6.3.14

Sharnaaz Yang Panas Baran

Hello u olls,

Akak macam kesian baca kisah pergaduhan antara Sharnaaz dan juga pelakon Nisdawati dan suaminya Fauzi Nawawi.  Akak kesian kat Sharnaaz sebenarnya. Ampa dah baca ka pasai kisah ni? Kalau sapa sapa yang tak mengikuti kisah depa dua ni,  mai sini i bagi simple recap pasai kisah pergaduhan para pelakon drama yang sedang popular sekarang kat TV iaitu Bukan Aku Tak Cinta.




Kisahnya,  secara tiba-tiba Nisdawati buat statement kat para wartawan bahawasanya dia telah dimaki hamun oleh Sharnaaz Ahmad di set lakonan.  Bukan sekali,  tapi dua kali.  Oleh itu,  dia pun mereport perkara ini kepada suaminya iaitu Fauzi Nawawi.  Apabila Fauzi mengetahui tentang kisah isterinya dimaki hamun,  maka dia menghubungi Sharnaaz dan ajak berbincang tentang hal  ini.  Lepas tu,  Sharnaaz pula tampil membuat statement kepada pihak media bahawa ada reason kenapa dia bertindak memarahi Nisdawati dan juga tidak memberikan respons yang baik kepada suami beliau iaitu Fauzi Nawawi.  And story goes on and on....

Click to read more


Orang Panas Baran
Memang kesian kat Sharnaaz.  Dalam kisah ini nampak sah sah (bagi saya) dia menjadi mangsa keadaan.  Saya (sebagai panas baran) juga,  saya faham perasaan dan keadaan beliau.  Dalam family,  saya memang dikenal sebagai adik beradik yang paling kepala angin.  Jangan silap tune,  semua orang aku boleh maki punya.  

Tapi in most situation,  aku naik angin ada sebab.  Bukan saja-saja,  bukan tak pasai-pasai aku nak maki orang lagu tu saja.  Pasti ada sebab dan musababnya.  Dalam erti kata lain,  kalau takdak angin,  masakan pokok bergoyang.

Kami bukan over sensitif ataupun emotional,  kami boleh melawak dan juga bergurau senda.  Even most of the people lebih mengenali aku sebagai seorang wanita yang periang.  Tapi,  janganlah sampai terlebih batasnya.  Kalau salah ayat,  salah topik,  salah cara dan memang betul betul nak cari pasal la dengan kita,  maka ketika itu,  hang terimalah padahnya.

Saya tidak bangga dengan keadaan diri saya apabila sedang marah.  Saya tak kenal saudara ataupun siapa,  kalau saya boleh maki,  saya akan maki orang itu.  Tapi percayalah,  sebab musabab saya boleh marah dan naik angin selalunya amat relevan.  

Dalam situasi macam itu,  orang akan kata "Jumie la jahat. Naik angin tak tentu pasal.  Nak mengamuk semua.  Padahal takdak apa pun,"

Tapi kalau ada orang yang sudi dengar kisah (pihak saya),  pastinya orang itu akan mengerti "Ohhhh...patutlah hang marah.  Kalau aku pun aku marah,"

Tapi kebiasaannya,  orang yang tidak panas baran macam kami tidak akan memberikan respons yang agresif macam kami lakukan.  Depa mungkin akan hanya pendam dan duduk diam diam.  Mungkin terus pasrah kepada nasib.

Keburukan Orang Panas Baran
Sekali lagi saya kasihan kepada Sharnaaz.  Kelemahan diri beliau begitu ketara sekali.  Dia mengamuk dan membuatkan banyak pihak salah sangka terhadap peribadi sebenarnya.  Apabila pertama kali akak membaca cerita ini dalam Beautifulnara,  akak terus terfikir "Erm...ampa pi kacau anak hantu ni pasaipa....kenalah!!"

Well,  bagi akak pasti ada sebab mengapa Sharnaaz boleh mengamok macam ni.  Nisdawati,  unfortunately pun adalah seorang aktres yang 'kaya' dengan pengalaman bergaduh dengan teman teman artist yang lain.  Bukan suatu yang baru.  Sudah sudahla akak,  kata dah bertudung bagai.  Buang buangla sikap nista ni.  Kesianla kat orang lain juga.

Yang si suaminya pula,  erm...malasla nak cakap.  Semua statement yang beliau keluar dalam pergaduhan ini lebih menampakkan yang kedua dua pasangan ini bukanlah orang yang positif.  



Kepada Sharnaaz,  seorang pelakon yang tampan dan berbakat,  i really hope that dia mengawal sikap panas barannya ini.  Tak boleh nak buat besar kepala selalu.  Macam parang,  lama-lama pakai pun tumpul juga.  Kena simpan sekali sekala pakai baru la berhantu.

Kesimpulannya,  i tak sokong Nisdawati.  I sokong Sharnaaz.

Sekian.

ps/  Sorry akak take time sikit nak buat review fesyen OSCAR 2014 sebab akak nak buat the best untuk u olls!

Love
Jumie Samsudin

5 comments:

  1. salam kak jumie,

    akhirnya de gak statement camni... saya 100 percent sokong entry akak ni... sebab saya pun kenal orang2 yg jenis panas baran ni. diorg bukan jenis yg marah tak tentu pasal kalau orang tak wat hal.

    dalam kes ni pun saya lebih memihak pada sharnaaz ahmad. betul kata sharnaaz ni kes kecil tapi diperbesarkan... kalau nisda tak kuarkan statement, orang tak tau pun... boleh selesai cara baik ape...

    ReplyDelete
  2. bila kita yg jenis panas baran ni bercakap mula la orang label kita yang jahat.. tapi yg lemah lembut manis bicara lidah tak bertulang tu depa labelkan baik..padahai depa tak tau.. yang mulut manis tu la yg makan diri depa.. nanti senang kena diabetis..

    ReplyDelete
  3. Nisdawati harus tukar nama kepada NISTAWATI

    ReplyDelete
  4. yessszzzaaaa!!!!! i olls sukaaaaaaa entry ni. seploh bintang kat Jumie :) suka kupasan ttg org panas baran ni, and mmg betul, kalau takdak sapa dok pi kacau takkan kita nak marah ye tak? gila lahhhhhh....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com