4.8.14

Ulasan Majlis Pembukaan Sukan Komanwel Glasgow 2014

Pada 23 Julai 2014 yang lalu telah berlangsunglah majlis pembukaan Sukan Komanwel di Celtic Park, Glasgow, Scotland.  Akak sempat menonton pembukaan ini melalui siaran rakaman di Astro PVR.

I olls sangat suka dengan majlis pembukaan ini.  Tidak terlalu semak,  tidak terlalu over (macam London Olympic 2012),  ada banyak pengisian budaya dan paling penting ada banyak mesej kemanusiaan.


Majlis pembukaan ini jugak tidak meleret.  Kalau tak salah I olls,  majlis yang dirasmikan oleh Queen Elizabeth II, Head of the Commonwealth berlangsung tidak lebih daripada 2 jam keseluruhannya.  Persembahan yang disampaikan melalui upacara ini seperti yang I olls katakan tadi penuh dengan pengisian budaya.  Apa sahaja yang menggambarkan Scotland diisikan dalam pembukaan ini,  bag pipe,  whiskey,  kilt (skirt kain petak petak yang dipakai oleh lelaki Scottish),  Scottish Terrier (anjing yang mengiri setiap kontijen negara yang masuk),  Scottish ballet,  patung replika Duke of Wellington dengan kon trafik,  Nessy (raksasa misteri dalam Loch Ness a.k.a Tasik Ness).  Inilah yang best bila tengok pembukaan sukan.  Negara penganjur akan gunakan peluang ini untuk menunjukkan kepada dunia what their country are made off.  Betul tak?  



Click Read More

Memang seronok menonton pembukaan ini bersama anak menakan,  sebab i olls boleh cerita satu satu pasai details persembahan ini kerana setiap perkara itu pada masa yang sama bukan sahaja hiburan tetapi ilmu pengetahuan.  

So i have to say again,  baru baru ni Brazil adalah gagal untuk memberikan majlis pembukaan World Cup 2014 yang meletops.

David Zolkwer dari Manchester,  England merupakan pengarah dan produser bagi majlis pembukaan Sukan Komanwel 2014 Glasgow juga merupakan pengarah bagi majlis perkahwinan diraja Prince William and Kate Middleton pada tahun 2011.  

Bercakap tentang persembahan artist,  Glasgow tak payah sibuk sibuk nak import penyanyi tunjuk tetek dan pungkok daripada Amerika Syarikat. Depa ada Rod Stewart, Amy McDonald, Susan Boyle yang meletops. Karen Dunbar and John Barrowman yang merupakan penyanyi pengiring sepanjang persembahan awal untuk majlis ini juga dari Scotland. Malah pemain violin, Nicola Benedetti juga dari Scotland. Gila first time i rasa sangat ternganga melihat orang main biola kerana beliau tersangat meletops, mengasyikkan and siriesly sangat seksi.

Paling touching sekali adalah apabila seluruh stadium memberikan 'moment of silent' bagi menghormati tragedi yang berlaku kepada MH17.  Siriesly akak menangis time tu.  Sangat touching!!  Lebih touching apabila melihat kontijen Malaysia masuk ke dalam stadium dengan Jalur Gemilang digantung setengah tiang dan barisan khas daripada MAS bersama mengiri kontijen kita.  Thank you KJ.  I know this is all your ideas.   U olls membuktikan yang u olls adalah seorang menteri yang bukan sahaja kendu,  malah mempunyai jiwa yang sangat passionate terhadap tugas u olls kepada negara.  



Ahli sukan negara, Fatehah Mustapa diberi penghormatan sebagai pembawa Jalur Gemilang.  Sayang dia tak pakai make up langsung.  Kalau dia pakai make up sikit mesti meletops.  



Satu lagi saat membanggakan rakyat Malaysia adalah apabila Dato' Nicol David dipilih untuk menjadi salah seorang pembawa bendera Komanwel pada majlis pembukaan ini.  

Itu bukan sahaja mesej-mesej yang disampaikan di dalam hiburan majlis pembukaan ini,  ada segment khas memperingati mendiang Nelson Mandela.  Segmen khas dari awal hingga akhir mempromosi usaha UNICEF membantu anak-anak di negara miskin diakhiri dengan mengajak orang ramai memberikan sumbangan.  Mesej "FREEDOM FOR ALL YE" yang dimulakan dengan ciuman pengantin lelaki-lelaki.  Siriesly,  I olls agak terkejut dan juga excited dengan statement berani ini.


Keseluruhannya,  persembahan pembukaan ini adalah sangat meletops.  Disusun dengan sangat baik dan teratur.  Tidak terlalu merapu dan tidak terlalu simple.  Melibatkan golongan kanak-kanak dan juga orang dewasa malah warga emas.  Gila meletops.  I olls sangat enjoi.  Tahun 2018 kita tengok pulak majlis pembukaan Sukan Komanwel di Australia.

Love,
Jumie Samsudin




JOM KITA TENGOK GAMBAR




Gretna Green adalah sebuah perkampungan di Scotland.  Ia terkenal sebagai destinasi 'kahwin lari'.  Apabila akta Lord Hardwicke's Marriage Act dikuatkuasa di England pada tahun 1754,  remaja di bawah umur 21 perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa untuk berkahwin.  Ibu bapa juga boleh membantah perkahwinan kalau depa tak suka.  So perkahwinan tu batal la kan?  Tetapi akta ini tidak berkuat kuasa di Scotland di mana lelaki umur 14 ke atas dan perempuan 12 tahun ke atas dibenarkan untuk perkahwin.  Pada tahun 1770-an,  sebuah jalan dibina memudahkan rakyat Britain dari Wales dan England untuk masuk ke sempadan Scotland dan Gretna Green merupakan perkampungan pertama yang mereka temui.  They rest is history.  






Masa mula mula tengok apa benda bulat yang depa ni duk pakai ni sambil menari.  Macam pelik jaa...Pastu i pun google rupanya ini adalah Tunnock's Tea Cake yang sangat popular di UK tapi dihasilkan di Scotland.  Manisan yang biasanya dimakan bersama hidangan minuman teh atau kopi diperbuatkan daripada biskut shortbread kat bahagian bawah,  and kat atas dia ada Italian Meringue pastu disalut dengan coklat.  Pembuat kuih ini memang balut kuih ni dengan kertas meghelit macam ni.  




Patung biru dalam gambar kat atas ni bukan cakcing.  Ini adalah replika komikal untuk Loch Ness Monster.  Kalau ampa tak tau pasai Loch Ness Monster mai sini aku nak tumbuk muka ampa.  Haaa.....akak ni dulu suka baca Mastika dan juga Variasari.  So cerita Loch Ness monster ni memang berlambak la. Ampa baca sini :  Loch Ness Monster



Replika Duke of Wellington dengan kon trafik dibawa dalam majlis pembukaan ini.  Tapi the real statue kat depan muzium Glasgow depa buang kon trafik tu.  Kon trafik tu diletakkan secara suka suka orang penduduk bandar Glasgow kira macam praktikal joke gitu.  Of courselah depa punya majlis perbandaran tak suka.  Tapi depa seluruh rakyat sangat suka letak kon trafik itu kata atas statue kira jadi macam lawak yang depa bangga.  Siriesly.....orang Scotland sangat cool kot.  Cuba kat Malaysia silap benda ni akan jadi masalah perkauman terus.





Satu lagi saat yang betul betul mengejutkan adalah the GLASGOW KISS.  Tiba tiba penyanyi ini mencium seorang penari lelaki sebagai menunjukkan sokongan kepada perkahwinan sama jantina.  Bagi saya ini adalah satu pendekatan yang amat berani.  Kebebasan untuk semua.  Tapi haram jadah la depa ni,  bila kita punya atlit bawak sepanduk #FREEGAZA depa bagi warning kata benda ni adalah political.  BULLSHIT!  






Ros Stewart yang amat steady.



Susan Boyle rasanya macam tak berapa best dia nyanyi malam itu.








Sir Christopher Andrew "Chris" Hoy yang merupakan pembawa baton terakhir kepada Queen merupakan seorang Olympian yang berjaya mengharumkan nama Great Britain dan juga Scotland dalam acara sukan basikal trek.  Kat Malaysia kita ada Azizulhasni Awang.


Baton untuk Sukan Komanwel digelar Queen's Baton.  Ini adalah kerana di awal pengembaraan baton ini ke 70 negara Komanwel yang mengambil bahagian dalam acara sukan ini,  Queen sendiri telah memasukkan mesej ke dalam baton ini dan akhirnya di baca ketika majlis pembukaan sukan tersebut.  Baton ini tidak mempunyai api macam sukan Olympic.    



Pancaragam Scottish Regiments masuk mengiri Queen ke Stadium.



Sangat style apabila Queen masuk dengan kereta dia pastu kereta dia macam BOUCING ala ala kereta hip hop sikit.  Siriesss sapa perasan?








That Akward Moment...apabila Queen's baton tidak dapat dibukak di depan Queen.  HAHAHAH kalau aku jadi beliau mesti aku dah raplah jingga dah.




Queen kelihatan sangat cantek sekali malam itu.









Setiap kontijen negara yang masuk ke dalam stadium diiringi oleh seorang wanita atau lelaki Scottish bersama seekor anjing baka Scottish Terriers yang memakai baju khas mewakili negara yang berkenaan.  Ahmad Sabu,  ahli politik dari Parti PAS mengutuk perkara ini kerana meanggap cara ini seperti memandang rendah kepada negara Malaysia sebuah negara Islam.  



 

Penari-penari ini terdiri daripada remaja,  dewasa dan juga warga emas yang bukan sahaja menari malah menjadi penyusun kerusi dan membuat line untuk kontinjen yang masuk.  Inilah kali pertama I olls melihat para kontijen diberikan kerusi untuk duduk semasa majlis pembukaan sukan.  Kalaulah dulu kat sekolah cikgu kita buat macam ni kan best????





Gambar semuanya diambil dari DailyMail UK

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com