29.10.14

Makna Hijrah

Salam to all,  

Rasanya tidak terlewat untuk saya ucapkan salam hijrah untuk semua sahabat saya yang membaca blog saya.  Sungguh cepat masa berlalu.  Tahun baru hijrah ini,  boleh saya bandingkan dengan penghijrahan saya dari pejabat lama ke pejabat baru.  Dah setahun saya di pejabat baru ini.  

Tapi masih dalam bumbung USM.  Alhamdulillah,  setakat ini memang happy gila sangat-sangat.  Banyak benda I olls belajar dan alami.  Kalau selama ini aku ingat dah boleh bangga habis dah sebab dah almost 8 tahun kerja di USM,  tapi ropa-ropanya bila kita berhijrah barulah kita rasa kita ni sebenarnya adalah amat kecik sangat.  Banyak lagi benda kita tak tau.



click read more


Sebab tula hari ini kita nak bercakap pasai hijrah.  Bagaimana kita betul-betul menghayati mesej hijrah ini.  Seperti yang kita tahu,  dalam kalendar Islam,  tarikh Hijrah ini kita ambil sempena perpindahan umat Islam ketika zaman Rasulllah dari kota Mekkah ke kota Madinah.  Atas keyakinan dan iman yang teguh,  kaum Muhajirin dan Ansar bersatu,  rela berkorban,  harta dan nyawa demi menegakkan Islam tercinta.  (Haa....ayat tadi adalah lirik lagu nasyid yang saya percaya kita semua pernah nyanyi masa pertandingan nasyid kat sekolah dulu.  HAHAHA).

So,  hijrah ni memang bagus sangat u olls.  Kebaikannya memang tak perlu dibincangkan lagi sebab kita dari dulu memang tau bagusnya kita berhijrah.  Berhijrah fizikal dan juga rohani.  Contoh fizikal,  macam I olls pindah pejabat A ke B.  Contoh lain,  kalau dulu gemok berat badan tinggi,  lani dah kurus sedikit.  Hijrah rohani,  mungkin kalau dulu tak pakai tudung,  lani dah berhijrah.  Ataupun,  dulu dia panas baran,  tapi lani dia dah banyak cool.

Hijrah bukan hanya satu perkara ,  buat sekali dah settle.  Bagi saya hijrah adalah proses yang berterusan.  Bermula dari niat yang baik,  kita terus focus dan sentiasa bersedia untuk hadapi cabaran dan apa juga task untuk make sure niat kita mencapai objektifnya.  

Memang betui tok-tok kita berkata,  cakap kat mulut senang la. 

Sedar atau tidak,  bukan semua kita boleh terima perubahan dengan baik.  Saya lihat dalam konteks adaptasi or adaption.  Contoh paling dekat,  bila kita kena ubah office (macam saya).

Orang yang tidak mempunyai adaption skill yang baik,  bila kita kena pindah office,  dia akan macam ni  :

  • Dia suka buat comparison yang negatif dengan tempat kerja lama dia seperti boss,  kawan kerja,  sistem dan peraturan mudah.  Contoh  "Dulu kat tempat kerja I lagi,  kami tak perlu beli beli air Milo ni semua.  Semua office dah sediakan.  Staf boleh bancuh je.  Office sini kedekut ehk?"

    Bagi saya janganla buat komen begini.  Kita tak tau mungkin bajet beli MILO Nescafe untuk staf ni adalah dari sumber mana.  Janganla simply buat remarks kekampungan yang menuduh bahawa office baru ini adalah kedekut.  Tak baik kan?  Dah tau office baru takdak MILO,  hang beli la MILO sendiri.  Hang sendiri kedekut tak nampak?
  • Tidak mahu berkawan dengan rakan office baru.  Dia lebih suka menyendiri dan tidak menunjukkan inisiatif untuk bermasyarakat dengan kawan office baru.  Tidak mahu memberi kerjasama,  tidak mahu memberi sokongan dalam aktiviti office.  Dalam erti kata lain,  bila kawan-kawan office baru duk sibuk buat event ke meeting ke,  dia boleh je posing kat tepi persis Anita Sarawak.  Alasan tidak memberikan sebarang sumbangan adalah "Ni semua event u olls.  I baru datang sini.  I tak tau apa-apa,"
  • Berkongsi kisah-kisah di office baru kepada rakan di pejabat lama.  Ini adalah tidak betul dari segi etika.  Kemungkinan beberapa maklumat itu adalah sulit dan boleh menjejaskan perjalanan sesuatu proses.  Hal ini banyak berlaku kepada golongan makcik-makcik dan golongan staf muda yang berperangai makcik-makcik.
  • Merungut dan komplen.  Merungut dan komplen.  Merungut dan komplen.  Merungut dan komplen.  Merungut dan komplen.  Merungut dan komplen.  Merungut dan komplen.  Merungut dan komplen.  Merungut dan komplen.  Saya ulang banyak-banyak sebab inilah yang paling pandai kita buat.  

At the end of the day,  orang yang tidak ada adaptation yang baik ni akan dapat juga adapt dengan keadaan sekeliling.  Tapi ambil masa yang agak lama la.  Dan segala kesusahan yang selama ini dia duk komplen dan compare akhirnya menjadi mudah.  Tak malu ka dengan diri sendiri sebab selama ni punya duk kutuk macam-macam? 

Tak kenal maka tak cinta.

Akhir kata,  salam hijrah untuk semua kawan-kawan.  Hayati mesej besar ini dan terapkan dalam hidup kita dan insya allah kepada anak-anak kita.  Generasi Z!  

Love untuk semua!
Jumie Samsudin

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com