Mungkin u olls tidak perasan, atau perasan, entahlah. Sebenarnya sekarang saya dah banyak kurangkan aktiviti business make up make up ni. Kalau dulu almost every weekend i akan keluar rumah untuk pergi make up orang. Dari pagi sampai petang. Sabtu dan Ahad. Tapi sekarang, kita dah kurang ambil tempahan. Bukan kiter nak kekwat awak, tapi i rasa inilah masanya untuk kita rehat dan hargai masa kita dengan cara yang berbeza.
Alhamdulillah, aktiviti business make up memang banyak memberikan kita pengalaman hidup, mengajar kita tentang dunia business, berkenalan dengan ramai orang dan pada masa yang sama kita pun dapat tambah extra income, tapi at this point, i sedar sampai bila i nak terkejar-kejar pi cari duit lagi. I nak relaks dan refleks pada diri i sendiri. Sebab itu, i memang dah kurangkan banyak tempahan make up kita.
Kita banyak isikan aktiviti hujung minggu kita dengan pelbagai aktiviti peribadi bersama kawan-kawan, family dan buat kerja kerja lain yang kita dahulunya tak berkesempatan nak buat sebab kita sibuk pi make up. Bukanla kita nak withdraw langsung diri kita daripada benda yang kita minat, make up dan buat duit memang minat kita. Tapi pada masa yang sama, I olls dapat rasakan apa yang i olls buat ini memang betul dan yang terbaik untuk diri i olls dan suami. Memang i rasa sangat happy dan sedikit lega sekarang.
Hidup ini hanya sekali. U kena buat yang terbaik yang u mampu. Jangan cari pasal. Jangan buat haru. Because at the end of the day, u tanya balik diri u.....apakah erti 'kemewahan hidup' yang kita cari.
Hari ini i olls nak ceritakan dengan u olls semua tentang cerita yang melayakkan Matthew McConaughey dan Jared Leto mendapat anugerah pelakon lelaki terbaik dan pelakon pembantu lelaki terbaik dalam anugerah Academy Awards ke 86 tahun ini. Suatu penceritaan mengenai insan yang berusaha untuk mencari 'kemewahan hidup' setelah mengetahui yang beliau menghidap HIV AIDS.
Click read more
Sinopsis
- Ron Woodroof adalah seorang cowboy yang digambarkan sebagai ganas, jantan, suka berjudi dan berfoya foya dengan perempuan. Permulaan filem ini pun membuatkan akak tersentak dengan suara dengusan ganas dua orang perempuan yang sedang bersenggama dengan Ron Woodroof dibelakang kandang lembu cowboy. (I tengok DVD with uncensored scene).
- Pada suatu hari, Ron Woodroof yang pekerjaan utamanya ialah seorang juruteknik telah terkena kejutan elektrik. Dia dibawa ke hospital. Semasa mendapat rawatan di hospital ini, dia dimaklumkan oleh dua ornag doktor bahawa dia mempunyai virus HIV dan sudah mempunyai AIDS. Depa kata, jumlah sel darah sihat dalam badannya amatlah rendah. Depa kata dia hanya ada 30 hari untuk hidup.
- Doktor bertanya kepada Ron Woodroof adakah dia pernah mengadakan hubungan intim homoseksual? Pertanyaan ini membuatkan Ron berang dan terus meninggalkan doktor dan pihak hospital. Dia rasa sangat offended dengan soalan ini (yelah...dia kan cowboy jantan u olls! Feeling la sat. Actually cara dia reflek dengan soalan itu betul betul menggambarkan Ron seorang homophobic).
- Malam itu, selepas mengetahui yang dia mempunyai HIV AIDS, instead of fikirkan apa yang terbaik untuk dirinya, ampa tau dia buat apa? Dia berfoya foya dengan perempuan dan kawan lelakinya. Depa minum, sedut kokain dan seks rambang. Tapi masa dia duk tengok kawan dia duk meng-romen dua perempuan itu, di tepi dinding rumah 'trailer'nya dia ternampak kalendar yang tercatat July 1985. Dan dia nampak 30 haribulan. Terus dia tak lalu nak bersenggama malam itu.
- Esoknya dia pi Library dan membuat research tentang HIV dan AIDS. Dia pun mengetahui tentang bagaimana penyakit ini boleh berjangkit dan rawatan yang terdapat untuk pesakit-pesakit HIV AIDS. Dan dia mengetahui tentang satu program penyelidikan ubat untuk virus ini iaitu AZT.
- Esoknya dia pi balik hospital dan dia bagitau kat doktor yang dia nak try masuk dalam program AZT ni. Tapi bukan senang nak masuk dala program ini. 1, program ini masih dalam proses penyelidikan. 2, dan mereka yang dari awal dipilih sahaja mendapat access kepada ubat ubatan AZT.
- Tapi, Ron telah merasuahkan seorang pekerja di hospital untuk curi ubat AZT untuk dia makan. Tapi deni macam bodo piang apa ka, dia duk makan ubat AZT ni sambil isap dadah kokain. Perbuatan ini membuatkan dia jadi lebih lemah dan makin teruk.
- Dalam tempoh ini juga, kawan-kawan cowboy dia juga dah buang dia. Depa tuduh dia sebagai
"GAY FAGGOT" dan depa tak mau kawan dengan dia. Zaman ini (80an) orang tak berapa nak amik tau lagi pasai HIV AIDS. Orang ingat sakit HIV AIDS ni hanya boleh dikaitkan dengan mereka yang mempunyai hubungan sama jantina sahaja. Tapi actually, perbuatan seks rambang tanpa perlindungan juga membuatkan risiko kita untuk menghidap virus ini adalah amat tinggi. - And then one day, dia mengetahui tentang seorang doktor di Mexico yang mempunyai bekalan AZT dan dia pi sana untuk mendapatkan rawatan dan ubat daripada doktor itu. Doktor itu ialah seorang American yang dilucutkan lesen menjadi doktor. Dia pi Mexico dan buka pusat rawatannya secara haram.
- Apabila Ron pi jumpa dia dan bagitau keadaan dia, doktor tu kata, AZT adalah tidak bagus. AZT membuatkan mereka yang mempunyai virus HIV AIDS menjadi lebih lemah kerana ubat AZT tu lebih banyak mematikan semua sel sel darah baik dalam badan. Doktor itu kemudiannya mengesyorkan Ron untuk mengambil rangkaian supplement vitamin dan zat protein untuk membuatkan badannya lebih sihat.
- Ron rasa amat yakin dengan program rawatan yang doktor ni tawarkan kat dia, and u olls tau apa? Dia bawak seludup semua ubat ubatan tu bawa masuk Amerika dan jual ubat ubat tu kepada para penghidap HIV AIDS di negeri Dallas.
- Ubat ubat tu semua semuanya tidak mempunyai kelulusan FDA (USA punya jabatan ubat dan makanan). So apabila Ron nak bawak masuk mai USA, of course dia mempunyai masalah. Tapi dia dapat buat juga.
- Masa mula mula dia nak jual ubat ubat ni, dia berkenalan dengan Rayon, seorang maknyah. Mula mula Ron amat takut dan tak suka kat dia. Sebab Ron adalah homophobic. Tapi lama kelamaan, Rayonlah yang membuatkan business beliau makin okay dan hubungan persahabatan mereka makin kuat.
- Ron dan Rayon buat Dallas Buyers Club, dimana pesakit HIV AIDS boleh mai amik supply ubat ubatan yang dia import bukan sahaja daripada Mexico malah daripada macam-macam negara yang menawarkan ubat ubatan alternatif untuk rawatan HIV AIDS yang masih tidak mendapat kelulusan FDA USA. Setiap ahli kena bayar USD400 untuk sebulan dan depa akan dapat supply.
- Satu hari, Ron yang mencuba satu ubat baru dari Jepun terkena serangan sakit jantung (kesan dari ubat). Dia dibawa ke hospital. Dan disebabkan oleh itu, pihak hospital tahu tentang perniagaan yang Ron dan Rayon jalankan dan depa sangat berang. Sebab actually pihak hospital rasa macam depa pun rugila orang dah tak mau beli ubat AZT depa.
- Esoknya, pihak hospital buat report kat FDA dan semua ubat ubatan yang dimiliki oleh Dallas Buyers Club telah dirampas.
- Business depa pun macam kacau la sikit kan? Rayon mengambil langkah berani untuk berjumpa dengan bapa kandungnya yang merupakan seorang ahli perniagaan ternama. Dia berterus terang yang dia mempunyai HIV dan AIDS dan dia minta tolong bapanya untuk bagi duit. Duit itu Rayon bagi kat Ron untuk perbaiki perniagaan depa. Dan Rayon bagitau yang duit itu dia dapat daripada menjual insurance hidupnya. Dia tipu.
- Selepas itu, Ron masih mencuba untuk buat yang terbaik untuk businessnya. Pada ketika ini, dia bukan buat business semata-mata untuk duit, tapi dia buat ni untuk bantu pelanggannya yang mempunyai nasib yang sama dengannya. Dia juga dah lebih open dengan orang-orang LGBT. Malah pada ketika ini, ada satu couple gay yang juga merupakan pelanggan Ron telah meng-offer rumah mereka untuk dijadikan pusat perniagaan Dallas Buyers Club.
- Satu hari, Ron pi Mexico lagi untuk dapatkan stok ubat ubatan. Masa tu, Rayon jatuh sakit. Dan dia dikejarkan ke hospital dan diberikan AZT. Rayon tak dapat diselamatkan dan mati. Bila Ron balik, dia terkejut, marah dan amatlah sedih.
- Sejak itu, Ron menjadi lebih agresif dan lebih berani untuk membuat hebahan kepada orang awam terutamanya penghidap virus HIV dan AIDS tentang bagaimana pihak FDA sebenarnya lebih mementingkan keuntungan daripada betul betul ingin membantu mereka yang sakit. Dia juga telah membawa kes ini ke mahkamah untuk saman FDA.
- At the end of the movie, dia terus tunjukkan yang mahkamah meluluskan Ron untuk gunakan ubat-ubatannya untuk tujuan peribadi. Dan dia hanya mati 7 tahun selepas dia di-diagnosed sebagai penghidap HIV AIDS.
Why I like this Story
- Saya sangat suka cerita ini kerana cerita ini adalah cerita betul. Seorang journalis daripada Daily Dallas telah menceritakan tentang kisah Ron Woodroof. Cerita ini membuatkan penulis filem ini membuat research yang lebih mendalam mengenai cerita ini dan membina skrip dan jalan cerita untuk dijadikan sebuah filem.
- Pada mulanya, depa nak bagi cerita ni kat Brad Pitt. Tapi sebab Brad Pitt sangat sibuk so skrip ni pun jadi macam delay punya lama. (Dari tahun 90an-2000-an) Then akhirnya, depa pilih Matthew McConaughey. Keluarga Ron Woodroof amatlah setuju dan depa kata Matthew McConaughey adalah lebih sesuai untuk memegang watak Ron Woodroof.
- Cerita ini mengajar kita tentang kesungguhan untuk mencari ikhtiar hidup. Macam mana kita susah pun, kalau kita bersungguh dan sanggup berusaha, pastinya apa yang kita capai tu terasa lebih berharga.
- Walaupun kita terpaksa melalui pelbagai kesusahan dan pengorbanan, tapi Tuhan akan tunjukkan suatu kepuasan yang kadang kala itu tidak memberikan kesan mendalam kepada kita tapi kepada mereka yang hidup disekeliling kita.
- Lakonan dua watak utama iaitu Matthew McConaughey dan Jared Leto memang memberikan kesan kepada I olls apabila menontonnya. Rasa macam marah, geram, geli, takut, bingung sentiasa bertukar-tukar dalam hati I olls ketika menonton cerita ini. I have to say, sepanjang 116 minit I olls menonton filem ini, I olls tidak pernah merasa gembira langsung!!
- Sebuah filem yang bagus dapat memberikan impak yang amat besar kepada kita walaupun selepas kita habis menontonnya. Begitulah apa yang i olls rasa selepas menonton filem ini. Seperti yang i olls cakapkan tadi, i tak rasa gembira langsung. Selepas menonton filem ini, perasaan, pandangan dan juga sikap I olls terhadapat penghidap HIV dan AIDS telah berubah. I keep asking myself, kalau aku ada HIV AIDS adakah aku akan menjadi berani seperti ini?
- Ron Woodroof mengajar kita, walau apa pun terjadi, tidak ada sapa sapa kat dunia ni yang boleh mengadili dan menghukum kita. Ubat sebenar yang membuatkan Ron Woodroof hidup jauh lebih lama daripada yang dijangkakan adalah dirinya sendiri. Hati yang cekal, mental yang kuat, membuatkan Ron kuat untuk mencari ikhtiar hidup. Kekuatannya ini juga telah membantu jiwa jiwa lain.
Weight Loss
Selain lakonan yang mantap, apa yang membuatkan i olls rasa amat respek dengan Matthew McConaughey adalah bagaimana dia kehilangan berat badan yang amatlah banyak untuk mendokong watak ini. Dia hilang 23 kilo!!
Sebelum
From the reading i did here and there, Matthew McConaughey makan amat sedikit untuk kurangkan berat badan dia. Dia hanya makan ikan dan sayur sayuran. Pengambilan air juga dikurangkan kerana kalau terlebih air pun u boleh jadi gemok. Dia kata dia pernah puasa tak minum dan makan langsung untuk jadi lebih kurus. Pada mulanya dia banyak buat exercised untuk kurangkan berat badan. Tapi bukan semua exercise yang boleh dibuat untuk dia jadi kurus. Sesetengah senaman boleh membuatkan muscle dia jadi lebih besar. Dia kata antara rutin exercise dia adalah angkat berat dan tahan selama lebih dari 15 minit. GILA OIII kalau aku pening dah!!
Sampai satu tahap, bila dah kurus sangat, badan dia pun jadi tak kuat. Dia juga mengalami sedikit masalah penglihatan. Dia sampai cedera masa buat exercise. Even nak buat sit up biasa biasa pun dia rasa sakit badan. So dia focus kepada diet sahaja. Tapi dia kata, bila perut always kosong dan lapar, otak dia lebih terbuka dan luas untuk dia muhasabah diri. Dia kata dalam tempoh ini dia telah belajar untuk menjadi seorang yang lebih 'wise'.
Trivia
- Bajet filem ini adalah sangat rendah. Hanya 5 juta USD sahaja. Tapi so far depan dah untung lebih kurang 33 juta USD.
- Bajet ini sangat rendah dan bajet untuk make up hanya 250 USD sahaja. Lebih kurang 827 ringgit. Bayaran make up satu session dari Ayangkamell adalah lebih mahal dari ini. Tapi, depa tetap menang best make up untuk ACADEMY AWARDS! Meletops.
- Jared Leto yang berlakon watak Rayon sudah 5 tahun menyepi daripada bidang seni ( taktaula apa maksud ni). Dia juga telah kehilangan banyak kilogram untuk memegang watak Rayon, seorang maknyah dalam cerita ini. Saya sangat respek beliau kerana, bukan senang nak berlakon jadi maknyah ya. Jangan hanya fikir, bagi wig (rambut palsu) kat mana mana laki dan nah...dia jadi maknyah. U kena betul betul ada jiwa yang tepat untuk capai penghayatan itu.
I bagi 8/10 bintang! Ampa semua patut tengok cerita ni. Hargai hidup ini. How u cari 'kemewahan hidup'?
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com