13.10.14

Kebaikan dan Keburukan Google Street View

Rasanya dalam banyak banyak blog,  aku yang paling terbelakang bercerita tentang Google Street View yang menjadi popular dan berfungsi untuk peta Malaysia sejak pertengahan September 2014.  Satu usaha antara kerajaan Malaysia dan syarikat Google.  Tak salah saya,  Najib pernah melawat pejabat Google di Amerika Syarikat pada September tahun lalu.  Maybe dia mai sembang pasai benda ni.

Sedang kita semua rancak bercerita tentang kecanggihan Google Street View,  ada yang suka,  ada yang tak suka,  ada yang tidak selesa,  ada yang rasa takut,  ada yang excited (macam I) dan macam-macam lagi,  kenapa u olls rasa kita patut ada Google Street View?

Kalau 20 tahun dahulu,  cikgu sekolah kita semua duk suruh kita buat karangan tentang DUNIA TANPA SEMPADAN.  Terangkan kebaikan dan keburukan.  Haaa...nenjia,  sekarang ni memang dah mai dah betul betul dunia tanpa sempadan kat depan kita.  Awat nak kelepiak (mengeribas seperti burung jika sangkar diketuk) tak tentu pasai?

Saya tulis status kat Facebook saya Jumaat lepas bertanya kepada kawan-kawan tentang kebaikan dan keburukan Google Street View.  Ada yang tidak suka.  Tapi ramai yang suka.  Yes,  saya setuju dengan komen kalian semua.  Imej yang dipaparkan dalam Google Street View bukan yang terkini tetapi yang telah dirakam beberapa bulan yang lalu.  Dia bukan real-time.  Kalau real-time nayalah,  jenuh aku nak pi jemuk kain pun feeling pakai kebaya dan kasut tumit tinggi.  Secondly,  imej muka,  no plat kereta atau poster yang ternampak imej muka dikaburkan.  Malah,  anda juga boleh meminta pihak Google mengaburkan imej rumah anda.

Imej Google Street View untuk pintu USM gate Batu Uban.


click read more


Tapi saya sangat tertarik dan mengelike komen seorang teman yang berkata "Pada pendapat saya, google street view ni is just another gimmick for rakyat rakyat jelata seperti kita untuk get excited and berasa kagum dengan technology ini. Tetapi di sebalik tabir, Google akan bekerja sama dengan Homeland Security of America dan juga Pentagon untuk menggunakan data-data yang telah dicollect dari mana-mana, untuk tujuan pemantauan, perang dan lain lain.  Its more than just stalking or invading someone's privacy, its all about a bigger warfare that would benefit them. There will always be a hidden agenda sekian pendapat saya. Sesiapa yang disagree, jangan counter attack saya! Okay peace and love you all."
Saya setuju pendapat saudara ini.  Kalau dulu masa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu.  Jepun hantar perisik mai duduk kat Tanah Melayu jadi pekedai dan pekerja buruh.  Tapi malam-malam duk lukis peta dan hantar kat askar depa.  Last sekali nenjia,  Jepun mai attack dari Siam naik basikal sahaja.  Kira lani,  nenjia dia mai antar kereta Google and basikal dan segala boat semua pusing satu Malaysia.  Habis semua nampak dah.

Tapi kan,  jangan la kita duk paranoid sangat.  Saya rasa sebab itu PM Najib pi Pejabat Google.  Rasanya,  kerajaan kita nak beli data pemetaan ini daripada pihak Google sendiri.  Hala u olls,  Puak Sulu dan juga pendatang asing lagi cekap selok belok negara kita sebab tu senang-senang depa penetrate negara kita dan buat kacau bilau.  Ampa tak rasa ka benda ni baguih?

Bagi saya keburukan Google Street View boleh disenaraikan dengan lebih banyak tapi semua alasan itu seperti tidak ada point.  U kata senang orang nak stalk,  abih tu?  Kalau orang tu pi sendiri naik kereta, or dia sanggup upah sapa sapa mai depan rumah u and amik gambar pastu Watapps kat u,  sama jugak kan?  Setuju dengan komen seorang teman,  bukan senang-senang orang boleh Google Street View u selagi orang itu tidak tahu your full adress dan lokasi atas Google Maps.

Lani aku tak mau pikiak jauh jauh pasai perang ni semua.  Kita pikiak positif,  terima teknologi baru ini sebagai satu lagi kemudahan kepada kita.  Kelebihan yang kita peroleh dari Google Street View pada pendapat saya adalah seperti berikut  :


  1. Boleh melancong tanpa melalui laptop dan gajet 

    Yes,  boleh menlancong u olls.  Boring-boring duduk kat rumah,  kita terus boleh Google Street View dan ronda-ronda keliling pekan,  bandar,  kawasan bersejarah ataupun tempat flora dan fauna yang indah belaka kat Malaysia ni.  Imagine kita sendiri dulu ronda kat situ sambil jalan kaki.  Dahla imej dalam Google Street View ni sangat HD.  Tak macam menonton rancangan TV tentang tempat pelancongan,  kali ini u olls boleh decide nak tengok apa dan macam mana.  Rasa macam memang berada kat tempat u.  So far I olls dah melancong ke Langkawi.  Lepas ni bolehla melancong kat Eropah pulak.  Feeling!!  Memang best sangat!!!

  2. Merancang perjalanan ke tempat yang belum pernah dilalui
    Yes,  sekarang kita ada Waze dan nak pi mana pun mudah.  Tapi pasti semua orang setuju kalau I olls kata,  kadang-kadang Waze macam celaka,  buat culcalation lambat.  3 4 kali kita terlepas simpang dan duk kena pusing tempat yang sama sebab kita tersalah masuk turn yang Waze culcalate kat kita.

    Oleh itu dengan adanya Google Street View,  kita boleh survey survey jalan dulu sebelum kita travel pi tempat tu esok.  Tengok apa landmark yang duk ada.  Kadang-kadang dalam Waze tulis petrol stesyen.  Tapi kisahnya kenyataan,  hanya kedai runcit yang jual minyak BUROK.  Kat kampung-kampung selalu macam ni kan?

    Dengan adanya teknologi macam ni,  kalau ada lagi orang orang macam Noraslinawati Majid dan Wawa Azwanti yang berapa puluh tahun duduk Penang tapi tak tau jalan kat Penang aku tak tau la nak kata apa dah.

    Susu Segar Legend Flavour available: coklat / jagung / strawberry / original / blueberry /oren
    Dadih: plain / coklat
    1 RM2
    18 - RM 30 (rm 1.67/each)

    Delivery at pick up points all over Penang






  3. Mengimbau kenangan lalu

    Oh yes!! Bila boring boring baru ni,  i pi Google Street View kat tempat-tempat yang orang Melayu kata,  tempat jauh lagi dikenang ya.  I pi tengok sekolah rendah I.  Sekolah Kebangsaan Dato Kramat.  Walaupun I ni duduk Penang,  tapi berapa kali la sangat I pi balik sekolah ni sejak i tinggalkan sekolah ini hampir 2 dekad yang lalu.  Rasa nak menangis bila tengok pokok angsana yang besar indah di depan sekolah kami tu.  Masih teguh.  Masih gagah.  Dulu kat akar pokok inilah kami sandarkan beg sekolah kami sebab kami nak main sementara tunggu bus sekolah kami sampai.  And I juga tengok sekolah menengah I,  St George Girls' School.  Tapi sedihnya,  terlalu banyak renovasi yang berlaku kepada bangunan dan reka bentuk asal bangunan ini.  I think our school is UGLY now.  Saya harap ada pihak yang buat sesuatu untuk kembalikan senibina asal bangunan tahun 50an itu.  

Sekian sahaja coretan saya.  Komen dari kawan-kawan saya dahului dengan ucapan terima kasih.


Ini Balai Polis Kg Baru yang terletak bertentangan dengan simpang ke rumah saya.  

Rumah saya terletak di sebelah Sekolah Chung Ling.  Tapi dalam Google Street View,  depa tak lalu masuk lorong rumah saya.  Oleh itu,  tidak ada imej rumah saya dalam GSV.  YEBBAA!!


So inilah lorong nak masuk rumah saya.  HEHEH ini sahaja yang u olls boleh tengok.  

Rumah bapak saya di Kebun Lama, Penang. Tapi nampak dari seberang sungai. Kereta Google tidak lalu di Jalan Langkawi (Dia lalu Jalan Gemas sahaja). Rumah ini akan dirobohkan tidak lama lagi untuk projek pembesaran sungai. ‪#‎GoogleStreetView‬ ‪#‎Malaysia‬ ‪#‎Penang‬ ‪#‎KebunLama‬

Yang ni bekas tapak rumah Dinie dan Abang Atan Gelo


Ini rumah Pakcik Ucak Cucuk Udang, Bendahari Masjid Acheh Kebun lama.

Lalu kot belah Jalan Kontohol a.k.a P Ramlee Street boleh nampak rumah. Awatlah masa Google Car mai rakam ni Mak Yam tak duduk tepi jalan.

Rumah yang ada pokok Rambutan tu adalah rumah I belajak Quran dulu masa kecik kecik dengan Arwah Makcik Bedah.  Al Fatihah Makcik Bedah,  semoga Allah tempat makcik Bedah dengan orang-orang yang beriman.


Pokok besar depan Sekolah Kebangsaan Dato Kramat.  Tapi awat lani rumput dia hijau elok.  Budak budak sekolah dah tak boleh main bawak pokok ni ka?  


Sila baca  :

Cara-cara untuk Google Street View

Bagaimana Cara untuk Kaburkan Imej dalam Google Street View?

2 comments:

  1. Pernah terkena masa pakai Waze bulan lepas.cari klinik 1 malaysia kat batu pahat tapi yg kitorang jumpa cuma rumah banglo buruk yg takde sape duduk...

    ReplyDelete
  2. Hahahahahh... Patut la rasa nama diseru2... La ni sejak pakai keta aku dah jarang sesat dah... Kali terakhir aku sesat larat adelah waktu cari kedai makan milik mak mentua sendiri... Tapi bukan dlm penang... Kat area puchong sana tu... Hahaha... Gune waze masa tu pun tah mana hala dia bawak aku...

    Takpo laa... Doakan aku tak sesat lepas ni utk jadi driver laki aku utk 2 minggu... Satgi istana negara ke mana, sri pentas bandar utama ke mana, balai seni lukis negara ke mana... Plan kitorang cuti2 malaysia ke mana... Hahaha...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com