25.6.14

Princess Elsa Versi Manusia

Hello u olls,

Nak tanya sat kat u olls yang ada anak-anak kecik kat rumah.  Anak ampa hari hari duk suruh pasang lagu Let It Go lagi dak?  Depa tak berenti lagi ka?  Hihihihi.  Tak taula pasaipa budak budak sangat suka lagu tu.  Padahal kalau nak ikutkan,  lagu Do You Wanna Built A Snowman lagi best and catchy.  Sekali lagi hanya DISNEY yang pegang rahsia formula kegilaan ini.

Last time I pi kenduri kawen anak menakan I olls kat KL tu,  I olls nyanyi lagu LET IT GO gilaaaa teruihh semua budak budak mai kerumun tempat karaoke.  Aku jadi macam maskot teruih rasanya.  Itu baru lagu.  

Macam mana kalau budak-budak ni dapat tengok manusia yang muka sebijik macam Elsa?  Boleh bayang tak kegilaan ini?



Click read more


Gambar yang ampa tengok kat atas tu bukan gambar photoshope yaa.  Itu gambar betul yang diupload oleh seorang gadis bernama Anna Faith Carlson berusia 18 tahun dari Dayton Beach,  Florida US pada satu hari berjalan-jalan kat supermarket.  Pastu dia amik gambar ni depan poster Frozen and bubuh kat IG dia.  Nenjiaaaaaaaaaaaaaaaa terus gambar ini menjadi viral dan sejak itu dia menjadi sangat popular kerana persamaan dirinya dengan karakter Disneyland iaitu Princess Elsa dalam filem Frozen.




Lepas tu,  dia pi PROM sekolah dia pakai dress Frozen.  Lagila orang duk gila follow dia.  Sejak itu,  dia banyak buat kerja amal dengan melawat kanak-kanak sakit di hospital berpakaian seperti Princess Elsa dan seringkali muncul bersama adiknya Lexie yang akan dressed up sebagai Princess Anna.  Kedua-dua mereka amat disukai oleh kanak-kanak.  Of course la.  Selain itu,  mereka juga menerima jemputan untuk memeriahkan majlis hari jadi dan event untuk kanak-kanak.

Tuah ayam nampak di kaki,  tuah manusia...siapa tahu.

Jomla tengok gambar dia.  I olls memang dah follow dia kat IG.  Memang best tengok dia.  Gila lawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa macam patung.  Deni pakai mandrem apa tak tau la.


























Okay,  jom follow Princess Elsa kat Instagram  :




Read here  :  Foxnews.com/frozen-elsa-look-alike

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com