YEAH!! Kami bercuti di Perhentian. Singkat, simple tapi best. Luckily, i have seorang anak ayam yang mempunyai business travel agent di Perhentian. So dia yang arranged semua. Sebenarnya juga, we olls (me and Khafi) dah feeling nak mai sini dah lama. Infact before kami kawen (2010), kami dah minta quotation harga and bayar 50% deposit. Tapi after 3 years, baru kami mai untuk holiday ni. And terima kasih kepada Perhentian Trans Sdn Bhd, depa tak burn kami punya deposit (tapi untuk we olls je la kot).
Kami naik van dari Penang. Pukul 5 pagi dari Komtar. Mamat yang drive kami ni nama dia Ayie. Budak Bachok Kelantan. Dia ni kerja dengan travel agent. Dia pusing mana-mana la angkot passenger. Baguih mamat ni. Dia friendly dan bila dia gelak suara dia macam hyina. Ada dua orang perempuan Swedish (bagpackers) yang naik van dengan kami pi Perhentian ni juga. Depa dua dua ni mabuk (baru parti tak tiau la kat mana). So depa naik van ja depa tidok teruih. I pun naik-naik van (pakai eye mask) teruih tidok. Macam i, i mabuk cinta la. Khafi and Ayie ja duk sembang sepanjang perjalanan. Depa kata, I olls duk lawan berdengkur dengan dua minah Swedish tu. Haree betui
Click Read More
Lepas sampai kat Kuala Besut, kami terus ke kaunter Perhentian Trans. Bagi setel payment semua. At 1 pm, kami pun naik speed boat untuk pergi ke Pulau Kecil. But before that, kami kena bayar RM5 untuk Caj Pemuliharaan. Caj ini untuk 3 hari stay di Taman Laut Negara ini. Kena simpan tiket yang depa bagi.
Bila naik boat. I olls yang perak buih ni pun duduk la kat depan. Ingatkan bila duduk depan lagi best dan rasa macam secure. Tapi sebenarnya, bila duduk depan, hang akan melambung-lambung sebab boat tu lawan ombak. Rasa dia lebih celaka daripada naik Roller Coaster The Mummy kat Universal Studio. Mulut i tak berenti duk selawat. Laut memang agak bergelora sikit. En. Khafi kata "Bestnyaaaaaaaaaaaaaaaa advencer macam ni," Hare betui....Perasaan akak masa tu, macam nak terpelanting organ-organ dalam badan. Rahim I kalau lari pun, i rasa akan terus terletak elok balik.
After almost 30 minutes boat ride, kami meniba di Coral Beach, Pulau Perhentian Kecil. Kami terpaksa turun di sini (walaupun sebenarnya kami stay kat Long Beach) kerana laut di Long Beach adalah terlalu berombak dan tak okay untuk boat masuk. So kami pun kena hiking lebih kurang 20 minit. Maksudnya, kami kena across pulau kecik sebab bilik kami di belah sana. Memang rasa macam nak terajang semua orang time tu. Dah la penat travel dari pagi. Kena hiking pulak. Pastu tau la cuaca kat pulau lagu mana punya panaih menggelegak.
Tapi sepanjang perjalanan kami merentasi kebun getah (tapi takdak orang menoreh dah) dan hutan ke Long Beach, kami nampak ada banyak kawasan pembangunan (construction site) yang sedang berjalan. Keadaan ini mencacatkan pemandangan flora dan fauna kat sini. And sad to say, jalan berlumpur dan ada banyak sampah sarap yang dibuang di merata-rata tempat. I was wondering takkan depa buang sampah ni semua macam ni ja. Sedihnya. I think i will write formally kepada Jabatan Pelancongan Terengganu, share my concern.
The First Night
And akhirnya kami sampai kat Matahari Chalet. Matahari Chalet terletak betul betul di tengah Long Beach. Dekat dengan tempat makan, kedai kedai dan night beach party. Apabila selamat sampai ke bilik, En. Khafi mandi dan terus tidur rehat. I pun keluarlah berjalan-jalan di pantai pada waktu petang. Tengok gelagat orang dan saja amik amik angin. Ada ramai orang lani kat Long Beach, tapi depa kata kalau mai bulan 5 sampai 7, memang lagi ramai la.
Malam tu, I dan En. Khafi jalan-jalan kat Pantai lagi. Ada dua beach party kat Long Beach. Satu hut ni, dia pasang lagu relaks slow rock and raggae. U olls boleh isap sisha, beli air and lepak keliling unggun api. Lepak dengan local, lepak dengan beach boys, lepak dengan mat mat salleh. Depa pun buat fire show juga. And satu lagi party, dia macam happening sikit. Lagu house music, RNB and poco-poco. Memang huru hara la tengok gelagat orang kat sini semua. Kami tak berparty. Kami duk perati gelagat orang ja sambil makan burger. :)
Nothing much to do at night, kalau u olls mai berdua macam kami. Bolehla beromen-romen tepi laut. Kalau ampa yang mai berkumpulan, haruslah rancang aktiviti berkumpulan yang sihat.
Snorkeling Yebba Ewah
Esoknya, at 11am. Kami pun berkumpul kat depan Suhaila Shop untuk pergi snorkeling. Boat man kami nama Abul. Orang Bangladesh yang dah kerja kat Pulau ni almost 9 years. Dia cakap Melayu pun pelat Kelantan sikit. Hare betui. Dalam boat kami, I and Khafi saja orang Malaysia. Yang lain semua international baby.
Mula-mula sekali, kami menaiki speed boat (yang lebih kecil daripada boat yang kami naik semalam) ke Turtle Point. Abul, seorang boat man yang amat berdedikasi, dia pun kata "Okay my friend, i go jump first and find the turtle. And the u all can jump," gitu! Kami pun tunggu. Pastu, Abul pun bagi isyarat kami semua turun.
"Come come...big one..." kata Abul. Aku pun apa lagi, teruih feeling bubuh snorkeling gear and terjun. Tapi!! Bila i terjun masuk ja.....ayak masuk dalam hidung and i tak reti nak bernafas kot mulut macam mana ka. HAHAHAH. This is not the first time i snorkeling. Sebelum ni pernah snorkeling kat Phi Phi Island. Memang i tak reti pun sebenaknya. Walaupun pakai life jacket. I rasa macam nak tenggalam and teruih i gelabah and naik boat.
So, AsmaAishahNonie bila tau i amik pakej snorkeling kat Perhentian depa kata "Wehs jangan wehs hang buat rugi duit,"
Tapi masa i dah terjun masuk ayak. I dah gelabah terus macam nak tenggalam. "Abang...Ya nak naikkk...nak naik..." kata i sambil memaut tangan pada boat. En. Khafi kat atas boat lagi masa tu. "Hang ni bodo......relaksss relaks.......Jangan duk kelang kabut. Ada life jacket," kata En. Khafi. Pastu dia pun terjun mai kat I. Pastu i pun relaks dulu................dah lama baru i macam terror sikit. HAHAHAHAHAHHA bodonya i ni.
Pastu Abul duk mai kat i, tarik tangan I, "Kakak...mai sini...mai sini...turtle besarrr...." I pun ikut dia. Pastu dia tanya I "Ada nampak ka?"
I kata "Nampak.................tapi dia sudah pi jauh...." HAHHAHAHA aku tipu. Sebenanya aku tak nampak apa. Aku duk gigih prektis breathing kot mulut. HAHAHAHAH
And then, kami di bawa ke Taman Laut. Kat sini ada banyakkkkkkk ikan kecil. Colour colour. Masa ni, ampa kena bawa roti. Kalau ampa sua roti....nenjia ikan semua akan mai banyak kat ampa. Tapi I olls tak bawa roti. Tapi ikan ikan kecik, warna belang hitam putih, depa duk gigit kat paha and kaki I. HAHAH depa mesti ingat i macam suatu makanan yang agak menarik.
Shark Point
Lepas semua orang naik boat balik, Abul bawa kami ke shark point. Berdekatan dengan Pantai Flora, Pulau Besar. Keadaan air pun agak kuat! Bergoyang-goyang boat kami. Kedalaman laut kat sini around 8-10 meters. Abul kata kat sini ada banyak baby sharks. Sorang mamat Egyptian tanya kat we olls "Are they (sharks) dangerous,"
I terus jawab..."Oh...no....Their vegetarian," pastu semua orang gelak. Me, Khafi, Annakorie (pompuan Swedish yang naik van dengan we olls) and mamat Egyptian tu tak turun. Kami macam tak larat. Tapi sebenarnya i takut nak turun. Nok!! Tak payahlah. mak dah la tak reti nak snorkeling sangat. Feeling pula nak tengok ikan jerung kan? Lagipun, keadaan air agaklah ganas ketika itu.
Mamat French (tak tau nama apa), dia mai tepi boat kat i "I saw one shark. He ask for u. I told him u are busy," Kelassss mamat French ni duk buat mesra mesra alam dengan I. En. Khafi sula hang baru hang tau....
Lepas kami bermandi manda di shark point, kami di bawa ke perkampungan nelayan, Pulau Perhentian Kecil. Kat sinila orang orang kampung semua duduk. Ada balai polis, pejabat JKR, sekolah dan macam-macam lagi. Kami makan tengahari di Ada Restaurant, sebuah kedai makan yang dijalankan oleh orang pulau. Harga makanan seperti biasa double daripada harga biasa kita duk makan, tapi alhamdulillah rasanya sedap. Depa juga menghidangkan makanan western.
Masa ni, we olls semua duduk dan sembang-sembang. Mamat Egyptian tu duk kongsi pasai keadaan negara dia yang sedikit kucar kacir sekarang. Hukuman mati untuk pengikut Morsi. Dia juga menceritakan keadaan pemerintahan yang kini dikawal oleh pihak tentera. Tapi depa (tentera) cover macam depa tak handle semua. Dua perempuan Swedish tu macam biasa duk gelak-gelak and buat lawak. Depa dua orang ni macam ting tong sikit. Depa kata, depa dua orang mulanya mai ke Asia berlima. Semua kawan-kawan dari Sweden. Tapi 3 orang dah balik, tinggal depa dorang. Then, i tunjuk Khafi kat depa and kata "Welll..lucky u guys..im stuck with him," HAHAHA masa tu kami pun gela-gelak lagi and lebih berkenalan.
Mamat French yang duduk sebelah I tu macam sengap ja. Dia tanya i banyak benda juga. Pasal Malaysia dan macam-macam. Tapi cara dia tanya soalan macam menunjukkan dia langsung takdak apa-apa idea mengenai Malaysia dan negara Asia. Lebih mengejutkan apabila kami dapat tau, budak budak ni semua haram sangatlah mudah. French ni 25 tahun. Yang Swedish dua orang tu and budak budak Egyptian tu semua 24. Gila aku rasa sungguh OHFUL. "Well...this is my last 20's birthday,"
Kecemasan
Lepas siap makan, Abul bawa kami naik boat ke Blue Lagoon. Abul kata, kat sini stop paling lama. Dia akan lepaskan kami 150 meter daripada pantai, dan kami boleh berenang, tengok coral sampai lah ke pantai. Bila sampai pantai, kami boleh relaks, ambil gambar. Dia kata, dia akan lepaskan kami kat tengah laut pastu dia akan bawa boat ke pantai. Dia tunggu kami kat pantai.
Kat sini, ombak dah tak kuat dah............Akak rasa seksaited nak turun. Walaupun perut duk sesak dengan nasik dan sup ayam tadi. Semua orang dah turun. I tengok kat love I, "Abiang...tak mau turun ka?"
"Sat abiang turunla...sayang turun la dulu," maka i pun turunla ke laut. Air sejuk dan damai itu membuatkan kulit-kulit akak yang separa masak ini terasa dingin dan nyaman. Akak berpusing-pusing tanpa memakai snorkeling gear lagi. Seronok main main dalam air dalam tanpa ombak yang membadai. Akak pun feeling Ariel, ikan duyung Little Mermaid la masa tu.
Pastu macam mana ka, hati akak terdetik nak tengok balik kat boat. Nak tengok laki aku kat mana. Tiba-tiba i baru nak kaleh tengok kat laki i, i ternampak laki i yang tercinta tu duk menggapai-gapai tangan ke udara "Abul....tolong...tolong," jerit suami I.
Oh maigod! Suami i kena serangan asthma. I duk ada lebih kurang 20 meter daripada suami I. Nak suruh i patah balik memang lambat la. I bukan terror berenang pun. Nasib baik suami i pakai life jacket. Abul berdiri di atas bukit, dia nampak tenang "Abang...relaks abang. Saya mai...." kata Abul terus memulakan enjin boatnya. Perlahan-lahan dia mendekati suami I dan menarik suami i naik ke atas boat.
"Bagi dia i punya bag," jerit akak dari sini. Jantung akak punyala berdup dap dup dap. Rasa macam nak menangihla time tu. Abul dah pass beg I kat suami I. Nasib baik En. Khafi masih mampu mengambil gas inhalernya sendiri dari dalam beg. Pastu dia terus memberikan isyarat lambai dengan tuala putihnya ke arah akak. Mungkin maksudnya adalah "Hang pi la snorkeling sorang-sorang,"
Blue Lagoon Yang Indah Masya Allah
Abul membawa suami i terus ke tepi pantai Blue Lagoon. I nampak suami i turun dari boat dan terus menuju ke kawasan teduh (bawah pokok). Dia terus rebah ke tanah dan baring. I nampak dia bersembang-sembang dengan Abul seketika. Siriesly, hati i rasa macam tak sedap nak snorkeling feeling-feeling. Suasana air sangatlah tenang. Rasa macam senang dan yakin nak snorkeling ke sana ke sini. Tapi hati i duk ingat kat laki i saja. So i snorkeling straight pergi ke pantai. Tapi sepanjang perjalanan tu pun, i sempat tengok macam-macam keindahan coral. Berwarna warni. Ikan-ikan. And tiram besar. Gamat pun banyak.
I pun ala-ala peluk la suami I gitu. Alhamdulillah, dia tak dak apa-apa. Dia okay sangat. Bila i dah mai kat dia, dia pun bangun dan ajak i jalan-jalan kat pantai. And kami pun feeling photoshoot gitu.
Party All Night
Malam itu, suami i tak mau keluar untuk berjalan-jalan di pantai. Dia masih lemah. Dia kata, dia nak rehat kat dalam bilik. Actually semalam dia dah janji nak teman i party-party di tepi pantai. Tapi nak buat macam mana. So dia kata, "Hang pi la party party. Hang pi cari kawan-kawan kat sana. Tapi jangan duk buat merapu-rapu," pesan suami I.
Maka malam tu, i pun keluar berjalan. I jumpa 5 orang Malaysian (budak lelaki) yang tadi duk naik boat sebelah we olls. We olls pun makan dinner sekali. BBQ katanya. Depa tanyala mana suami I, I kata, suami i rehat. So malam tu, lepas makan-makan we olls pun pergi lepak di party yang hevok-hevok tu. Depa isap sisha. Kita boleh order makan dan minum. Kami pun lepak, dengar muzik. Melihat telatah manusia malam itu. Ada yang menari. Ada yang beromen-romen (mat sallehla...) Pastu yang lawaknya, malam itu, i jadi tempat luahan perasaan depa pulak. Sekok-sekok anak ikan ni duk luah perasaan depa ditinggalkan kekasih. Ada yang dalam dilema dua budaya. Ada yang dalam dilema tak boleh let go. Gitu akak pun feeling OPRAH bagi nasihat kat depa.
Muzik dihentikan lebih kurang jam 3 pagi. Semua orang dah penat. Tapi semua orang tak mau balik lagi. Entah macam mana ka, sorang ni menyanyi lagu Jepun. Pastu i sambung lagu tu. Pastu dua tiga ekor mat salleh mai kat I "Oh my god....was that u singing....." KESIMPULANNYA....malam tu mak buat persembahan acapella unplugged gitu kat tepi pantai depan mat salleh tu semua.
Yang lawaknya, ada group Arab ni feeling nak amik video i, I terus berhenti nyanyi "Sorry sorry no video," HAHAHAHAH pastu sambung nyanyi balik. Haaa...boleh? Daripada Adele, ke Mariah Carey, Celine Dion...sampai Ella Sembilu semua aku goreng. Memang feeling masa tu.
Kesimpulan
Okaylah, begitulah antara kisah-kisah menarik yang i olls boleh share dengan u olls. Insya Allah, lepas ni i akan share lebih banyak info untuk u olls semua yang berangan and feeling nak drunk in love macam we olls di Perhentian. I akan cerita pasai boat, pasai aktiviti, makan dan segala maknena lain yang u olls harus tahu. Tapi kesimpulannya, we olls berdua TAK PUAS datang sini. Bukan sebab tak best. Sebab best sangat dan we olls patutnya kena spend more time and of course more money kat sini. Insya Allah season depan kita datang lagi.
Love,
Jumie and Khafi
Drunk in Love
March April 2014
Jemput tengok album photo I olls di Facebook (Parental Advisory : Album ini mengandungi gambar seksi wanita dugong. Sekian, harap maklum.) : Perhentian Trip 2014
Nice write up jumie!
ReplyDeletekombinasi kulit akak yg tann dan gebus tu mesti menjeleskan minah2 salleh kat sana kannnn
ReplyDeleteputehnya ayaq
ReplyDelete