Seperti tahun tahun yang lalu, saya akan buat review produk kecantikan yang digunakan oleh rakan-rakan jelitawanku. For this year, of course kena still buat artikel ini dan menampilkan bukan sahaja produk untuk wanita tetapi juga untuk lelaki (sebab pembaca lelaki kat blog I dah semakin ramai) dalam beberapa kategori iaitu kulit wajah, rambut, badan, kesihatan / kecantikan dalaman dan solekan.
I hope u olls mendapat pelbagai info meletops dan tips menarik daripada perkongsian I dan rakan-rakan i ni semua.
* artikel ini tidak mendapat tajaan daripada mana-mana syarikat produk kecantikan. So apa yang kami kongsi ni memang for real ya!
Kulit Wajah
Immortelle Eye Balm - L'Occitane
Cara pakai : Sapu disekeliling mata
Harga : Selatuih lebih..tak ingat
Kat mana boleh beli? : L'occitane
Kalau nak tau product apa yang menjadi pilihan, click read more
Men's Biore Double Scrub Facial Wash
Why Khafi Suka? Kulit saya sangat sensitif dan senang naik jerawat kalau habuk banyak. So pencuci muka cum scrub ni sangat berkesan. Lepas pakai muka tak jadi berminyak.
Cara Pakai : Cuci muka..
Harga : Lebih kurang RM10 sahaja
Kat Mana Boleh Beli? : Senang nak beli pencuci ni. Kat Seven E pun ada. And mana-mana kedai runcit pun memang selalu jual.
Loreal Men Expert
![]() |
Cleanser |
![]() |
Moisturiser |
Cara pakai : Bersihkan wajah dengan menggunakan pembersih muka, kemudian sapukan moisturizer. Gunakan setiap kali selepas membersihkan wajah.
Harga : Tak ingat sebab dah lama beli.
Kat mana boleh beli? : Kat Watson, Guardian, Giant semua adalah.
Face Mask Charcoal from Daiso
Why Pojiepooh suka : Seriously sangat bagus. Setaraf dengan face mask dari Shisheido, sebijik sama rasanya. Pakai masa ada mekap pun sure tertanggal semua kekotoran dengan bulu2 roma pun tercabut sama. Cuma selepas pakai dia akan mengeringkan kulit, jadi apply moisturizer pada wajah untuk mengekalkan kelembapan. Dinasihatkan untuk pakai seminggu sekali atau dua kali saja.
Sesuai untuk : Lelaki & perempuan.
Cara pakai : Bersihkan wajah dengan menggunakan pembersih muka, kemudian sapu di seluruh wajah dengan sekata. Biarkan selama 15 minit (jangan lama-lama nanti susah nak kopek sebab terlalu kering) dan tanggalkan.
Harga : RM5 je!
Kat mana boleh beli? : Semestinya Daiso.
Tabita Skincare
Cara Pakai : Ada 4 items- facial soap, smooth lotion/toner, day cream and night cream.
Selalunya ada arahan penggunaan kalau beli produk. Hope u olls kalau nak jumpa, dapatkan penerangan yang lebih terperinci daripada penjual yang sah.
Sesuai untuk : Lelaki dan Perempuan / Wanita mengandung tidak dibenarkan
Harga : Set Exclusive dalam 300++ (lupe sebab da lama beli..boleh tahan sampai 6 bulan)
**Boleh beli yang trial set kalau rasa nak cuba dulu
Kat mana boleh beli? : Banyak online seller yang jual.
Whitening Pearl and Snowlotus Soap and Cream
Why Syaz Subhan Suka? Haaaaaaa... Ni nak cerita la pasal produk yang terbest sekali. Adik aku Nasyitah ni tak la berapa nak putih sangat. And dia ni study kat UiTM Sri Iskandar di mana kepanasan di tempat itu telah membakar kulit adik aku sampai la dia jadi kelabu. So satu hari aku balik Penang and tengok dia dah jadi putih. So dia kata la mak aku beli kat dia cream ni and dia baru pakai 2 minggu. Tapi seriously adik aku yang kelabu dah bertukar putih. So bila aku pun try, kawan-kawan office semua tegor kata kulit aku makin flawless. Memang betul la produk ni berkesan kan. Tapi rasanya memang susah nak dapat kat sini kot sebab aku xbeli krim ni kat sini. And kalau kawan2 aku mau, depa akan kirim kat aku and aku akan tolong beli. And harganya memang tak mahal langsung. Highly recommended!
Cara Pakai : Sapu sebagai moisturiser siang dan malam.
Harga : RM25
Kat Mana Boleh Beli? : Boleh beli daripada Syaz Subhan.
Kiehls Ultra Facial Cleanser
Cara pakai : Basahkan muka, picit lebih kurang besar 30 sen, then sapu ke seluruh muka dan juga tengkok.
Sesuai untuk : Semua orang. Tua muda. Kecik besaq. Laki pompuan. Dan pondan and pengkid pon ok.
Harga : RM90 ++
Kat mana boleh beli? : Kaunter Kiehl’s. I selalu beli kat Gurney Plaza and Pavilion (KL)
SimplySiti Clear Solution Natural Clay Mask
Why Jumie Samsudin Suka? : Orang yang kulit berminyak memang paling baguih pakai mask yang berasaskan tanah liat. Dulu i olls pakai jenama St Ives, tapi sejak ada SimplySiti, i pun terai la pakai. And memang sangat bagus dan dijual dengan harga yang berpatutan. Dia jual dalam tube yang tak berapa besar. Tapi calit sikit pun dah cukup untuk ratakan ke muka. So boleh tahan lama. So far since 2012, i baru beli dua tube.
Cara Pakai : Macam pakai mask la. Pakai dua atau tiga hari sekali. Untuk rasa lebih best, bubuh mask dalam peti ais. So masa bubuh kat muka, kita akan rasa sejuk dan relaks.
Sesuai Untuk : Orang kulit berminyak. Orang kulit kering better jangan. Nanti muka ampa jadi lebih kering pula.
Harga : RM30 ++
Kat Mana Boleh Beli? : Drugstore yang menjual produk SimplySiti
Dermalite Comedone Control Essense
Cara Pakai : Dulu masa mula mula pakai, i pakai satu hari 3 kali. Tapi lani, sebab kulit muka dah elok banyak, i pakai sehari sekali ja. Kadang-kadang tu, pakai dua hari sekali ja.
Sesuai Untuk : Orang yang mempunyai masalah jerawat dan black head.
Harga : RM135
Kat Mana Boleh Beli? : Boleh beli dengan I! Penghantaran ke seluruh dunia.
Rambut
Liese Bubble Hair Dye Milk Tea Brown
Kepada u olls yang banyak uban macam I, please jangan cabut uban. Orang kata, kalau cabut satu uban, nanti tumbuh 2 rambut uban. No!! Kalau u cabut rambut u olls, kemungkinan besar akar rambut pun akan tercabut sekali dan tidak ada rambut baru yang akan tumbuh. So nanti duk cabut, pelan pelan rambut pun jadi sikit.
Oleh itu, i amik keputusan untuk warnakan rambut i every 2 months. Dulu i pakai Revlon ColourSilk and buat sendiri kat rumah. Tapi entah macam mana, i pun terbeli benda ni. Memanggggggggggggggg best!!! Senang nak buat sebab dia menggunakan busa (buih), wangi (langsung tak dak bau amonia), tidak menyakitkan kulit kepala (sebab some pewarna ada amonia yang banyak so kulit kepala akan rasa pedih-pedih and paling best lepas pakai warna rambut ni, rambut jadi lembut dan tidak berkelemumur. Its good for your hair!!
Ada banyak warna, tapi i paling suka Milk Tea Brown.
Cara Pakai : Baca kat kotak tu nanti. Yang penting, jangan goncang!!
Sesuai Untuk : Orang yang suka tukar tukar colour rambut dan orang yang banyak uban macam I.
Harga : RM33 ++
Kat Mana Boleh Beli? : All drugstore. TESCO pun ada.
Why Syaz Subhan Suka? Dry shampoo bukanlah shampoo untuk rambut kering. Dry shampoo adalah shampoo bila anda rasa malas and tengah lepak-lepak atas sofa tiba-tibaada kawan call ajak keluar. Tapi masa tu tak basuh rambut lagi and kalau nak mandi basuh rambut, mestilah lambat sebab nak kena blow, thong, iron dan sebagainya. So terus la capai dry shampoo lalu spray' ke rambut anda tadi. So rambut yang berminyak tadi terus la jadi mcam baru lepas shampoo dengan air dan blow. Best kan? . Pakai 3-5 kali dah habis. And Dry Shampoo ni jugak sangat la sesuai untuk wanita dalam pantang yang tak boleh basuh rambut selalu kan.
Cara Pakai : Spray di rambut.
Sesuai Untuk : For busy people and travellers!
Harga : Setakat ni Sephora punya dry shampoo ni agak value for money, tapi kecik sangat la, 75 ml ja (RM35) Kalau nak besar pakai la brand Oscar Blandi atau Aterna (boleh beli kat Sephora juga) yang datang dengan size 95 ml (kalau tak silap) tapi harga sebotol adalah RM 94.
Kat Mana Boleh Beli? Sephora
Gliss Kur Schwarzkopf Ultimate Repair Anti-damage Mask with Keratin
Why Jumie Samsudin Suka? Sebab wangi macam kacang+chocolate. Melembutkan dan membaiki rambut. Siriesly, rambut akak adalah teruk dulu sebab pakai pewarna rambut kan? So produk ni memang baguih.
Cara Pakai : Pakai tiga or empat hari sekali. Lepas shampoo rambut, bubuh benda ni kat kepala (elakkan kulit kepala) pastu biak for 15-20 mins. Than basuh.
Sesuai Untuk : Orang yang rambut krek-krek.
Harga : RM20++
Kat Mana Boleh Beli? : All drugstore. TESCO pun ada.
Sephora Express Dry Shampoo
Cara Pakai : Spray di rambut.
Sesuai Untuk : For busy people and travellers!
Harga : Setakat ni Sephora punya dry shampoo ni agak value for money, tapi kecik sangat la, 75 ml ja (RM35) Kalau nak besar pakai la brand Oscar Blandi atau Aterna (boleh beli kat Sephora juga) yang datang dengan size 95 ml (kalau tak silap) tapi harga sebotol adalah RM 94.
Kat Mana Boleh Beli? Sephora
Badan
Palmer's Cocoa Butter Formula For Stretch Marks Lotion
Why Nonie Suliaman suka : Suka bau dia, dan untuk prevent strech marks. Aku baru pakai. So far so good, tengok sebulan dua lagi camna.
Cara pakai : Sapu di kulit
Harga : Taktau. Syaf bagi
Kat mana boleh beli? : Watson Guardian semua
Rexona Deodorant V8 for Men
Cara pakai : Angkat tangan, goncang tin skit and pssssttttt………
Sesuai untuk : Lelaki
Harga : RM11.90
Kat mana boleh beli? : Mana kedai pon ada hgpa toksah dok buat pemalaih nak tanya. Red gincu ja x juai kot.
Why Jumie Samsudin Suka? Kulit i memang kena pakai losyen kalau tidak akan kering macam kotor. Especially kat kaki. Kalau tak pakai losyen akan nampak macam berdebu. Lotion Vaseline Perfect 10 ni memang baguih, cepat serap, tak berminyak dan melekit dan membuatkan kulit sedikit putih :) Which i suka....
Cara Pakai : Sapu kat badan :)
Sesuai Untuk : Orang yang mempunyai kulit badan.
Harga : RM10 ++ untuk size kecik. I beli size kecik ni ja sebab senang nak bawak pi mana-mana and boleh tahan lebih kurang 3 bulan.
Kat Mana Boleh Beli? : Any drugstore.
Why Jumie Samsudin Suka? Dulu i pakai scrub badan jenama Siam yang dibuat daripada asam jawa dan madu tu. Scrub tu memang bagus, tapi dia tak berapa memutihkan kulit. I bukanlah feeling nak jadi putih macam Adira, tapi kalau pakai produk bagi putih ni sikit, kulit kita nampak macam glowing sikit gitu. Sumber Ayu ni memang best!!
Cara Pakai : Sapu kat seluruh badan. Biarkan for a few minutes (ampa gosok gigi dulu ka) then baru ampa gosok scrub tu untuk buang daki.
Harga : RM13 ++ murohlazahhhhhhh
Kat Mana Boleh Beli? : Supermarket Billion or Sunshine.
Cool Water for Men by Davidoff
Cara Pakai : Sembur kat badan
Sesuai Untuk : Lelaki
Harga : RM250++
Kat Mana Boleh Beli? : Kedai perfume
Brut Original Deodorant Roll-on
Cara Pakai : Sapu kat ketiak.
Sesuai Untuk : Lelaki
Harga : RM8++
CK One Calvin Klein for women and men
Cara Pakai : Sembur kat badan.
Sesuai Untuk : And bau ini adalah bau untuk lelaki and perempuan. So En. Khafi akan pakai juga kadang-kadang.
Harga : RM250 ++
Kat Mana Boleh Beli? : Kaunter / Kedai Perfume
Kesihatan / Kecantikan Dalaman
GLA Complex with GLA, Vitamin E, And Sunflower Seed Oil from Shaklee
Why Jumie Samsudin Suka? I mempunyai period yang tidak teratur. Sejak makan GLA saya punya period macam okay. So far dah tiga bulan dah ikut time! And orang kata, produk ni bagus untuk wanita yang sedang cuba untuk mendapat zuriat. So i duk try la.....
Cara Pakai : Akan dinasihatkan oleh penjual Shaklee
Sesuai Untuk : Wanita
Harga : RM90++
Shaklee ESP powder
Cara Pakai : Boleh dibancuh dengan pelbagai jenis minum seperti susu / jus. Tapi not with hot drinks ataupun minuman berkafien. Saya selalu minum dengan air mango yogurt. Kalau nak bancuh minum saja-saja pun boleh rasa macam susu soya tanpa gula.
Harga : RM150 ++
Kat Mana Boleh Beli? : Boleh beli daripada pengedar Shaklee yang sah. I sarankan u olls beli dari adik I iaitu Surianie Samsudin a.k.a Cakcing. Boleh Facebook dia : Surianie Samsudin
Meiji Amino Collagen Powder
Cara Pakai : Minum dengan membancuh minuman ni dengan susu Anlene (untuk kesihatan tulang di hari tua, LOL!!) atau pun dengan orange juice sebelum tidur.
Harga : RM160
Kat Mana Boleh Beli? Shojikiya (kedai barangan Jepun)
E-Book Kevin Zahri - Panduan Kurangkan 5 kg dalam 5 hari
Risau sangat-sangat dan tiba-tiba aku ternampak la iklan e-book Kevin ni and saja ja lawat website dia. Buku ni cuma RM65 saja ok (bukan satu ja ebook dia bagi, ada lebih kurang 10 free ebook yang lain)! And aku fikir why not aku try? Aku pun buat la payment online and tak sampai setengah jam depa email la ebook tu kat aku.
Yang bestnya cara Kevin ni la yang paling masuk akal kalau nak compare dengan diet plan lain yang aku pernah try macam Cabbage Soup Diet, Atkins Diet, Grapefruit Diet and bla bla bla. And untuk pengetahuan hampa, aku still makan roti canai, nasi lemak, nasi kandaq Deen, Pak Husin tomyam, kari kepala ikan Pan Mutiara dll. Alhamdulillah setakat ni aku ikut cara pemakanan yang disarankan aku dah berjaya turun 8 kg dalam masa 4 bulan. Yes memang lambat sikit sebab aku pun main-main gak la. Tapi 8 kg is good enough for me!! Highly recommended!!
Cara Pakai : Bacalah
Sesuai Untuk : SEMUA!!
Harga : RM65
Kat Mana Boleh Beli? Website Kevin Zahri
Solekan
Why Pieja Suka? Cheap, affordable and accessible. Better dari high-end mascara. Tahan lama and senang untuk dicuci
Cara Pakai : Sama macam pakai mascara..
Harga : RM22.90 (kalau ada sale, akan lagi murah)
Kat Mana Boleh Beli? : Any drugstore pharmacy di Malaysia (Guardian, Watson, Caring and etc.)
Why Nonie Suka? : Dia punya bentuk (bulu bulat) memang sempoi. Boleh apply sampai bulu mata yang hujung-hujung kecik.
Cara Pakai : Sapu di bulu mata
Harga : Kat malaysia taktau berapa ringgek.. aku beli masa kat seoul haritu.. kalau tak silap lepaih convert dalam 50ringgek kot..
Kat Mana Boleh Beli? : Kaunter Holika Holika
Chanel Rouge Coco Hydrating Sheer Lipshine Lipstick #83 Scenario
Why Nonie Suka? Aku pakai kaler #83 Scenario. Dia coklet2.. kalau aku pakai nampak macam tak pakai lipstick.. very natural.sangat suka.. dia shine2 manja n pakai rasa ringan n bau sedap.
Cara Pakai : sapu kat bibiar
Sesuai Untuk : Wanita
Harga : RM95++
Kat Mana Boleh Beli? Kaunter Chanel
Cara Pakai : Sapu kat bibiar.
Harga : RM68
Kat Mana Boleh Beli? : MAC
Laura Mercier Stickgloss Lip Colour
Why Syaz Subhan Suka? Kalau sesiapa follow review dalam blog Jumie last year, I ada share my problem with lipstick yang sensitif. And related to that, I dah jumpa la lagi satu lipstick yang bagus untuk sesiapa yang ada masalah bibir sensitif. Colour dia tahan lama and tak mengancurkan bibir anda. The colour that i use is 'Brown Sugar'.Cara Pakai : Sapu kat bibiar
Sesuai Untuk : Bibir super sensitif
Harga : RM65
NYX Soft Matte Lip Cream
Cara Pakai : Sama macam pakai lipstick but in liquid form. Boleh pakai ni sahaja tanpa lipstick, ataupun on top of other lipstick untuk cipta warna sendiri :)
Harga : Not more than RM30
Why Pieja Suka? Long lasting and pigmented. Smooth, good color selection (not muddy). Not that drying like others matte lipstick. Comparable to MAC lipstick. Cheap, affordable dari lipstick MAC kan?!
Cara Pakai : Macam pakai lipstick. Best kalau apply dengan brush. My favorite colour is Angel, Indie Flick.
Harga : Not more than RM30
Kat Mana Boleh Beli? : http://instagram.com/liplippie
Why Pieja Suka? : Long lasting and pigmented. Smooth, good color selection (not muddy). Dapat 3 benda sekaligus.
Cara Pakai : Bronzer kat tulang pipi, highlighter kat atas tulang pipi and blusher kat apple of the cheek
Harga : RM50++
Kat Mana Boleh Beli? : Online seller yang jual SleekMakeup
Why Syaz Subhan Suka? First time try nak belajar highlight-highlight muka. So excited la beli benda ni sebab salesgirl tu cakap Booster Pen ni boleh buat jadi highlighter, concealer and bla bla bla. Before this memang tak pernah la pakai concealer bagai. This Booster Pen is not bad at all. Memang bagus sebab it's very light and doesn't crease. So far memang berpuas hati la dengan produk ni sebab all in one.
Cara Pakai : Aku pakai kat T-zone utk highlight and cover eyebags.
Harga : 150++
Kat Mana Boleh Beli? : Kaunter Dior
MUA (MakeupAcademy) 2013 New Blusher
Why Pieja Suka? : Smooth tapi a bit chalky bile dap berus kat pan. Sesuai untuk kegunaan hari-hari sebab murah.
Cara Pakai : Apply kat pipi dengan brush for blusher. Lolly, Candy floss, Bubblegum
Harga : RM10
Kat Mana Boleh Beli? : Online seller yang jual MUA Cosmetics
Why Pieja Suka? : Soft synthetic bristles, so kita tak perlu risau bulu ni daripada binatang apa kan.
Come together with brush cases. Warna warni so nampak sangat trendy! Affordable (dari MAC and Sigma Beauty brushes). No shedding bile cuci
Come together with brush cases. Warna warni so nampak sangat trendy! Affordable (dari MAC and Sigma Beauty brushes). No shedding bile cuci
Cara Pakai : Membantu dalam aplikasi solekan harian.
Harga : Vary ikut tempat and website.
Kat Mana Boleh Beli? : Shins and Online seller yang jual Realtechniques
Why Jumie Samsudin Suka? Produk ni boleh faik dengan Bobbi Brown Long-Wear Gel Eyeliner yang berharga RM180. Maybelline ni punya memang senang nak apply, tak kering (walaupun dah lama beli) and tak smudgy!
Cara Pakai : Lukis kat mata menggunakan brush dia. Tapi saya cadangkan u olls apply dengan fine eyeliner brush (beli asing) untuk dapatkan bentuk lukisan yang lebih kemas dan cantek.
Harga : RM20 ++
Kat Mana Boleh Beli? : Any Drugstore
Cara Pakai : After toner and moisturiser, bubuh benda ni sikit kat hujung jari dan sapu kat seluruh wajah.
Sesuai Untuk : Semua jenis kulit. (Tapi sapa yang kulit super kering tak berapa sesuai)
Harga : RM180 ++
Kat Mana Boleh Beli? MAC
Let Me Introduce
Perkenalkan rakan-rakan yang sudi membuat perkongsian informasi dengan I olls!
PojiePooh Abdullah
Umur : 30 tahun
Pekerjaan : Customer Service
Status : Berkahwin
Pieja Noor Peah
Nama : Nur Hafiezah Mohd Nor Peah a.k.a Pieja
Umur : 29 tahun
Pekerjaan : Setiausaha Pejabat
Status : Berkahwin
Edros Zubir
Umur : 19 (tipuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu disahkan oleh Jumie)
Pekerjaan : Papa kepada Imaan.
Status : Online
Nonie Suliaman
Umur : Muda lagi
Pekerjaan : Peniaga kecil
Status : Berkahwin
Jumie Samsudin
Umur : 30 tahun pada Mac 2014
Pekerjaan : Pekerja kerajaan / Pemekap Pengantin / Blogger
Status : Berkahwin
Kamarulhafiz Omar a.k.a Khafi
Umur : 29 tahun
Pekerjaan : Peniaga Kuih Kacang
sis :) kita guna scrub yang sama :) wangi...murah & semestinya me"WOW"kan di malam hari hahahaha
ReplyDeletei nak beli Dermalite Comedone Control Essence.. i scroll ur contact number x sure mane satu.. boleh contact i x? this is my number. 013-3339021.. tq
ReplyDeleteassalam nak tanya revlon coloursilk tuh serap air tak?
ReplyDelete