Ashriff di talian 012 496 8937 untuk maklumat lanjut.



















 Gambar sumber A Ghaffoor Martabak Original Facebook.


A Ghaffoor Martabak Original

Menyediakan hidangan istimewa NASI KENDURI resepi asal anak jati Pulau Mutiara. Specialty Nasi Tomato dan Martabak Ayam serta daging. Dibuka setiap hati jam 7 pagi hingga 3 petang. Turut menerima tempahan catering.

Sila hubungi Chef Nizal Ashriff di talian 012 496 8937 untuk maklumat lanjut.

Facebook  :  A Ghaffoor Martabak Original

Lokasi dan alamat :  

94 Jalan Sungai Pinang,  Penang

Google Street view  :

Dalam bulatan biru ini adalah A Ghaffoor Martabak Original


No GPS  :  5.403570, 100.322302


Google Maps  :  



4 comments:

  1. nasik kandaq kampung melayu xmau promot ka? hehehh

    ReplyDelete
  2. Sempatla makan kat line clear tu 2 ke 3 kali. Murtabak sedap ..

    ReplyDelete
  3. nasi kandaq deen..jenoh beratoq..

    ReplyDelete
  4. perggggg chubby nya murtabak tuh ...perggg sedap tuh Jumie .

    Kalau laki aku ajak blk penang harus la mak seret dia pie sini jugakssssssssss

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com