27.1.15

BerWhatsApp dalam PC - WhatsApp Web

Hello u olls,

Ini nak share tips untuk u olls yang menjalankan business online atau kerja pejabat yang memerlukan u olls tengok PC at the same time kena tengok handphone from time to time kerana seringkali mesej penting seperti penyampaian pesanan / mesej adalah melalui WhatsApp.

Setelah melangkah tahun 2014,  semua orang pakai aplikasi WhatsApp untuk urusan mesej sama ada secara individu ataupun secara berkumpulan.

So bila kita nak buat kerja kat PC,  tiba-tiba boss suruh kita cari si polan-si polan,  cara terbaik adalah menghantar mesej melalui WhatsApp.  Kalau nak call ext tak semestinya si polan berada di tempatnya.  Mungkin beliau dalam perjalanan ke mana-mana atau dalam mesyuarat.

Ataupun untuk peniaga online,  sedang u olls update blog / Facebook menggunakan PC,  u olls pasti nak check mesej dalam WhatsApp kan?

So berita baik,  sekarang kita semua boleh WhatsApp melalui PC tanpa perlu muat turun sebarang aplikasi dalam komputer.

 
Contoh layout WhatsApp Web dalam PC saya.  

click read more




Langkah mudah adalah seperti berikut  :

1.  Make sure aplikasi WhatsApp dalam telefon u olls adalah yang terkini.  WhatsApp dengan aplikasi yang terkini mempunyai Menu - WhatsApp Web.


Nampak tak menu WhatsApp Web seperti gambar di atas?


2.  Pada PC,  buka laman web,  https://web.whatsapp.com/


3.  So bila buka website WhatsApp Web,  ampa akan dapat code.  So bukak WhatsApp dalam phone dan click pada menu WhatsApp Web dan scan code yang dipaparkan pada WhatsApp Web.



Paparan dalam WhatsApp Web sebelum kita log in menggunakan bar code scan.



Bila kita click menu WhatsApp Web pada aplikasi WhatsApp kita,  secara automatic dia akan keluar camera untuk scan bar code.


4.  Secara automatic,  semua mesej yang terdapat dalam WhatsApp akaun kita akan dicerminkan (mirror) dalam WhatsApp Web.




Sekian sahaja tutorial hari ini.  Memang senang la lani ada WhatsApp Web.  :)  Tapi ingat,  gunakan kemudahan ini untuk kebaikan.  Jangan duk buang masa chatting sahaja dua puluh empat jam kat PC sampai tak buat kerja.

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com