28.8.14

My AirAsiaFree Seats!

Hello Tan Sri Toni Fernandes,

Harap tuan membaca blog saya.  Nama saya Jumie Samsudin,  bekerja sebagai setiausaha di USM Pulau Pinang.  Selain kerja pejabat setiap hari,  saya mempunyai beberapa pekerjaan sampingan yang lain seperti jurusolek pengantin sambilan,  penyanyi dan pelakon teater di Penang,  penulis blog dan juga penari gelek perut.  Tapi saya hanya terima tempahan persembahan tarian gelek perut hanya untuk suami saya sahaja.  Orang lain,  saya bukan tak mau amik tempahan,  tapi saya takut nanti mereka tercedera lepas tengok persembahan saya.  Customer comes first.  


Saya terpanggil untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini kerana saya rasa pertandingan ini adalah sangat menarik.  Tak menang pun takpa,  janji tuan sudi baca cerita saya.  Siapa saya nak bawa,  dan kenapa saya nak ke destinasi ini.

Sekiranya diberikan peluang saya ingin membawa 9 orang ahli keluarga saya lagi untuk terbang dari Penang ke Surabaya.  Tapi saya ingin ke Surabaya bukan sebab saya nak melawat Surabaya,  tetapi saya ingin bawa keluarga saya pergi ke Pulau Bawean,  Indonesia.  


Click read more


Pulau Bawean tidak ada lapangan terbang,  so the nearest airport is Surabaya.  Kami akan turun di situ dan perlu mengambil speedboat dari Gresik Port,  Surabaya ke Pulau Bawean yang akan mengambil masa lebih kurang 1-3 jam lagi.  Kalau saya sembang semua perjalanan nak pi sana,  mesti tuan akan rasa macam ish...tak larat aih nak baca.  Tapi tak mengapa,  mai saya nak cerita kenapa saya nak sangat bawak family saya mai ke Pulau Bawean ini.

Tuan mesti tak pernah dengar pasai Pulau Bawean,  ataupun tuan pernah dengar,  tapi u have no idea about it.  Pulau Bawean adalah sebuah pulau kecik kat Kepulauan Jawa.  Kalau tuan tengok ni,  ini peta dia.  Satu-satunya pulau yang tiba tiba sesat kat sini.  Sebenarnya,  leluhur keluarga saya,  both my parents,  berasal dari Pulau Bawean ini.  Sebelum kemerdekaan,  ramai rakyat Indonesia yang datang ke Tanah Melayu untuk penempatan baru.  Dan ada juga yang datang mencari kerja.  


Peta Pulau Bawean.  Image  :  Wiki Bawean

Samalah macam nenek moyang saya.  Depa mai sini,  melalui Singapura,  naik tongkang,   dan akhirnya sampai ke Tanah Melayu.  Mereka kerja dengan tauke Cina di Penang pada zaman dahulu kala sebagai tukang cuci dan macam-macam kerja buruh lain.  

Selepas kemerdekaan,  kami semua mendapat kerakyatan Malaysia.  Namun,  kami sebagai minoriti kecil ini tetap sentiasa ingat kepada tempat asal usul kami.  Sejak kecil,  ibu dan bapa saya selalu bercerita tentang keindahan dan ke-mejikan Pulau Bawean ini.  Sampailah saya dewasa,  saya selalu melawat laman website Media Bawean dan berinteraksi dengan beberapa rakan wartawan di sana untuk tau perkembangan pulau itu.

Saya teringin nak pi sana,  tapi sampai lani takdak kesempatan.  

Mungkin di Pulau Bawean tidak ada Universal Studio,  Legoland ataupun Muzium Patung Lilin,  tapi saya amat teringin nak pergi ke sana untuk melihat asal usul saya.  Orang kata,  kalau kita kenal asal usul diri kita dan kita bangga dengan apa yang menjadikan kita hari ini,  kita akan jadi seorang yang "kaya" .  Saya percaya dengan kata-kata itu,  tapi bukan sebab untuk jadi kaya harta,  tapi kaya jati diri.

Kalau diberi kesempatan,  saya nak bawa orang-orang berikut  :

  1. Bapak saya,  Samsudin Abdullah a.k.a Penang Famous Milo Man
  2. Mak saya,  Idamiah Idris a.k.a Kak Edeh
  3. My husband,  Kamarulhafiz Omar a.k.a En.  Khafi
  4. My first sister,  Julie Samsudin
  5. My second sister,  Sanita Samsudin
  6. My brother,  Budie Samsudin
  7. My younger sister,  Surianie Samsudin
  8. My sister in law,  Listiyawati Farouk (SHE IS BORN IN BAWEAN,  AND MIGRATED TO MALAYSIA WHEN SHE WAS 13)
  9. My grandmother,  Halijah Rahmah a.k.a Tok Ije

Okay,  ini beberapa gambar dan video mengenai Pulau Bawean yang saya copy paste daripada GOOGLE untuk tatapan tuan.  Salam hormat,  salam Kemerdekaan untuk tuan daripada saya,  suami dan seluruh keluarga saya.  



Tasik Kastoba di Pulau Bawean.  






Rusa Bawean





Keindahan pantai yang cantek di Pulau Gili dan Pulau Nako yang terletak di Pulau Bawean.  Kalau air suruh,  kita boleh berjalan kaki dari Pulau Gili ke Pulau Nako.

  




Wikipedia Bawean Island  :  http://en.wikipedia.org/wiki/Bawean
Bawean local news  :  http://www.bawean.net/


Kugiran dan penyanyi 60-an di Malaysia dan Singapura yang menyanyikan lagu lagu dalam bahasa Bawean.  Selama ni ampa tak tau pun lagu yang ampa duk dengar ni bahasa apa.  Rupanya,  lagu ini lagu bahasa Bawean.  :)







Sebelum saya akhiri cerita saya ini,  saya nak bagitau kat Tuan,  sempena bulan Kemerdekaan ini,  kita semua kena tanam semangat patriotik dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia.  Sebagai rakyat Malaysia,  kita ada bukan sahaja ada Melayu,  India,  Cina,  Kadazan,  malah kita ada Jawa,  Bugis,  Nyonya,  Sinhalese,  Portugis,  dan now....u got to know...KITA ADA BAWEAN MALAYSIA macam saya.  Saya tak pernah malu dengan asal usul saya.  Inside,  kita semua sama.  Kita anak Malaysia.


Salam kemerdekaan,
Jumie Samsudin

4 comments:

  1. Happy Holiday...

    I'm the one that send email to u through FB last few days..

    :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu kami tak happy holiday lagi...ni saja kami masuk pertandingan...nama fb apa?

      Delete
  2. Subhanallah cantik sangat pulau ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. So nice and masih tak ramai pelancong yang tau. Pulau Bawean boleh kata almost 100% Muslim, so takdak macam hiburan macam kat BALI semua. :)

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com