18.3.14

Buddhism Field Trip Around Penang with The Gusties

Hello semua,

Semalam saya bersama-sama pelajar Gustavus melawat 3 lokasi penting untuk penganut agama Buddha di Pulau Pinang. Kuil Mahindarama yang terletak bersebelahan dengan Kolej Han Chiang Penang, sebuah kuil Buddha Sri Lanka. Kemudian kami pergi ke Kek Lok Si Penang dan terpana dengan kuil Dewi Kuan Yin yang terbesar di Asia Tenggara. Kami juga berpeluang untuk melihat kecantikan Pulau Pinang dari puncak Pagoda. Dan akhir sekali kami melawat sebuah sanctuary untuk sami Buddha untuk bermeditasi dan belajar di sebuah lokasi yang amat terperosok di Bukit Erskine.



Jom baca cerita penuh



Mahindarama Buddhist Temple
  • Kuil Buddha Sri Lanka ini terletak di 2, Kampar Road,  10460 Penang, Malaysia dan terletak amat dekat dengan kawasan kampung Kebun Lama yang terletak di Langkawi Road Penang iaitu kampung saya dibesarkan.  Dah berpuluh tahun akak duduk situ,  akak tak pernah masuk dan tengok pun kuil Buddha ini dari dalam.
  • Pokok Bodhi yang terletak di hadapan kuil ini dikatakan tumbuh daripada hasil benih pokok Bodhi yang menjadi tempat Buddha menerima 'enlightenment' nya yang pertama di Bodhgaya,  India.  Namun,  pokok Bodhi yang wujud hari ini mungkin berbeza dengan pokok yang menjadi tempat Buddha bermeditasi 2500 tahun yang lalu.
  • Lukisan dalam kuil ini semuanya cantek-cantek dan dilukis oleh para sami yang dibawakan khas daripada Sri Lanka.
  • Nama kuil Mahindarama diambil daripada dua perkataan Pali iaitu Mahinda dan Arama.  Mahinda ialah nama salah seorang putera Raja Asoka India yang bertanggungjawab menyebarkan ajaran agama Buddha di sekitar Sri Lanka (dahulunya Tambapanni) lebih kurang 2 ribu tahun yang lampau.  Manakala perkataan Arama pula bermaksud tempat suci ataupun sanctuary.  
  • Kuil Mahindarama ditubuhkan oleh ketua sami dari Sri Lanka bernama The Venerable A. Pemaratana Thero.  Dia mengumpulkan beberapa pengikut agama Buddha kawasan Batu Lanchang dan dengan bantuan seorang lelaki Sinhala bernama M.V. Gregory,  mereka membeli sebuah tanah di kawasan Counter Hall (Area Jalan P Ramlee sekarang).  
  • Namun,  akibat daripada masalah banjir yang sering berlaku di kawasan Counter Hall ini (sampai lani kot),  kuil ini berpindah ke Kampar Road pada tahun 1921 dan siap dibina dan dirasmikan pada hari Wesak tahun 1933.  
  • Sumber  :  Penang-traveltips.com






Kek Lok Si Temple,  Penang
  • Kali terakhir saya mai Kek Lok Si adalah ketika berusia 10 tahun.  Mak aii after 19 tahun baru mai balik walhal rumah saya sangatlah dekat dengan Kek Lok Si (rumah saya area Chung Ling High School).
  • Kek Lok Si dalam bahasa Hokkien (dialek Cina yang digunakan di Penang) bermaksud "Temple of the Supreme Bliss".
  • Kalian yang ingin berkunjung ke sini boleh mendaki ke puncak temple dengan berjalan kaki ataupun menaiki kereta.  
  • Kuil ini adalah lokasi MUST VISIT locations in Penang and merupakan lokasi kuil Buddha terbesar di ASIA TENGGARA.
  • Sebuah patung tembaga Dewi Kuan Yin siap dan dibuka untuk orang ramai pada tahun 2002.  Ketinggian patung ini adalah 30.2 meter.  Memang sejak dahulu lagi,  orang Penang memang tahu kat situ memang terletak sebuah patung Dewi Kuan Yin yang bewarna putih.  Saya ingatkan mereka salut patung itu menjadi tembaga.  Tetapi tidak,  akibat daripada kebakaran yang berlaku tidak lama dulu,  patung Dewi Kuan Yin berwarna putih itu (diperbuat daripada batu simen) telah digantikan dengan patung tembaga ini yang jauh lebih besar.  Bahagian patung yang lama masih diletakkan berdekatan dengan patung tembaga yang baru.
  • Kalau nak naik Pagoda,  ampa kena bayar RM2.  Memang cantek taman bunga kat sini.  Macam kat Cameron Highlands i rasa.
  • Kalau nak naik tengok Dewi Kuan Yin kena bayar RM5 dan naik lift.  Kalau nak hike,  tak payah bayar.  
  • Seni bina Kek Lok Si Temples menggabungkan pelbagai seni bina agama Buddha serta elemen kepercayaan masyarakat Tiong Hwa.  Di taman berdekatan Dewi Kuan Yin,  terdapat patung patung mewakili zodiak Cina.  Mr.  Hor,  guru agama Buddha untuk module ini bertanya kepada akak "Jumie,  what year you born in?"  I pun jawab "Ox sir," And he replied "WOW...u are hardworking person,".  Pastu Prof.  Steve pun terus sambut dan berkata "Yes,  she is very hardworking...."  AKAK PUN RASA MACAM KEMBANGGGGGGGGG SETAMAN!
  • Sumber  : Penang-traveltips.com











Boddhi Heart Sanctuary

  • Boddhi Heart Sanctuary adalah sebuah lokasi meditasi dan pusat pengajaran dan pembelajaran untuk sami sami Buddha.  Namun,  segala kemudahan yang terdapat di sanctuary ini juga dibuka kepada orang ramai dari agama yang berlainan juga dibenarkan untuk membuat aktiviti pembelajaran dan meditasi di sini.
  • Mr.  Hor,  pensyarah jemputan untuk topik Buddha dalam modul Religious Experience merupakan salah seorang pengurus di Boddhi Heart Sanctuary.
  • Untuk masuk ke kawasan Boddhi Heart Sanctuary ini,  kita perlu melalui kawasan perkuburan yang usang dan agak menakutkan.  Tapi bila sampai kat pejabat urusan BHS,  ampa akan terpana dengan kecantikan susunan pokok dan alam floranya.
  • Oleh kerana kecantikan pemandangannya,  ramai juga photographer yang ke sini untuk ambil gambar pengantin.  Tapi pengantin Melayu tak ada lagi,  mungkin lepas ni pasti akan ada.  Depa tak kisah :)
  • Para pelajar termasuk saya mengambil kesempatan untuk berehat di sini setelah seharian berjalan ke sana sini dalam cuaca yang amat panas.  Memang best!
  • Sumber  :  Penang-traveltips.com






Okay,  so ampa boleh tengok gambar-gambar kami semua kat Facebook saya di sini : Buddhism Field Trip Around Penang with The Gusties

ps/ In case ampa wondering awat gambar orang putih yang banyak...depa duk main camera aku sebab suka monopod aku pakai.  Kalau berminat nak beli monopod, boleh contact kat sini : Monopod Camera with Handphone Holder

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. All i can say is ... WOW! Selama beberapa i pi tempat-tempat itu, i pun xtau sedetail itu! Syabas Jumie! Yang Bodhi Sanctuary tu tak pernah lagi pj jejaki.

    p/s ... i suka gambar yang u amik kat Bodhi Sanctuary reramai yang posing umpama the sleeping Buddha ... hahaha ... apa nombor ampat ekor???

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com