26.3.14

This Is Sad : Flight MH370 'Suicide Mission'

Hello all,

My boss in Paris now and she sent me this picture.  Front page untuk surat khabar The Daily Telegraph.  Akak rasa sangat sedih.  Pihak media barat (i say sekutu sekutu US) dari awal lagi memang nak menyalahkan pilot dan co pilot.  Dari awal lagi (Australia) dah buat laporan bodoh yang mengatakan pembantu pilot seorang playboi dan bawak masuk perempuan dalam cockpit dan sebagainya.  Bodohnya laporan itu adalah rakaman gambar antara dia dan perempuan itu telah dibuat 3 tahun yang lalu.  Kenapa sekarang baru over over nak papar semua kat media?  


And then,  sampai sekarang seluruh rakyat Malaysia masih lagi berduka lara.  Depa ni senang senang la macam memerah air limau di luka yang berdarah.

Saya ada duk baca satu kakak ni di Facebook.  Dia selalu share macam-macam artikel dalam timeline dia yang memaparkan segala benda yang mengaitkan kejadian MH370 dengan 9/11 dan segala bana salah silah Amerika Sarikat.

At first saya rasa macam bangangnya teori ini.  Kenapa semua benda nak dikaitkan dengan Amerika Sarikat?  Mengapa kita macam nak kena paranoid sangat?

Tapi lama kelamaan selepas membaca makin banyak artikel artikel dalam timeline kakak tu,  dan melihat gelagat media Amerika Sarikat dan sekutunya ni semua,  i rasa macam semakin benar pulak all those things yang diceritakan dalam teori teori itu.

Ampa kalau rajin rajin,  ampa pi la google sana sini and baca apa yang patut.  Kejadian ni mungkin macam nak mengaburi sesuatu benda besar yang lebih menakutkan.  At the same time,  kita sebagai Rakyat Malaysia kena bersatu.  Janganla kerana kejadian ini kita semua berpecah belah dan saling menyalahkan sana sini.  Duk salahkan kerajaan.  Duk salahkan pihak MAS.  Kita kena bersatu bersama-sama kaji balik kejadian ini dan kenal pasti apa yang kita boleh pelajari daripadanya.

Cannot write more about this matter.  Saya tak mahir dalam perkara ini.  Saya hanya tahu berdoa.  Lindungilah bumi Allah ini.  Ya Allah.

Amin.

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com