Tak kurang seminggu lagi kita akan menyaksikan acara yang amat akak tunggu tunggu sepanjang tahun (malah tiap tiap tahun) iaitu Anugerah Juara Lagu yang ke 28. Kalau ampa nak tau umur akak berapa sekarang ni? So tengok AJL tahun tu yang ke berapa tambah 1. Contohnya untuk 2014 adalah AJL28 so 28 + 1 maka umur akak adalah 19.
Haaa betul laa.....bukan typo error okay!!
So here goes the finalis untuk AJL28!
Click read more
- Penglipurlara by Hazama feat The Penglipurlara
I tak suka Hazama. Tengok muka dia otomatik dalam kepala otak aku kata, mamat ni muka poyo macam nak mintak penampak ja bak hiang. Tapi suara dia memang sedap tak dapat dinafikan. Jantan and mantap. Lagu ini juga unik dan sedap. Fun untuk didengar. :)
- Takkan Terpisah by Black
I sangat sukaaa lagu ni!!! Lagu ni ala-ala nyanyian kumpulan rock America okay. I memang feeling bila dengar lagu ni. - Bahagiamu Deritaku by Hafiz
Lagu ini sangat best!! Kalau keluar kat radio i akan nyanyi kuat kuat dalam kereta. Pastu ....Tan Chin Chin akan tepuk tangan. HAHAHAH celakoi tau Chin Chin ni. Lagu ini mengisahkan seorang insan yang difriend-zone oleh aweknya. Sedih u olls. Akak pernah kena friendzone. Memang rasa sangat duk pilu. - Aku Pelat by Salam Musik
Sangat bangga sebab rakyat Malaysia sekarang sangat open dengan lagu lagu anak muda yang memang luar daripada rentak cliche seperti POP ROCK dan Balada. Muzik ni ala-ala ska muzik kan? Kalau salah please mohon maaf ya. Lagu ini sangat popular di corong radio. Kalau persembahan pada malam itu boleh membawa goosebumps maka lagu lagu lain kena bewarela! - In Love With You by Noh Salleh feat Aizat Amdan
Tak pernah dengar lagu ni. Tapi lagu lagu yang kita jarang dengar dan tak berapa popular ni la yang bahaya diknon. Tau tau ja menang macam macam anugerah nanti. I suka suara Aizat. Memang sedap. Tapi bila ganding dengan Noh rasa macam suara Noh sedap lagi. - Bosan by Stacy
Lagu ni memang best. Dah la lagu ni lagu rancak. Sangat bestlaaaaa tak sabar nak tengok persembahan mantop mak ayam Sabah ni. - Kalau Aku Kaya by Altimate feat Awi Rafael
One of the iconic song for 2013. Siriesly pi mana pun orang akan tau lagu ni. Kalau aku kayaaa....kalau aku kaya. Yalah...di zaman semua barang harga naik. Kuih kacang pun harga naik. Make up pun harga naik. Haaa......kan best kalau kita kaya. Hari hari hari raya.... - Hanya Aku by Hyper Act
Lagu ni maca lagu rock tahun 90an. - Tanda Tanya by Azlan And The Typewriter
Lagu ni juga boleh membahayakan kepada para peserta lain kerana lagu ini dinyanyikan oleh Azlan yang mempunyai suara yang amat tinggi dan mantap. - Sahabat by Najwa Latif feat Sleeq feat Syamkamarul
Satu lagi lagu popular. Tapi i tak rasa lagu ini ada peluang untuk menang sebab lagu lagu lain jauh lebih kuat dari segi susunan muzik dan lirik. Lagu ni macam fun fun sahaja. - Ikut Rentakku by Jaclyn Victor
Ermm.....lagu ni..........bagi i sangat biasa biasa. Maybe sedap sebab Jacklyn yang nyanyi. Takdak yang menarik. How come lagu ni pi final? - Kau Yang Terindah by Alyah
Kita tak pernah dengar lagu ni. Alunan balada yang mendayu dengan lirik yang best haruslah menyengat. Tambahan pula dinyanyikan oleh Alyah. Aiiyooo tak sabar nak tengok kecantikan Alyah pada malam AJL nanti. Mekap mesti meletops.
Website rasmi : http://www.anugerahjuaralagu.com/ajl28/
tapi preview utk AJL28 agak serrr la bg saya..ala2 superheros bagai..tp superheros yg x menjadi..huhuhu
ReplyDeletesuperhero? bukan video game ka?
Deletebiasalaa depa nak try kelainan.. let us see the games they bring this sunday!