Thanks kepada Mr. Izaidin Misdi yang telah memberikan reminder dalam beberapa komen dalam artikel yang lain. Dia ingatkan akak bahawa akak pernah janji untuk ceritakan tentang ke-angkeran rumah akak. HUHUHU. Baiklah, di malam Jumaat keliwon ini, akak menceritakan cerita angker tentang rumah akak.
Kalau sapa yang ingat, dulu akak pernah berjanji nak buat siri cerita seram dan misteri di kampus tempat akak bekerja, tapi selepas mendapat teguran dari beberapa pihak, so akak pun dengan rasa rendah diri mintak mahap dan akak telah keluarkan semua kisah yang berkaitan. Hope u olls semua memahami. Takpa, mungkin kita kena lebih inovatif dalam penceritaan.
Okay, hari ni akak nak cerita pasai keangkeran rumah akak.
Inilah rumah kami. Dua tingkat. Ada 5 bilik, dua rumah tamu, dua dapur and satu bilik mandi and toilet.
click read more
Pada hari hari biasa, hanya akak dan suami yang stay kat sini. Tapi bila weekend or hari raya or apa-apa kenduri, semua keluarga akan mai berkumpul kat sini. But not much, because akak selalu busy and tidak ada orang nak jadi host kat rumah ni. So family akan mai pada hari raya sahaja.
Rumah ini agak lama. Rasanya sejak tahun 70an, rumah ini sudah terbina. Reka bentuk atas rumah ini diperbuat dari kayu dengan ciri-ciri tradisional. Ada tiang seri. Dan paling meletops, tingkap di tingkat atas rumah yang sangat "ADABI....MELAZATKAN...ADABI MENYELERAKAN...MENGANDUNGI BERBAGAI REMPAH...MELAZATKAN KARI DAN KUAH...ADABIII...." haaa gitu. Siap boleh selak selak jendela kan.
Ini tempat akak blogging.
Rumah akak tidak berhantu, kita orang Islam mana boleh percaya hantu ni semua. Tapi kita percaya pada kewujudan makhluk-makhluk Allah yang lain. Jin, syaitan, malaikat dan macam-macam lagi yang kita tak boleh lihat dengan mata kasar kita.
Kami percaya rumah I olls ada penghuninya. Ada kawan akak yang boleh 'melihat', dia kata kat dalam rumah we olls ada benda, kat luar rumah pun ada. Yang dalam lain. Yang luar punya lain. Kawan akak selalu berpesan, kalau masuk Maghrib, kalau takdak apa apa, just tutup pintu depan tu. Especially bila suami akak tidak ada di rumah. Penghuni kat rumah akak ni orang lama. Dia tak akan kacau apa-apa. Dia memang duduk kat sini, tak perlu nak halau dia atau apa-apa.
Selama akak duduk di rumah ni, dari zaman anak dara, zaman bujang sampai lah dah menikah.....akak ada la beberapa cerita yang ingin akak kongsikan dengan U olls.
Stay tuned ya! Semoga u olls suka membaca Siri Rumah Akak Yang Angker ini.
Love,
Jumie Samsudin
cant wait to read it my dear kak jumie :)
ReplyDeletewuishhh cepat lah ceritaaaa!!!
ReplyDeletehttp://enyyusnizar.blogspot.com/2014/11/ayam-halia-goreng-crispy.html