11.3.14

Everybody Need A Little Time Away

Everybody needs a little time away
I've heard her say
From each other
Even lovers need a holiday oooh
Far away from each other

Berikut adalah petikan daripada sebuah lagu yang berjudul "Hard To Say Im Sorry" daripada Az Yet yang berkata semua orang memerlukan masa peribadi walaupun daripada pasangan yang disayangi.

No matter how in love u are with your husband and your kids,  berapa ramai dalam kalian semua (ibu / isteri) yang mempunyai masa bersendirian?  Masa bersendirian di sini bermaksud kamu terus bebas daripada tanggungjawab seharian sebagai ibu  / isteri.  Tak perlu fikir nak masak apa.  Nak beli apa.  Pukul berapa nak kena siap dan sebagainya.  Dalam erti kata lain,  waktu untuk kamu menjadi seorang 'bujang' kembali sambil melakukan aktiviti yang kamu suka seperti melancong,  spa atau melakukan hobi hobi lain.


Secara peribadi,  saya berpendapat,  setiap lelaki / perempuan yang sudah berkahwin dan bergelar ibu atau bapa perlu mempunyai 'day off' ataupun masa peribadi ini.  Bukan untuk melepaskan diri daripada segala tanggungjawab dan berlibur tanpa batasan tetapi suatu ruang dimana kamu dibenarkan untuk menghargai diri kamu dan pada masa yang sama kamu menghargai dan menghormati pasangan kamu.

Click Read More


Saya baru berkahwin hanya 3 tahun.  Kami belum ada anak lagi.  Dan sebab itu,  kami selalu mempunyai masa-masa 'time off' ini.  I think i had more time off than my husband.  En.  Khafi selalu membenarkan saya keluar makan-makan,  lepak with my friends (tanpa kehadiran dan gangguan beliau).  In fact,  seperti kalian tahu,  saya memang aktif dengan pelbagai aktiviti NGO,  minat dalam business solekan dan persembahan teater,  dia selalu bagi 'green light' kepada saya.  

Suami saya sentiasa memberi kebenaran untuk saya buat apa pun.  Dengan syarat kena bagitau kat mana,  dengan siapa dan pukul berapa nak balik.  Dia bagi saya kepercayaan.  Dia tak pernah lah nak gedik-gedik call banyak kali masa kita bertugas.  Just wassap itu dan ini.

Baru baru ini,  saya dan beberapa teman rapat (kami semua sudah berkahwin).  Two of us dah ada anak,  one is becoming a mother this coming in May.  Kami berempat dibenarkan oleh pasangan masing-masing untuk lepak dua hari satu malam di sebuah hotel di Penang.  Doing what we love,  lepak,  makan,  bergossip.  Sembang puas puas.

Dahulu masa zaman bujang,  every day kami boleh berkongsi kisah dalam emel panjang-panjang just to make sure we are all updated about each other.  Tapi bila dah kawen...kami tukar guna wassap sahaja.  And now...wassap pun susahhhh nak keep up u olls.

Satu tarikh dipilih untuk sesi get together ini.  Bukan senang juga nak pilih tarikh,  terutama sekali I!  Tapi tak mengapa,  bagi I,  kalau dalam masa setahun dapat spend time macam ni dah rasa berbaloi sangat.

Saya rasa masa ini amat berharga untuk kami empat bersahabat.  Selain dapat catch up dengan cerita masing masing,  peluang ini juga kembali mengeratkan silaturahim kami.  Dan apabila hubungan rapat itu terpelihara...maka secara tak langsung keyakinan diri dan juga rasa hormat pada diri masing-masing juga meninggi.  Bagi saya,  alhamdulillah....after all yang dah berlaku dalam hidup kami.  Kami berempat masih have each other.

Dan effect kepada saya dan suami pula,  saya rasa macam kepercayaan yang suami saya berikan kepada saya amatlah besar harganya.  Lebih besar daripada dihadiahkan sebuah cincin berlian.  Balik balik rumah after two days away....rasa macam makin rindu pula kat dia.

Saya kongsikan pendapat ini kerana saya rasa kalian yang sudah berkahwin,  sama ada lelaki atau perempuan perlu ada masa peribadi / time off antara satu sama lain.  Tapi of course,  ada beberapa syarat wajib yang perlu dinilai dan diutamakan sebelum melaksanakan perkara ini.  Here are some of the things yang saya mohon u olls semua fikirkan dan bincangkan bersama pasangan sebelum kedua-dua melakukan aktiviti 'time off' ini  :


  1. Kedua dua pasangan perlu sama sama bersetuju dengan idea ini.  Tidak boleh hanya satu pihak sahaja yang boleh dapat time off sedangkan si dia pula tidak langsung berpeluang untuk melakukan aktiviti kesukaannya.  Kedua dua kena terbuka dan adil.


  2. Kalau pasangan kita seorang yang aktif dan mempunyai pelbagai aktiviti bersama rakan-rakan,  kita juga kena fikirkan sesuatu untuk isi masa lapang kita.  Tak boleh selalu nak ikut dia dan kawan-kawan dia sahaja.  Mungkin dia tak sampai hati nak say NO to you,  but u should be more understanding la.  Bila dia dengan kawan-kawan dia,  mungkin dia lebih rasa relaks dan boleh buat gila gila.  Bila ada u kat situ,  pastinya dia akan rasa macam kena behave sikit.  Bukan sebab dia takut kat u,  tapi dia hormat u.

  3. Kalau kita tak kisah kalau pasangan kita sahaja yang selalu keluar dan buat macam-macam aktiviti dan kita tak kisah duduk rumah mengemas dan menjaga anak-anak.  Its okay!!  Tell your pasangan dengan ikhlasnya.  Cuma jangan kat mulut jer kata okay.  Tapi dalam hati duk pendam.  Jangan buat rasa iri hati memakan diri kamu dan keluarga.  Tak semestinya 'time off' ini memerlukan kamu pergi jauh daripada si dia,  kalau dia benarkan kamu duduk sendirian di rumah,  layan HBO seharian dengan makanan ringan di meja pun dah okay!!  Tak perlu masak dan mengemas.


  4. Tidak semestinya dilakukan pada masa yang sama.  Especially those yang sudah ada anak.  mungkin hari ini,  si dia mulakan dulu dan kita jaga anak-anak.  Esok turn kita,  dia pula yang jaga anak.  Tapi siriesly,  selalunya si ibu tidak akan berenggang dengan anak. :)


  5. Bincangkan apa jenis aktiviti yang kamu ingin lakukan sepanjang sesi 'time off'.  Kamu boleh lakukan secara bersendiri ataupun secara berkumpulan bersama teman-teman.  Kepada kamu yang memilih untuk melancong ke luar negeri,  mungkin kami kena bincangkan tempat-tempat yang boleh dan tidak boleh dikunjungi.  Kedua-dua kena clear tentang syarat ini.  Contohnya,  mungkin kita tak mau kalau pasangan kita (especially jejantans) ke THAILAND!! Choi laaa.....And mungkin juga kita tidak mahu kalau pasangan kita pergi ke disco atau kelab kelab malam.  Contoh lain juga,  mungkin kita tak benarkan pasangan kita melawat tempat-tempat yang memerlukan pasangan menggunakan duit yang banyak (shopping dan spa) kerana nanti ganggu belanjawan keluarga pula.  Semua ni kena discuss bagi clear.


  6. Aktiviti time off ini boleh dilakukan seberapa kerap yang boleh mengikut kemampuan masa dan tanggungjawab / komitmen masing-masing.  Kalau dapat buat sebulan sekali pun bagus.  Kalau dapat buat setahun sekali pun bagus.

Sekian sahaja perkongsian dari saya.  Duduk berkepit 24 jam 7 hari seminggu tak semestinya dapat buktikan yang kamu berdua betul betul cinta kuat. Aktiviti yang dibuat bersama pasangan masih amat diperlukan dalam menguatkan hubungan suami isteri.  Cuma bagi saya,  sekali sekala kena ada juga aktiviti yang dilakukan secara berasingan kerana kita masih seorang manusia dan sebagai manusia,  kita perlukan 'rehat'.

ps/  I ni punya bebas pi sana sini sampai orang selalu ingat i tak kawen lagi....aiiih...susah ni...

Love,
Jumie Samsudin



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com