31.10.14

Selamat Tinggal Oktober

Hello u olls,

Cepat sungguh,  hari ini sudah 31 Oktober 2014.  Esoknya sudah masuk bulan November.  Insya Allah,  mulai bulan ini saya nak buat catatan akhir bulanan.  Saya rasa catatan ini amat penting.  Apa yang saya pelajari bagi bulan ini kena dicatat untuk menjadi panduan pada masa mendatang.

So apa ulasan dan kesimpulanan untuk bulan Oktober?  Bulan ini saya agak sibuk (pernahkah aku tak sibuk?)  Ya,  memang aku selalu sibuk.  Sebab aku memang tak boleh duduk sengap-sengap.  Ada sahaja aku nak buat.  Ada sahaja yang aku nak tolong.  Dalam pada segala maknena perniagaaan Make Up by Jumie Samsudin dan Kuih Kacang Mazola by Jumiess telah dikurangkan dan ditiadakan.  Tapi tak mengapa,  so far semuanya berjalan lancar.



My latest make up untuk my client Saeda Sakinah.  Alhamdulillah,  ada juga job untuk bulan ini.  Seronok kerja untuk beliau.  Apa pun,  make up i olls ni hanya touching sedikit sahaja,  dia memang lawa dah pun.  Yelah,  i tau,  make up i olls bukan cantek tera mana pun.  Harap muka pengantin cantek,  barulah make up i cantek.  #kan

click read more




So far bulan ini tidak travel ke mana-mana kecuali ada kerja luar di PARKROYAL Penang Resort.  I olls ada paparkan satu artikel dengan gambar-gambar kami sebagai urusetia Bengkel Transformasi Akademik di mana I olls memakai tops bunga-bunga ala Mrs.  Doubtfire.  PARKROYAL sesungguhnya sebuah hotel bertaraf 5 bintang yang pastinya memberikan keselesaan kepada tetamunya.  Tapi,  ada beberapa komplen yang dipanjangkan oleh peserta bengkel kami mengenai pengurusan pihak hotel dimana beberapa peserta yang menginap dengan keluarga di hotel telah ditahan oleh pihak pengurusan hotel dengan cara yang agak kurang sopan.  Perkara ini adalah kerana  pihak hotel mengesyaki yang peserta bengkel ini adalah orang luar yang sengaja menggunakan laluan hotel untuk pergi ke pantai.

Perkara ini telah diselesaikan secara rasmi oleh kedua-dua pihak.  Penghargaan juga untuk pihak PARKROYAL yang tidak memandang enteng tentang perkara ini.  Pihak hotel telah mengambil beberapa pendekatan baik agar pada masa akan datang pihak pengurusan hotel (semua lapisan) tidak mempunyai perbezaan layanan antara tetamu dalam kalangan orang tempatan dan pelancong luar negara.

 Bulan ini juga saya akhirnya dapat meluangkan masa mata to mata dengan Mama Regina.  Unofficially,  saya akan membantu beliau dalam projek penerbitan sebuah buku yang amat saya setuju kandungannya. Buku yang bertajuk Panduan Maknyah satu perkongsian ilmu yang ingin kami terbitkan dalam bentuk bukan komersial.  Harapan agar projek ini berjalan dengan baik.  Mama,  kita go slow and steady ya mama.  Jangan tak gerak langsung.

Tapi apa pun,  pertemuan dengan mama ini memang amat menyegarkan.  Mama banyak bagi saya dorongan dalam menulis (secara langsung dan tak langsung).  Thank you mama for all your supports. Saya juga ada bagitau yang lepas ni,  saya memang dah niat tak mau merapu rapan dalam blog ini lagi.  Saya nak tulis cuba perbanyakkan nukilan dalam bentuk cerpen,  skrip atau mungkin novel.  Insya Allah.

Me and Mama Regina di rumah beliau.  :)


Ini semua kembali kepada kisah cara bagaimana kita selalunya lupa untuk melihat cara kita nak layan orang lain.  Sebab itu I olls buat segmen baru dalam blog I olls iaitu segmen Pejabat RIUH SDN BHD.  So far dua skrip pendek telah saya terbitkan bawah label ini.  Satu kisah Makanan Vegetarian dan satu lagi Makan Muruku.  Insya Allah lepas ini saya akan buat lagi skrip pendek untuk Pejabat RIUH SDN BHD ini.  Sebenarnya watak-watak ini tidak kena mengena dengan sapa-sapa yang hidup atau yang telah mati tetapi kisah-kisahnya saya kutip daripada cerita teman-teman dan pengalaman saya sendiri.

Bulan Oktober juga mencatat beberapa perayaan penting untuk rakyat Malaysia.  Deepavali meraikan pesta cahaya untuk rakan-rakan beragama Hindu dan untuk saudara Muslim,  kita menyambut tahun baru Hijrah.  Saya akan paparkan beberapa gambar menarik sambutan Deepavali dan Hijrah di pejabat kami.  Jangan lupa catatan Hijrah yang saya buat ya u olls!



"Jumie...Nurul nak peluk Jumie boleh?"  kata rakan office I.  Pemalunya dia ni.  Nak peluk I pun mintak izinlah.  Peluklah sekuat mana pun,  bentuk badan I tetap macam ni.  Dia tak akan jadi lebih kecik pun.


Oh ya,  hujung bulan ini juga ada perayaan Halloween.  Keraian ini bukan sebahagian daripada budaya tempatan kita,  tapi sebab pengaruh media dari Amerika Syarikat (especially) Halloween dah jadi kalendar penting untuk orang Malaysia juga especially untuk anak-anak muda.  I olls dan anak-anak ayam I olls awalnya ada terfikir nak buat Halloween Party kat rumah I olls.  Kami-kami jer.  Ada photobooth,  ada games,  ada makan-makan and last sekali...tengok cerita hantu ramai-ramai.  Kisahnya nak buat decorations kat rumah I olls yang sediakala kelihatan angker di waktu malam.  Tapi sebab kekangan waktu dan beberapa anak ayam I olls yang tidak sihat (semua duk pakat demam panjang dan susah nak kebah) makanya,  kami pun batalkan niat itu.  Takpalah,  apa pun,  I olls tetap menanti apa Heidi Klum nak pakai untuk Halloween ini. AHA.


Ucapan tahniah juga untuk kawan baik I olls,  Asmaa Aljuned yang telah mempopularkan blog I olls yang sendu ini.  Tak perlu I olls perkenalkan lagi dia siapa.  Yes,  seantero kita sudah tau yang dia telah membuka cawangan Boost di Cyberjaya Mall.  Ada laporannya di Star News.  Kami kawan-kawan ada tong-tong duit dan membelikan bunga untuk beliau.  Sayangnya I olls dan Aishah ada di Penang,  kalau dah sudah pastinya we olls mendapat bekalan minuman BOOST sepanjang hidup.



Bunga yang kami beli.  :)

Okaylah,  ini sahaja catatan untuk penghujung Oktober.  Semoga I olls lebih konsisten menulis selepas ini.

Love,
Jumie Samsudin

2 comments:

  1. Good summary pasal semua yang berlaku di bulan October..Alhamdulillah semuanya baik-baik aja...hehehe..

    tahniah semua orang..tak pasal-pasal...hehe..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com