24.10.14

Makan Muruku

Pengenalan Babak

Babak ini berlaku di pejabat. Latar belakang, keadaan pejabat yang sibuk. Beberapa rakan staf sedang membuat tugas masing-masing. Para pelakon bebas bersuara dengan lantang kerana pejabat ini memang selalu hiruk pikuk.

Watak-Watak

Kak Yam - Wanita berbadan gempal dan suka mengacau orang lain kerana dia sendiri tak banyak kerja. Dia suka membungkus makanan lebihan daripada jamuan yang dijalankan di pejabat.

Kitty - Setiausaha pejabat. Dia selalu membuat kerja untuk Boss.

Yusof - Kerani kewangan. Dia cekap membuat kerja. Kerana terlalu laju membuat kerja, dia selalu ada masa terluang. Masa terluang digunakan untuk membantu rakan lain, ataupun bermain aplikasi Candy Crush di handphonenya.

Arina - Pelajar intern. Tak banyak bercakap. Sebab dia orang baru. Tugas dia lalu lalang dan tukang hantar file.

Boss - Dia tidak perlu berlakon dalam babak ini tetapi namanya disebut.


Click read more



Lampu dibuka. 3 watak sedang riuh menghias pejabat dengan pelbagai barangan dekorasi sempena perayaan Deepavali.  Kitty sedang membuat kolam.  Yusof sedang gantung lampu dibantu oleh Arina.  Kak Yam tidak membantu langsung.  Dia hanya duduk di meja membuat kerjanya.

Kitty
Arina,  lepas kau tolong Abang Yusof,  nanti kau berdua datang tolong akak buat kolam ni ya.  Susah buat kolam ni.  Nanti berjam habis kat sini je.

Arina
Baiklah Kak Kitty.

Yusof
Ala....aku buat ni sendiri pun takpa.  Arina,  kau pergi tolong Kak Kitty.  Lagi habis kita buat hiasan,  lagi bagus.  Lepas ni kita boleh terus buat kerja.

Arina terus meletakkan barangan hiasan di atas kerusi sebelah Yusof dan terus membantu Kak Kitty.

Arina
Woww...canteknya kolam ni Kak Kitty.  Kak Kitty pernah buat kolam ke?

Kitty
Dulu masa akak kat Universiti,  akak selalu buat kolam bersama kawan-kawan Asrama.  Kami akan hias lobi asrama kami dengan kolam bila datangnya perayaan Deepavali.  Memang best sangat.  Tapi kitorang buat kolam yang besar la.  Satu malam tak tidur.  Semua orang sama-sama buat.  

Yusof
Arina,  kau tau tak kenapa orang Hindu buat kolam depan rumah diorang bila Deepavali or apa-apa perayaan?

Arina
Tak tau.......

Yusof
Diorang buat kolam menggunakan beras or tepung beras berwarna di depan rumah so lepas ni,  semut,  serangga,  burung akan datang makan beras ni.  Diorang percaya,  roh nenek moyang mereka datang dalam bentuk makhluk ini untuk sama-sama meraikan hari besar agama mereka.  Aiii...Kak Yam....sibuk sangat ke?  Tekun nampak buat kerja?  Moh le tolong kami buat kerja kat sini.

Kak Yam
Ish...taknak aku tolong-tolong korang ni semua.  Ni semua perayaan agama Hindu.  BERDOSA tau kalau kita meraikan perayaan agama lain.  BERDOSA.  Akak tak nak masuk campur.  Tapi sebagai saudara seagama,  tak salah akak bagi teguran kan?

Kitty
Ala Kak.  Kita bukan sembah berhala atau buat benda-benda syirik.  Kita dekorasi sahaja.  Nanti client datang pejabat kita hari ni,  kita boleh ceritakan kepelbagaian etnik di negara kita yang tercinta ni.  

Kak Yam memuncungkan mulutnya.

Kitty
Haa dah nak siap pun kolam kita.  Arina,  takpa,  yang ni akak boleh sambung bagi habis.  Kamu pergi belakang kat pantry,  amik bakul yang akak sediakan.  Dalam tu ada macam-macam kuih muih dan manisan orang India.  Kita serve kat kaunter.  Nanti client datang,  kita jemput makan okay?

Arina
Baik kak.  Biar Arina yang settle bab tu

Yusof,  Kitty dan Arina selesai menghias pejabat dengan pelbagai dekorasi pejabat.  Makanan dan manisan seperti laddhu,  coconut candy,  dan muruku tersedia dalam bekas-bekas khas yang Kitty bawa dari rumah.

Yusof
Woww....cantek pejabat kita.  Boss mesti suka nanti.  Kalau dia tengok makanan ni semua nanti,  mesti dia lagi suka.  

Arina
Arina pun suka......(kata Arina sambil memakan coconut candy)

Kitty
Okaylah,  semua dah siap.  Jom kita sambung buat kerja.

Semua pun kembali ke kubikel masing-masing.  Lepas beberapa minit,  Kak Yam bangun dan pergi ke ruang legar pejabat.  Dia tengok keadaan keliling.  Sekali sekala dia memerhati pada hiasan yang digantung.  Lepas itu,  dia mendekati bekas makanan yang disusun di kaunter.  Perlahan-lahan dia membuka balang muruku.  Dia ambil satu muruku dan memakannya dengan lahap.  Tiba-tiba Yusof bersuara dari kubikelnya.

Yusof
Haiii Kak Yam.  Janganla makan muruku tu.  BERDOSA KITA MERAIKAN PERAYAAN AGAMA LAIN.  Saya tak kisah akak makan,  tapi sebagai saudara seagama,  tak salah saya bagi teguran kan?

Kak Yam
KO DIAMLA YUSOF!!

Kak Yam terus berhenti makan dan duduk di kaunternya semula dengan keadaan sentap.

6 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com