7.7.14

Komen Ikhlas Dari Seorang Sukarelawan Soup Kitchen

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin share status posting dari seorang sukarelawan Soup Kitchen bernama Izzati Rahman mengenai komen beliau mengenai larangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada NGO Soup Kitchen yang tidak lagi dibenar beroperasi dalam lingkungan 2 kilometer dari pusat beli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, langkah itu adalah usaha kerajaan bagi membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah serta gelandangan dan aktiviti Soup Kitchen yang memberi makanan kepada mereka, mencemarkan imej bandar raya, terutama dari segi kebersihan.

Kisah ini telah menjadi perhatian ramai pihak.  Antara menteri pun sudah ada pertelagahan.  Pihak media juga dituduh kerana menyembunyikan fakta.

Bagi saya,  sekiranya betul apa yang dikatakan oleh Menteri berkenaan,  bagi saya larangan itu datang dari perspektif yang amat kecil.  Memberikan makanan percuma kepada golongan gelandangan bukanlah satu tindakan yang akan menyebabkan lebih banyak 'homeless' tetapi gelandangan juga manusia ada hati dan perasaan.  Mereka hidup begitu kerana sudah tidak ada jalan lain di dunia ini yang ingin ambil tahu tentang mereka.  They almost give up their live.  Makan percuma mungkin salah satu daripada harapan baru daripada masyarakat sekeliling yang boleh membuatkan mereka rasa "masih ada orang yang ambil tahu tentang kami" dan dari situ mereka akan terus berusaha untuk perbaiki ikhtiar hidup mereka.

Itulah pendapat saya.

Saya nak share komen daripada Izzati Rahman kepada u olls semua sebab I rasa penulisan beliau amat ringkas.  Tetapi ditulis dari satu perspektif yang berbeza.  Kita semua kena besarkan persektif kita,  baru kita boleh 'lihat' dunia dengan lebih baik.


 

Click to read more








Kepada kalian yang ada peluang,  cubalah libatkan diri dalam usaha-usaha sukarelawan macam ni.  Seperti yang saya selalu kata kepada teman saya "Jangan kita asyik tengok orang yang naik kereta besar,  rumah besar dan cantek,  baju yang mahal dan berjenama,  tapi tengoklah pada orang  -orang yang kurang bernasib baik dari kita.  Kita akan berasa amat bersyukur dengan apa yang kita ada"

Love,
Jumie Samsudin

4 comments:

  1. Yes Jummie. It's so true. Mula2 masa menteri umum pun akak dah x setuju. Well masalah homeless ni kat London ni pun ada. Xde pon gov dia nak banned org bagi makan. Depa biar jah. Lagipon bukan homeless ni kacau org. Gov uk buat solution, depa buat rumah dr container bg kat homeless ni duduk. Still x boleh tampung semua homeless but it's the choice they have. Some homeless here just want to stay homeless. Asalkan x kacau org sudah... Kalau tgk kat PARIS tu lg bersepah org homeless!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui babe. Masalah gelandangan ini selalunya berlaku di bandar besar. Kuala Lumpur is a big city now.

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com