Dear Kak Jumie,
Saya kenal dia ni masa saya habis sekolah. Masa tu saya bekerja part time kat sebuah butik. Dari situ kami kenal and rapat. After 9 bulan, saya dapat tawaran sambung belajar di Kuala Lumpur. Dia ni orang JB. Tapi duduk Sarawak sebab engineer Petronas. Then saya sambung belajar and dia still kat Sarawak. Hubungan kami baik and sometime dia datang Kuala Lumpur melawat saya.
Hubungan kami kekal sampai la saya masuk semester 6 tahun kedua. Entah tak tahu apa jadi. Dia kerap tak reply mesej. Bila call tak angkat and benda tu berlarutan sampai selama 5 bulan. Saya keep cari dia tapi takder response. So saya give up and biarkan laa hubungan tu bergantung macam tu. Tapi sepanjang pengajian saya. Saya langsung tak pernah lupakan dia. Tiap masa saya pikirkn dia.
Dan bila saya hampir tamatkan pengajian saya, baru saya sedar yang dia sudah berkahwin. Patut la dia menghilang dan menyepi. So saya buat keputusan untuk lupakan dia. Susah untuk buat tapi saya taknak sayang orang yang sudah berpunya. And I make it. Tu pun selepas setahun saya berusaha melupakan dia kak. Sakit hanya Allah yang tahu. Sebab saya sayangkan dia.
Masuk tahun 2014, saya terima satu mesej dari someone dan wish birthday saya. Saya langsung tak tahu sapa and orang tu langsung tak bagitau dia sapa until saya find out itu adalah dia.
Click to read more
Then saya buat macam biasa saja. Kawan kan. Saya pun masa tu rapat dengan someone. Tapi makin hari kami makin rapat. Macam-macam cerita kami share terutama tentang baby girl dia.
Entahla tak tahu satu hari, dia call saya and kami bercakap dari hati ke hati tentang hubungan yang tergantung dulu.
Saya tak boleh menahan rasa hati saya and saya luahkan semua rasa yang saya pendamkan dulu and betapa sakit hati saya bila tengok gambar nikah dia and dia mengaku bersalah. Dia senyap sebab dia taknak lukakan hati saya and nak kan hubungan tu berakhir macam tu. Entah. Lepas luahkan semua, saya jadi lega, saya da puas lepaskan apasaya rasa.
Tapi makin hari hubungan itu jadi makin rapat bila saya bertugas pula di Sarawak. Tempat saya sendiri dah makin dekat dengan dia. Kami selalu berjumpa and dia selalu ambil and hantar saya balik kerja. Wife dia di JB, kerja disana, saya memang rasa bersalah sebab menyambung kembali hubungan yang saya sendiri tak mahu tapi hati saya tak boleh menipu yang saya masih sangat sayangkan dia dan apatah lagi dia sendiri mengatakan dia ingin menjadikan saya isteri nya.
Saya tak menginginkan status madu tapi kalau itu suratan..siapa saya untuk menolak. Dia sejak kami kembali kali kedua perangai dia sangat lain. Terlampau cemburukan saya. Sampaikan saya terpaksa tutup semua account social networking saya disebabkan perasaan cemburu. Saya patuh dan tak tahu mengapa sedangkan dia bukan lagi milik saya.
One find day masa saya keluar dengan dia, dia minta saya untuk pegang wallet dia sebab dia nak pergi solat. So saya pegangla. Masa nak masukkan dalam beg, wallet tu terjatuh dan segala kad terkeluar dari wallter. Saya kulit satu persatu dan apa yang saya jumpa amat mengejutkan saya. Dia dah kawin dua orang kak. Sumpah saya rasa nak pengsan masa tengok kad nikah tu. Saya cepat-cepat simpan dan cuba berlagak biasa.
Bila saya pindah balik ke Kuala Lumpur. Dia dapat tahu yang saya rapat dengan seorang lelaki. Saya puas terangkan saya and lelaki tu memang takder hubungan tapi dia tak percaya malah dia nk putuskan hubungan dan masing-masing buat haluan sendiri. Dalam masa dia cakap camtu, saya tak mampu nak memproses apa-apa. Sebab saya belum bersedia kehilangan dia. Sebab tak puas hati saya terus mengatakan dia tak akan kecewa seperti mana saya kecewa sebab dia sendiri sudah punya dua isteri.
Dia terkejut dan bertanya mana saya tahu dan saya ceritakankan segalanya.
Buat pengetahuan akak, isteri keduanya tidak tahu tentang kewujudan isteri pertama sebab hanya isteri kedua yang dia declare dalam Facebook. Yang pertama cuma saya dia dan wife pertama dia tahu. Apa maksud dia buat camtu kak?
Dan sekarang kami masih bersama. Tapi entah kak, sekarang saya rasa macam hubungan kami dah hambar. Dia asyik dengan telefon. Kadang-kadang dengan golf dia. Walau kami dekat tapi jiwa saya rasa sangat jauh dari dia. Tak sepertimana kami berjumpa balik buat kali kedua. Apa perlu saya buat kak. Saya buntu. Saya sayangkan dia tapi dia buat saya begini selepas saya serahkan hati saya semula kepada dia. Walhal saya tahu kawan yang saya rapat tu lagi menjaga saya lebih dari apa dia buat kat saya kak. Saya sayangkan dia..tapi sampai bila saya nak berendam air mata begini.
Akak ade pendapat nak kongsi dengan saya tentang cerita saya ni?
Tidak bernama
Hello u olls,
Before i cerita panjang dalam cerita u olls ini, saya ingin ulang sat artikel yang i olls tulis pada tahun 2012.
Post by Jumie Samsudin.
Okay sudahkah u olls membaca artikel kat atas tu? Dah lama i olls tidak membalas soalan-soalan sendu daripada kalian semua yang meng-emel kepada i olls. Pada mulanya, i rasa macam seronok nak jawab macam-macam soalan yang masuk. Tapi pelan lama, soalan yang duk mai makin duk sama sahaja. Iaitu soalan soalan sendu tentang terperangkap dalam kisah cinta.
Bila hang kata "Saya tak menginginkan status madu tapi kalau itu suratan..siapa saya untuk menolak. " Akak rasa macam nak tampak pipi hang sat. Memanglah kita ni orang Islam kepada percaya Qada dan Qadar tapi kalau diri sendiri yang pi cari bala, pastu hang nak salahkan takdir.
I believe ramai wanita Melayu macam u olls ni semua, terlalu banyak sangat tengok cerita cerita drama bersambung kat Astro Ria sebab tu ampa feeling jadi macam ni. Ampa duk hidup angan-angan dengan kisah cinta fantasi ampa. So macam mana halangan duk mai pun, macam-macam petunjuk pun duk mai, ampa duk rasa ini semua adalah cabaran percintaan agung ampa. Padahal memang Allah dah banyak kali nak tunjuk yang dia bukan yang terbaik untuk u olls.
Contohnya, kes kad kawen dia dengan bini bini dia terjatuh depan u olls. Terkeluar dari dompet katanya. Masa tu dia nak pi sollat. HAAAAAAAAAAA bukankah itu petunjuk dari Allah yang si dia itu bukan untuk u olls. Tapi u olls nak feeling apa lagi?
Jangan duk buat sendu dan pelik kenapa dia duk jeles dan cemburu dengan perhubungan u dengan kawan lelaki lain. SEBAB U SENDIRI YANG BAGI RUANG UNTUK DIA JADI CEMBURU DAN JELES. Kalau u nak move on, move on sahaja noks. Pasaipa nak kena biar dia mai bagitau kata dia cemburu dan jeles semua. Sah sah hang duk layan dia kat handphone semua kan? Hang sendiri yang kata "Saya patuh dan tak tahu mengapa sedangkan
![]() |
Masa i putus cinta dulu, i pi bercuti kat Phuket. Haaaaa kelassss!! Balik terus otak clear semua...tiba tiba jumpa jodoh kawen teruih. baca sini : [Catatan Kembara] My holiday with Kak Berry to Phuket |
Okay, last sekali akak nak sentuh pasai u kata sekarang ni hubungan dia dengan u dah makin hambar sebab dia dah tau yang u TAHU dia ada dua bini. And dia mula tak berapa nak layan u. Haaaaaaaaaaaaaaaa.....sebab dia rasa macam dia tak boleh nak game u lagi. Tak nampak ka dia buat u macam mainan dia sahaja. Lani u dah tau rahsia permainan dia, dia pun rasa tak seronok la.
Anyway, last but not least, akak nak bagitau satu sahaja. TOK SAH DUK FEELING. Berpijaklah di bumi yang nyata.
Love,
Jumie Samsudin
cari org lain ja.. esok dah kawin ada anak pinak lagi,sendiri yg jaga.. dia mst p cari yg lain pulak.. kaya engineer petronas katakan
ReplyDeleteHaha best entri akak. Tapi kenapa syik kaitkan drama astro ria je, banyak je drama kat tv3 or rtm. Bukan semua orang ada astro, hehe
ReplyDeleteDulu kat office iolls pun spesis jantan lagu tu. Rasa macam nak penyepak ja! Geriammmm
ReplyDeletehuhu..mcm2 kes ada skrg..
ReplyDeletenice la nasihat kak jumie..toksah dok feeling2 naa..huhu
ReplyDelete