16.6.14

Ulasan World Cup 2014 Opening Ceremony

Hello u olls,

Seperti yang u olls tahu,  i olls sangat suka menonton majlis pembukaan sukan yang antarabangsa ni.  Hari tu untuk Olympic u olls baca kan ulasan I olls.  Haa...kali ni I olls nak buat ulasan pasai World Cup pulak.

So ampa semua dah tengok ka majlis pembukaan World Cup 2014 ini?  Pelbagai kontroversi telah diwarwarkan dalam laman-laman sosial tentang rakyat Brazil yang tidak suka apabila negara mereka menghabiskan banyak uwang untuk pesta sukan peringkat dunia dimana sepatutnya negara depa patut fokus kepada penambahbaikan kebajikan para rakyat jelata yang rata-rata adalah rakyat marhein.  Depa buat stadium berjuta-juta,  arca yang tidak tahulah apakah akan jadi lepas pesta ini berakhir kelak dan macam mana nak jaga semua bintang bintang sukan dunia yang nak mai main kat duduk kat Sao Paolo dalam tempoh ini.  Im sure team team besar dengan bintang bintang sukan nak demand macam-macam,  semua itu telan belanja u olls.


Click Read More



Dan World Cup Sao Paolo 2014 membuka tabirnya pada 12 Jun yang lalu.  Opening ceremony yang diadakan di Arena de Sao Paulo jam 3 petang waktu tempatan (Sao Paolo).  Tapi i olls tengok,  seating tak berapa penuh pun.  Banyak seat seat kosong.  Maybe orang datang lambat kot...depa tak mau tengok opening ceremony....time game baru depa masuk!  Maybe.

Keseluruhannya,  opening ceremony yang menelan belanja sebanyak RM24.6 juta itu adalah sangat sendu.  Siriesly...........ini bukan soal kos,  ada duit or takdak duit.  Ini soal kreativiti dan meletakkan nilai seni yang tinggi dalam satu majlis besar agar dapat memberikan impak kepada semua penonton dunia yang sedang menanti dan melihat.

Persembahan opening 30 minit itu tak menarik perhatian.  Permainan visual warna dan bentuk tak menyerlah.  Elemen penting bermesej seperti remaja lelaki yang menendang bola dengan bantuan alatan untuk berjalan tidak diberikan perhatian.  Koreografi sistem audio,  penataan cahaya dan paling penting fokus camera seperti tidak mengendahkan penonton-penonton dari seluruh dunia yang sedang memerhati dari kaca TV dan komputer.

Kalau kalian nak tau, seorang lelaki yang OKU paraplagik (lumpuh dari pinggang dan kebawah) telah memakai suit Exoskeleton pertama yang diciptakan kat dunia ini yang boleh digerakkan menggunakan saraf otak. Gila lah!! So tendang inaugural (sulong) yang pertama berlaku dalam majlis ini, tapi sapa pun tak tau sebab depa tak focus sangat kat tendangan ini. Depa pi focus kat tarian pungkur JLO sahaja. Aparaaa....patutnya big break macam ni la yang kita kena focus untuk educate and inspires people. Esok lusa, orang yang lumpuh pun dah boleh main bola!!  Baca kat sini  :  FIFA World Cup 2014: 'Iron Man' Paraplegic To Kick First World Cup Ball With Brain Activity-Controlled Exoskeleton

Siriesly,  akak kena bukak sound punyalah kuat.  Even suara lelaki yang memberikan komentar kepada apa yang sedang berlaku juga amat menyedihkan.  Sebab tak clear.  Masa Opening Ceremony Olympic 2012 "Isles of Wonder" yang dikaryakan oleh Danny Boyle memang sangat epik.  Siaran TV Olympic yang dibuat oleh Astro juga ada dua channel yang memaparkan tayangan ini secara serentak,  satu dengan komentar,  satu lagi without komentar. Baca artikel saya kat sini  :  Ulasan Upacara Pembukaan Olympic London 2012

And then come,  Pitbull yang berseluar singkat dan dua wanita Latin yang sangat hot iaitu Jennifer Lopez dan Claudia Leitte (bintang pop dari Brazil).  Persembahan miming depa tak nampak menarik,  rasanya macam depa santai sahaja.  Tidak ada koreografi yang dirancang.  Claudia Leitte acapkali nampak macam kekok sebab tarian dia agak tidak menjadi kerana nak bandingkan dia dengan JLO haruslah JLO punya rentak tarian lebih meletops.  Inilah yang akan berlaku kalau ampa dua dua tak rancang.

This is BRAZIL!! Dan Brazil popular dengan apa? CARNAVALLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLl!!  Pasaipa depa tak buat parade carnaval .....lagi meletopss!! Buat parade besar meletops masuk keliling stadium.  Pastu last sekali,  JLO keluak kat atas dengan heard gear style besak punya.  Gila meletops nok.  Depa ni tak reti.  Bagi aku jadi Director majlis pembukaan ni lagi kelas.

Kesimpulannya,  persembahan pembukaan World Cup 2014 adalah sangat sendu.  Takpalaaa....kita enjoy the games sahaja.  Walaubagaimanapun,  JLO tetap meletops.  AHAKS.  Body suit hijau yang dia pakai itu amatlah merengkam jiwa.  Dia kelihatan sangat hotz.

Sekian,  jom tengok gambar-gambar World Cup 2014 Opening Ceremony yang I olls cilok daripada Dailymail UK.

Love,
Jumie Samsudin


Exoskeleton




Amazon













Dances of Brazil










Ola Ola







Pitbull,  JLO and Claudia Leitte.












Leotard manik warna hijau meghelip yang dipakai oleh JLO ini sangat meletops.  Di-design oleh Charbel Zoe.  JLO kalau pakai warna hijau memang dia akan meletops.  Sesuai dengan dia.  Tapi saja la nak share info dengan ampa.  Ampa mesti rasa macam jeles and sentap tengok body yang JLO pakai ni punyala hebat cantek and leotard tu terletak elok kat puting tetek dia.  Tak terjatuh ka? Dia lekat macam mana?  Dia bubuh koshtep ka?  

Haa mai sini nak bagitau,  yang ampa nampak tetek JLO tu,  yang tu bukan body JLO yang betui.  Yang tu body suit getah yang dibuat dan dilekatkan terus dengan baju.  So JLO serlum tu semua kot ataih.  Senang la.  Nampak macam badan dia tapi sebenarnya dia macam pakai baju hijau tu sahaja.  Tapi sebenarnya tak. So,  tetek yang ampa nampak tu bukan tetek betul JLO.  Tetek JLO bukan besak lagu tu.  Banyak dah selebriti dan penari kat Hollywood pakai macam ni dalam persembahan depa.  Senang and tak takut kalau kalau ada baju terkoyak ka apa ka.  I olls ingat nak buat macam ni la sepasang...hahaha...style bagi nampak perut semua siap ada six pack macam Madonna.  Gituuuu!!!





Ehsan  :  Daily Mail UK

5 comments:

  1. Jumie.. rasanya kalau Malaysia berpeluang buat opening ni lagi meriah..

    ReplyDelete
  2. mmg sendu opening..lagi pening tgk depa orang menyanyi..mcm xdak connection.semata2 tayang body saja. org msia pulak tgk masa malam nisfu syaaban.ha elok la tu.termasukla aku.hadoi.

    ReplyDelete
  3. Ah! What an opening ceremony. Hope the Dan World Cup Sao Paolo 2014 was really delighting and joyous. I just caught up this post through googling and really charmed with the details description. The pictures look so gorgeous and hilarious. Love to enjoy this type of entertaining read. Please keep it up.
    https://www.fifacoin.com/contents-how-to-buy.html

    ReplyDelete
  4. Just after visited https://www.buyfifacoin.net/futcoins.html, I got into here. I was out of stock of my proper sweet words to express my gladness. The world cup Sao Paola 14 seems tremendously colorful and enthusiastic. The whole stadium looks so so festive and cray. You delivered huge mind-blowing and eye-snatching pictures. So, bright or gorgeous. I like Pit and also Jennifer. Real fresh delight I got here. Love it devastatingly.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com