18.11.14

Lelaki Berpakaian Wanita

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 7 November memutuskan bahawa seksyen yang yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan dan terbatal.

Me and Mama Regina (sitting down) semasa sesi perbincangan kami tempoh hari.  Mama Regina ialah seorang wanita maknyah yang banyak memberi inspirasi kepada semua melalui penulisan dan lukisan beliau.  Buku fiksyen pertama beliau berjudul PERJALANAN akan dilancarkan oleh FIXI pada 21 November ini.  Semoga projek Panduan Maknyah berjalan lancar.  U guys can follow her di sini  :  https://www.facebook.com/Regina-Ibrahim


Seluruh Malaysia lani tengah gelabah apabila keputusan ini dibuat. Ada yang kata negara kita ni dah semakin liberal dan semakin menggalakkan hal-hal LGBT dan menganjurkan kehidupan pondan dan maknyah yang dahulunya hanya menjadi latar belakang kisah di lorong belakang.  Lorong belakang yang menjadi kunjungan abang-abang sunyi,  lelaki apom,  abang gersang dan pelbagai jenis abang lagi.  Kalau selama ini,  maknyah terpaksa memilih hidup dalam penyembunyian kerana cara hidup mereka adalah berbeza dan mereka mungkin akan ditangkap kerana berpakaian wanita,  apa bezanya dengan abang-abang sunyi ini?  Mereka juga pasti dalam penyembunyian.  Silap hari bulan,  mereka juga adalah antara mereka yang sibuk memberi lontaran tohmahan dan kejian apabila perubahan akta ini dibuat.

Maaf jika pengenalan ini terlalu panjang dan berbaur emosi.  Saya amat dekat dengan dunia maknyah.  Ada golongan maknyah yang tidak suka dengan cara saya.  Malah memberi amaran kepada maknyah lain "Hang janganla duk rapat dengan Jumie Samsudin tu,  dia nanti rapat dengan hang,  pastu dia korek cerita hang,  and then dia akan cerita dalam blog hang,"  sila semak dalam blog saya ada ka cerita pasal negativiti maknyah yang saya garapkan.  

Mungkin,  si polan berkenaan ada sebab peribadinya sendiri mengapa dia menyebar cerita palsu begitu kepada saya.  Atau mungkin kerana secara umumnya,  kita,  manusia sempurna (heteroseksual) terlalu banyak menindas,  diskrisminasi dan meletakkan golongan ini pada taraf yang jauh lebih rendah.  

Tapi,  kenapa ini berlaku?

click read more

Saya mempunyai seorang rakan maknyah ni.  Dari kecil memang dia berpakaian perempuan.  Dia tidak mendapat semangat dan sokongan hidup dari keluarga beliau sendiri walaupun dia mempunyai kerjaya yang baik dan pendapatan yang kukuh.  Keluarga sering memberikan 'treatment anak tiri' kepada beliau dalam apa jua hal.  Tapi apabila kakak dan abangnya memerlukan khidmat butik pengantin,  hal hal seni dan masakan,  mereka akan sembah ratu dengan kawan I.  Kasihan kawan saya terpaksa layan apa yang diminta oleh keluarganya.  Hati mereka perlu dijaga.  Hati dia?

Seorang teman maknyah lagi pernah menceritakan satu kejian yang dia tak akan lupa sampai bila bila.  Sebagai seorang pekerja kilang,  dia ada membuat business sampingan membuat manisan seperti kek kepada rakan pekerja yang lain untuk menambah pendapatan.  Namun,  ada seorang rakan senior yang mengherdiknya "Ish aku tak akan beli kek dari hang.  Hang tu pondan.  Geli aku makan air tangan seorang pondan,"

Buat kerja baik pun salah.  Buat kerja salah apatah lagi.

Oleh itu,  saya menyambut baik pindaan yang dibuat ini.  Sebelum ini,  lelaki Melayu yang berpakaian wanita akan ditangkap dan dikenakan denda dan disebagainya.  Disebabkan itu,  ramai maknyah dan pondan terpaksa memilih kerjaya malam.  Menjadi pekerja seks adalah kerjaya berisiko tinggi yang terpaksa mereka lakukan.  Apabila sudah masuk dalam kancah itu,  ada juga yang terperangkap dalam dunia dadah.  Kerana sudah tidak tahan dengan tohmahan dan kejian orang,  so baiklah depa jadi jahat kan? Itu yang mereka rasa selama ini.

Saya tidak menyuruh anda semua menyokong apa yang menjadi nilai hidup saya,  tapi cukuplah kalau sudi memahami dan menghormati.  Dunia ni kecik sahaja.  Apa salahnya kita berkongsi.  Menidakkan hak orang lain dengan harapan untuk meletakkan diri sendiri pada tempat yang lebih suci adakah itu jawapan kepada kesengsaraan orang lain?  

Saya ingin menyeru kepada anda semua,  janganla takut dan hidup dalam persembunyian lagi.  Jadilah diri sendiri.  Jaga peribadi.  Earn an honest living.  

Nantikan project saya dan Mama Regina untuk menerbitkan buku PANDUAN MAKNYAH.  Sebuah garapan bukan komersial yang boleh dijadikan rujukan baik terutama kepada adik-adik,  pengamal perubatan,  golongan akademik dan penyelidik.

ps/  Pondan / Maknyah dah boleh pakai pompuan ampa nak menggelitis.  Selama ni Jep Sepah pakai jadi Ustazah Bahiyah ampa tak tangkap pulak?  Dunia dunia.


1 comment:

  1. bias is everywhere kak..
    everywhere..
    manusia sentiasa cari jalan untuk mengeji apa yang depa tak suka..
    mati agaknya kalau senyap..
    ---
    dulu ada sorang member yang suka judge orang atas pelbagai dasar..
    bila saya panggil dia tuhan..
    dia marah..
    tapi dia berlagak macam tuhan kalau dengar gaya dia cakap..
    skang saya pon dah lost contact dengan dia.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com