14.3.14

Bomoh MH370

Assalamualaikum semua,

Kita mulakan dahulu artikel hari ini dengan memperingati saudara saudara kita yang masih hilang dalam pesawat MAS MH370 yang sudah hampir 5 hari hilang.  Macam-macam usaha yang telah dilakukan.  Macam-macam cerita yang disampaikan.  Macam-macam spekulasi yang ditimbulkan.  Tapi bayang MH370 masih tiada.

Masa nilah Allah uji kita semua. Sapa yang beriman dengan Tuhan pastinya dia berusaha dan bertawakal dengan ujian ini.  Bukan sahaja kepada mereka yang terlibat dengan usaha pencarian (pihak MAS,  kerajaan Malaysia dan lain-lain) dan keluarga penumpang,  kita semua yang menantikan kesudahan cerita ini juga sedang diuji oleh Allah.

Bercakap tentang kisah dan spekulasi,  saya berterima kasih kepada pelbagai pihak (u olls u olls) yang banyak menghubungi I kat wasssap dan FB untuk berkongsi teori dan macam-macam info berkenaan MH370.  Tapi saya memilih untuk mendiamkan diri dan tidak sebarkan maklumat-maklumat itu dalam FB and blog. Takut tersalah cakap,  ada hati hati yang terluka.  Paling takut,  satgi orang kata kita buat pandai pulak.


Tapi hat ni...............akak nak share jugak.  Dan akak nak kupas juga.  Pasai apa?  HAAAAAAAAAAAA!! PASAI BOMOH MH370.

Click Read More



Pagi,  Selasa 11 Mac.  Akak sibuk kat office.  Tapi sekilas lalu,  akak mengambil kesempatan membaca FB and Twitter notification.  Semua duk sibuk cakap BOMOH MH370.  Apa tu?  And then i saw the video on Youtube.

)

Teruih i post dalam FB I dengan status  "Sebagai rakyat Malaysia,  saya amat malu dengan perkara ini.  Sekian."

Ramai orang yang bersetuju dengan pendapat I olls.  Namun ada juga yang berpendapat bahawa,  at least lelaki yang dikenali sebagai Ibrahim Mat Zin,  Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP,  memberikan inisiatifnya sendiri untuk membantu.

Tapi,  kalau dia betul dia ikhlas nak membantu kerana Allah,  kenapa dia perlu buat kat KLIA?  Kenapa dia tak buat kat rumah dia,  mana-mana lokasi tertutup,  mana-mana lokasi dekat dengan laut ke apa ka untuk buat ritual ini.  Jauh dari orang ramai.  Jauh dari pihak media.  And bila dia dah ada maklumat terkini,  pi la share dengan pihak PDRM / TUDM / TLDM.

Pasaipa nak kena buat depan orang ramai macam ni?  Ini semua sebab nak publisiti murahan u olls.  Cara bomoh ni bercakap masa diwawancara amatlah yakin dan jelas.  Dia macam nak promot diri dia.  Orang Malaysia memang suka cari bomoh u olls.  So pakcik sah sahla nak dapatkan iklan percuma.

En.  Khafi ada tengok wawancara yang dibuat oleh TV3 dengan seorang pakar dalam misi pencarian dan insan ini terlibat dalam pencarian helikopter NURI yang terhempas di Malaysia dahulu.  Sorry i tak tau apa nama orang tu sebab masa i tulis blog ni En.  Khafi takdak and i malas nak call dia and tanya.  Tapi dalam wawancara itu,  komander (yang terlibat dalam misi pencarian helikopter NURI) itu mengakui yang mereka menggunakan khidmat 'halus' sebagai bantuan.


Bantuan 'halus' dalam erti kata lain adalah dengan menggunakan ilmu ilmu 'putih' yang berlandaskan agama Islam.  Memang dalam agama kita ada cara rawatan bomoh bomoh ni.  Tapi kena betul betul guna ayat Al Quran.  Sebarang tambahan unsur seperti buah nyok dan teropong alfonso tu semua dah kira kurafat.

I tulis balik dialog ni (berdasarkan yang Khafi cerita kat I) "Kami lalu kat kawasan tu lebih dari 3 kali.  Tapi kami tak nampak apa-apa pun.  Tapi lepas kami berdoa kepada Allah dan meminta sedikit 'bantuan',  barulah Allah 'buka' mata kami dan akhirnya kami jumpa mangsa helikopter tu...."

Untuk pengetahuan kalian semua, helikopter NURI yang hilang tu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Sungai Besi nak ke Kuantan,  ambil masa 5 hari untuk jumpa dalam ketebalan hutan di area Genting Sepah.  Dengan bantuan-bantuan cara halus ni baru Allah izinkan untuk kita hulurkan bantuan.

Inikan pula kapal terbang besar gedabak yang hilang di tengah tengah laut!!!  Ni semua Allah nak duga kita.  Kita baguih punya duk bangga dengan kecanggihan Google Street and Google Maps yang boleh tengok sampai orang duk berak tepi kereta api.  Nenjia,  dia bagi hilang SEKELIP sahaja,  kita langsung tak boleh buat apa dah.  Pusing sana sini,  teleskop UN semua habis tengok apa pun tarak. Dah terbukti dah siapa lani paling berkuasa kat bumi Dia ni?

Jauhnya aku terpesong,  motif aku kaitkan cerita ini adalah,  tak salah kalau kita nak gunakan bomoh dalam usaha pencarian ini.  Memang terbukti orang lain pun dah pernah buat.  Dengan syarat kita kena buat dengan ikhlas dan kita buat dengan cara yang betul.

Okay dah dah!  Aku tak mau dah tulis benda benda siries ni semua.  Satgi aku silap cakap mampuih kena maki ka apa ka.  Tapi harap sangat ada pihak berwajib ambil tindakan sikit kat geng geng pakcik BOMOH VIP ni. Gila buat malu wehssssssssssssssssssssss!!

Aku macam bangga bila semua rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama bersama-sama menjalankan doa beramai ramai untuk membantu pencarian ini,  Muslim,  Sikh,  Buddha.  Bangga kot nak tunjuk kat dunia,  negara kita punya diversity!  Tapi bila mai buah nyiok ni....aku jadiii serr teruih.

Tapi ni ada beberapa point penting aku nak kutuk kat gang depa ni  (HAHAHAH stail mengaku nak kutuk teruih)  :





  • Pasaipa orang Melayu kalau nak convince orang kena pakai kot? Makcik tu pun feeling pakai kot.
  • Please jangan kaitkan labu sayung yang depa gunakan ini dengan  labu sayung yang i olls letak dalam blog akak tidak lama dulu.

  • Mamat yang duk belakang sekali atas tikar tu muka dia siki sikit macam Saiful Bukhori.
  • Kalau ampa semua tanya,  sapa yang bagi idea ni semua?  Akak rasa,  idea ni semua mai dari makcik yang pegang labu sayong tu.  Dia sengap saja.  Tapi orang yang sengap ni kita tak boleh percaya.

  • Pakcik ini menggunakan buah nyok (kelapa) kerana teka teki yang amat popular iaitu dunia apa yang lautnya di dalam.  Jawapannya  :  kelapa la.  
And here i want to share some of the FUNNIEST pictures i found on internet when i googled "BOMOH MH370 PARODY".

KOMIK




DO RE MI



PENTIRU


 




INI GAMBAR BETUL (BUKAN EDIT)



.
.
.
.
.
.
.
.
dan yang ni paling lawak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Anyway,  sebelum i akhiri artikel ni,  i nak minta maaf kepada hati hati yang mungkin tersinggung dengan penulisan ini.  Hala.....sedang satu Malaysia bersedih,  sedang semua menteri duk raplah,  kita duk gelak gelak  kat tok moh.  

Sudah sudah.  Kita focus balik u olls.  Perbetulkan saf.  Sucikan diri dengan wuduk.  Kita teruskan berdoa.  Jangan persoalkan benda benda yang kita tak pernah buat.  (Ini untuk orang yang duk kutuk kata kerajaan kita bodoh dan tak reti buat pencarian).  Terima kasih kepada semua orang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pencarian ini.  Kepada keluarga MH370,  dont lose hope.

Love u olls,
Jumie Samsudin
10.10 pm on 13 March 2014

1 comment:

  1. Kak Jumie...Thanks sbb bagi kami gelak sampai nk guling2 ...at least dpt jugakla gelak sikit sbb lani semua duk raplah pasai MH370 :-)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com