3.12.14

ANTM Cycle 21 Episode 5 : Baru Romeo Ada Akai Romeo!!

Hello u olls,

Ampa dah tengok ka episod ke lima?  Memang best sangat tengok minggu ini sebab ada beberapa drama yang amat membuatkan jiwa jiwa pondan seperti I olls rasa teruja.  Akak akan kupas satu persatu untuk tatapan u olls semua.







Adam Yang Makin Cool
Kalau dalam minggu-minggu lepas aku rasa macam nak sekeh tengok budak lelaki ejakulasi 3 saat ni,  tapi minggu ini persepsi meluat aku dah makin berubah.  Aku rasa,  Adam dah semakin sedar yang persaingan dalam pertandingan ini semakin sengit dan semua orang sedang berusaha untuk membuat yang terbaik.  Sebab itu dia semakin cool dan tidak membuat aksi keluar lidah bodoh-bodoh dia tu lagi.

And aku sangat respek dia masa Romeo mabuk gila babi and duk mai kacau dia masa dia gosok gigi.  Dia punya sabak sampailah saat Romeo pi tanduk kepala dia.  Dia tak buat apa-apa pun.

Sebenarnya Romeo nakhariam tu nak bagi Adam bengkek and dia nak suruh Adam tumbuk muka dia.  So kalau Adam tumbuk dia,  harapan nanti Adam kena buangla dari pertandingan ni.  Tapi Adam punya sabiak.



Syahbas Adam sebab hang dah makin cool.


click read more



Romeo Kena Buang - Baru Ada Akai

Aku memang tak berkenan dengan deni sejak first week lagi.  Dia memang banyak negative energy.  Aku memang terkejut masa Yu Tsai and Miss J buat announcement bahawa Romeo di-disqualified sebab dia telah bertindak agresif kepada peserta lain.  Satu tindakan yang amat drastik dan sangat bagus sekali.

Romeo ni memang muka bengang gila apabila dia tau yang dia kena buang.  Percubaan dia nak memanipulasikan perasaan orang lain agar depa terus terkeluar tidak berjaya kali ini.  Bongong punya Romeo,  kalau hang nak provok Adam untuk pukul hang,  pasai pa hang nak kena mabuk baru hang berani nak provok dia?  Sangat perangai kampung.

Rasakan nok!! Hang anak ayam Tyra pertama kena disqualified.

Romeo,  mandrem makan tuan.



Rhalea First Fall

Masa cabaran pakai kaki sarkas tu (stilt) aku sangat kesian kat Rhalea sebab dia terjatuh before dia buat catwalk.  Aiiyooo...kalau aku jadi dia aku rasa aku bukan sahaja akan jatuh,  malah background catwalk semua akan jatuh sebab aku tarik.  Habih semua nampak back stage.  HAHAHAH


Rhaelia yang meletops.





Ben Yang Makin Bagus

Dia menang best catwalk.  Bagus budak ni.  Dalam duk diam-diam,  dia duk makin menyerlah.



Ben,  muka sangat anak-anak ikan.





Cabaran Membuat Video

Kalau tak salahlah,  selalunya cabaran untuk buat shooting video ni akan diberikan pada minggu penghabisan bila peserta dah makin kurang.  Tapi kali ni,  depa buat masa awal-awal.  Satu exposure yang sangat bagus untuk anak-anak ayam Tyra Banks.  Tu pun ada juga yang struggle dan langsung tidak berusaha untuk membuat yang terbaik.  Selain Lenox,  Shei juga sangat struggle.  Sungguh sayang sekali sebab Shei mempunyai tubuh badan yang cantek tapi dia punya pergerakan amat keras.

Shei yang meletops.  





Denzel and Marjiana - Cemburu Makan Hati

Aku memang nak ampa semua amik perhatian kepada kes dua anak ayam ni.  Denzel and Marjiana ni duk bermain hati.  Sama-sama duk buat feeling perasaan macam mana ka.  Hang peluk aku,  aku cium hang.  Dah macam couple.

Habih minggu ni,  untuk cabaran buat video,  Tyra sahaja pi bagi depa pusing couple.  Keith pi couple dengan Marjiana and Kari mai berkapel dengan Denzel.  Habih tu,  bila Denzel tengok Marjiana dengan jantan lain,  dia terus tak boleh focus pada task yang diberikan.


Denzel yang kuat feeling.

Marjiana si Sundalina.


Apa yang jadi kat depa dorang ini adalah satu pengajaran yang I olls selalu pesan kat anak-anak ayam I olls.  Ampa nak skendel ka,  nak bercinta ka,  nak beromen ka,  nak berflirting ka,  nak berkingki ka,  AMPA JANGAN DUK PI MENGGARIT DENGAN JANTAN / POMPUAN DARI TEMPAT AMPA CARI MAKAN!!

Sebab apa yang ampa buat tu sama macam ampa tabok pasiak kat periuk nasik ampa sendiri.  Itulah dulu akak masa masuk kerja,  akak tak pernah nak menggarik dengan jantan-jantan dari USM.  Kalau nak berkawan memang berlambak.  Sebab 1,  kita tak tau esok lusa nak jadi apa.  Satgi sakit hati,  esok lusa kena tengok muka tu jugak.  Hang nak lari pi mana lagi?  Hang dengan dia sama-sama carik makan kat situ kan?

Tapi kalau dah jodoh tak boleh nak buat apa la.


Keith,  yang sangat AIIIOOOOYYOOO.

Kari yang HOTNESS.





Will Dapat Best Photos

Kerlas Will dapat best photo.  Ampa rasa sapa dia nak panggil untuk duduk kat Tyra Suite dengan dia?  Akak rasa mesti dia akan panggil Matthew duduk dengan dia.  Habihlaa  u ollss.  Dia akan kalih Matthew bagi habih.  HAHAH  tak sabak nak tengok episod minggu depan.

Will yang sangat cantek.  Aku sangat suka tengok muka dia.  Lembut tapi edgy.


Matthew yang AIIIYOOO





Lenox Tak Reti Nak Jadi Seksi

Aku paling bara tengok Lenox ni dia kata dia tak reti nak jadi seksi.  Aku tak tau la dia nak coverina macam mana lah and awat dia macam kuno sangat.  Dia ingat nak jadi seksi ni,  semata-mata kena buat muka muka #orgasmface and baru jadi seksi?  Sebenarnya,  keseksian adalah dari keyakinan diri.

Masa Tyra Banks duk ajar dia buat pose-pose seksi,  dia terus give up and berlari anak ke dalam barisan.  Muka Tyra sangat pereng masa tu.  Kalau aku jadi Tyra haruslah aku akan carut dia kat situ jugak.  Tapi marhayam Tyra memang baguih.

Masa sesi penilaian,  Tyra amik kesempatan tu untuk carut Lenox kau kau!  Akak suka kata-kata dia ni "You just gave up and to me that is the most unattracting thing about wanting to do anything in life,"


Lenox yang cengeng.

And Tyra bagi dia 1.  The first markah 1,  paling rendah dalam sejarah ANTM.  And hukuman untuk Lenox bukan di situ sahaja,  disebabkan dia tidak meng-eliminate Lenox kerana Romeo telah di-disqualified,  so Lenox memang ternyata masih tidak layak untuk berada dalam pusingan seterusnya.  Oleh itu,  Tyra hanya akan bagi dia 5 shot untuk penggambaran sesi hadapan.

Good luck Lenox.  Harap hang belajar dari carutan marhayam Tyra.  Toksah la duk feeling-feeling cengeng and giving up just sebab hang macam bangang tak tau apa.  Lebih baik hang kecewa sebab hang dah cuba yang terbaik tetapi ada orang yang lebih baik dari hang,  daripada hang tak mencuba langsung and hang kecewa sebab menyesal!

3 comments:

  1. SAya pun macam sgt kagum with Adam, remain cool, composed and relax je..Romeo dah provike dia sehabisnya, dia saabar je, coz dia focus kat competition..baguih Adaam baguih..

    Denzel and Mirijiana (macam2 mana la eja nama dia), boleh la nak bercintan-cintun but when on set, sila be professional and x perlu laa nak clingy kat each other 24/7..semua org bosan kot ngan diorg 2 nie..sian boypren si mirijiana nie..

    Lenox tu, that part memang sangat mengdisappointingkan..org ajar, belajar..praktis laa lepas tu kan..nie tak, buat dunno and nangis2..blergh..

    ReplyDelete
  2. kak jumi tapi pasai pa cek tgk adam ni suka pakai baju macam ankel2 nak gi pasar ja.. kemeja ngan slack..tapi disregard perangai dia yg gila tu dia mmg nampak mcm gud gud ja

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com