Kalau ampa baca blog akak tempoh hari, i ada pi Waterfall Temples bersama-sama dengan para pelajar Amerika dari Gustavus Adolphus College Minnesota. Dua hari lepas, sekali lagi saya berkesempatan untuk join mereka ke lawatan kerja lapangan di Kuala Kangsar Perak.
Lokasi yang kami lawati adalah Win Craft, Kampung Kuala Bendang, Sayong untuk melihat usaha pembuatan labu sayung, Galeri Sultan Azlan Shah untuk melihat dan mempelajari tentang institusi Kesultanan Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom di mana bangunan pentadbiran sekolah ini pernah menjadi rumah penulis / komposer Anthony Burgess dan akhir sekolah melawat MCKK.
Lokasi yang dipilih untuk lawatan kerja lapangan ini adalah berdasarkan kepada penulisan Anthony Burgess dalam The Malayan Trilogy yang digunakan oleh para pelajar Gustavus dalam modul Living Diversity.
Jom baca cerita penuh. Click read more
Win Craft, Kg. Kuala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar
- Abang Win atau nama sebenarnya En. Ridzuan merupakan generasi ketiga dalam keluarganya yang mengusahakan kraf labu sayong secara tradisional.
- Perusahaan Labu Sayong menurut kajian telah dimulakan sejak kurun ke 15.
- Tanah liat untuk membuat labu Sayong diambil dari kawasan tebing sungai di Kg. Kuala Bendang ini sendiri. Satu guni tanah liat boleh dibeli daripada pemilik tanah lebih kurang RM6.
- Tanah liat dari kawasan lain tidak sesuai digunakan untuk pembuatan labu sayong ini kerana kualitinya.
- Tanah liat di Kg. Kuala Bendang mempunyai COP SIRIM kerana kualiti tanah liat yang amat baik.
- Kami memang suka mai kat sini sebab Galeri Win Craft terletak di tengah Kg Kuala Bendang. Kena lalui kawasan perkuburan dan beberapa rumah kampung baru jumpa galeri. Untuk orang-orang bandar dan juga orang Amerika, ini adalah satu peluang yang menarik. Bas rombongan pun boleh masuk sampai dalam.
- Selain labu sayong bentuk tradisional dengan warna hitam/cokelat, Win Craft juga menjual pelbagai jenis pasu hiasan yang cantek cantek dengan harga yang amatlah murah. Labu sayong tradisional berharga RM12 sahaja (yang besar). The rest of the pasu pasu adalah dari RM5 ke atas.
- Saya beli satu labu sayong warna hitam size 2 litre. Saya nak buat bekas minum air kat pejabat. Biar orang tengok saya rasa bergerun sikit dan berkata "Giler Kak Jumie minum air guna labu sayong...ni dah tahap Mona Fendi ni,"
- Nota kaki : Sebelum nak guna, kena rendam dulu selama 3 hari. Lepas tu baru boleh bubuh air utk diminum. Jangan ambil yg warna tanah tu sbb airnya nti terasa tanah. Ambil yang hitam kerana sudah dibakar dalam sekam padi. - Sumber deekuntum.blogspot.com
- Para pekerja / pembantu Abang Win memang mesra dan boleh cakap basic English. Abang Win pun baik dan mesra orangnya.
- Kata Abang Win, dia tak perlu tutup dan simpan semua pasu pasu yang disusun di galeri terbukanya. Tidak ada orang kampung yang pernah mencuri pasunya. Gila meletops kot real kampung life.
- Win Craft juga menyediakan kemudahan kepada para pengunjung untuk memcuba membuat pasu secara percuma. Saya cuba untuk buat satu pasu. GILA SUSAHHHHHHHHHHHHHHHHHH.......okaylah...i redha la gunakan jari jari i ni untuk keyboard laptop sahaja.
- I olls berkesempatan membawa Provost, Gustavus Adolphus College, Prof. Mark J. Braun berjalan-jalan ke beberapa kawasan berdekatan dengan galeri Win Craft. Saya tunjukkan beberapa jenis pokok kampung yang tumbuh dengan subur di sepanjang jalan itu. Dia macam pelik sebab i tau banyak benda "Are u a botanist Jumie?"
- Untuk kalian yang berminat untuk membuat lawatan ke Win Craft sila hubungi :
Win Kraf
117, Kg Kepala Bendang
Sayong, Kuala Kangsar, Perak.
No. Tel: 012-561 5524 (Wati) atau 012-561 5581 (Win)
Galeri Sultan Azlan Shah- Galeri diraja ini menempatkan barangan, gambar dan juga cenderahati koleksi DYMM Sultan Perak dan keluarga untuk tontonan para pengunjung.
- Boleh baca pasai sejarah bangunan yang digunakan untuk Galeri ini di sini : GALERI SULTAN AZLAN SHAH
- Saya sangat bangga untuk share info dengan para pelajar Gusties bahawa DYMM Tuanku Siti Bainun binti Mohd. Ali ialah seorang Georgian. Yes, dia pergi ke sekolah St George Girls's School macam saya :)
- Untuk kalian yang berminat untuk membuat lawatan ke sini, boleh hubungi maklumat berikut untuk perancangan seterusnya :Galeri Sultan Azlan ShahAlamat :Bukit Chandan , 33000 Kuala Kangsar, Perak Darul RidzuanTelefon :605-777 5362Fax :05-7774957Email :gsas@perak.gov.myWebsite URL :http://gsas.perak.gov.my/
Lunch di Riverview Cafe @Resthouse Kuala Kangsar
- Kami makan lunch kat sini. Pemandangan dia memang cantek iaitu boleh nampak sungai. Sebab tu la nama dia Riverview Cafe.
- Ada kemudahan tandas dan juga surau.
- Masakan dia oleh Chef Mohd Azmir Zainal adalah amatlah sedap. Siriesly, memang tepat sungguh pilihan Dr. Rashidi and Mr. Balan. Menu yang disajikan adalah makanan kampung, rendang ayam, gulai daging, ikan masak sweet sour, kerabu perut lembu and tauge sayur goreng, ulam ulaman, sambal belacan, nasi putih, air ais kosong, air sirap, coffee, tea, pudding roti and castard. Semua Rm20 je satu kepala. Puas hati sangat.
- Ampa boleh buat tempahan kat sini :
Riverview Cafe @ Resthouse
Jalan Bukit Kerajaan
33000 Kuala Kangsar Perak
05-776676- / 012-5399760
Jalan Bukit Kerajaan
33000 Kuala Kangsar Perak
05-776676- / 012-5399760
Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom
- Sekolah menenangah (all girls) ini adalah salah satu sekolah berprestij di negeri Perak.
- Bangunan utama untuk pentadbiran sekolah ini digunakan pada zaman dahulu sebagai asrama MCKK (Malay College Kuala Kangsar).
- Bangunan ini juga pernah dijadikan residen untuk Anthony Burgess, pernah menjadi seorang guru di MCKK and dia seterusnya menjadi penulis dan komposer terkenal di England.
- Ampa boleh baca pasai Anthony Burgess kat sini : http://en.wikipedia.org/wiki/Anthony_Burgess
- Kami beramai-ramai dijemput oleh para guru yang menyambut kami untuk naik ke menara tinjau di atas sekolah tersebut. Menara tinjau ini merupakan puncak tertinggi di Kuala Kangsar. Memang best naik atas ni. Walaupun panas tapi kami sakan duk selfie.
- Orang ramai juga boleh meminta kebenaran pihak sekolah untuk naik ke menara tinjau ini. Boleh hubungi pihak sekolah untuk makluman awal.
SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM
33000 KUALA KANGSAR, PERAK
No. Telefon: 05-7761516
No. Faks: 05-7777458
Alamat e-mel: AEE4071@1bestarinet.yes.my
- Destinasi terakhir kami untuk hari ini disambut oleh guru-guru dan para pelajar MCKK yang segak berbaju Melayu warna hitam.
- Emcee untuk majlis taklimat kami hari itu ialah seorang pelajar form 3 berusia 15 tahun. Nama dia Aniq. Dia cakap English memang best gila. I rasa terpegun.
- Para pelajar membuat persembahan slide show video yang menarik menceritakan latar belakang dan kejayaan sekolah berprestij ini.
- Upacara petang itu juga disertai oleh Dato Arif yang juga seorang alumni MCKK. Dato Arif bersekolah di MCKK pada zaman Anthony Burgess menjadi guru di sini. Beliau menceritakan pelbagai kenangan pahit manis yang boleh dikongsikan bersama kami semua.
- Para pelajar Gustavus amat berminat dengan kunjungan ini dan mereka membuat banyak pertanyaan kepada para guru, Dato' Arif dan para pelajar.
Okay, so ampa boleh tengok gambar-gambar kami semua kat Facebook saya di sini :
Love,
Jumie Samsudin
No comments:
Post a Comment
Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com