U olls tengok tak tayangan ulangan American Music Award 2013 yang berlangsung baru baru ini. Penganjuran event anugerah yang memang ditunggu-tunggu. Tidak dibayangi dengan apa-apa invasion, especially British Invasion, so...Adele boleh duduk tepi sengap sengap. This anugerah betul-betul menghargai hasil bakat penggiat seni muzik Amerika. I really like the shows tahun ini. SIMPLE tapi sangat puas hati dengan most all of the performances.
Jom tengok gambar fesyen and cerita pasai persembahan!!
Ampa suka mana?
Lady Gaga in Versace
Meletop mak ayam ni. Dulu dia pernah mai dalam sebijik telor. Lani dia mai naik kuda putih pulak. Walaupun kaedahnya kuda itu adalah kuda pelasu namun akak amat berbangga kerana mak ayam tingtong ini mampu tampil dengan gaya Lady Godiva yang amat meletops. Siapa mampu buat macam beliau?
Paling Meletops
Barisan depa yang dressap menepati taste I.


Rihanna in Jean Paul Gaultier
Meletop sungguh pompuan ni. Selain membuat persembahan yang amat meletops, beliau juga telah mendapat anugerah ICON yang merupakan anugerah pertama yang diberikan untuk retis yang mencapai tahap piawaian mutu keunggulan yang meletops. Mak memang sokong perempuan ini menang anugerah ini. Mempunyai gaya yang amat gangsterism tapi tetap vass. Good girl gone bad katanya. Hala u olls....sapa yang cukup gangster saja berani naik pentas amik award dengan baju dalam dan skirt labuh nampak seluar dalam dengan kepala penuh dengan PIN RAMBUT BESAK lagu tu? Kau mampu?
Taylor Swift in Julien Macdonald
Kan....................................selalu duk tampil sopan sajiokkk. Hari ini feeling sat dress pendek semua. Tapi kat tetek tu dia buat macam cut-out, tapi sebenarnya dia bubuh kain. Tapi i suka la. Rambut dia pun nampak ranggi.


Christina Aguilera in Maria Lucia Hohan
Aiiiyooooo! Sangat salute la perempuan ni dah kuruih dah. Setengah orang walaupun dia gemok dia tetap elok (contohnya I) tapi dia masa dia gemok dia tak elok wehs. Nampak macam badan dia nak pecah anytime. Anyway baguihla dia dah kuruih. Melepssss. Tapi tetek dia tetap besak.
Jennifer Hudson
Walaupun skirt ini nampak macam terkoyak di lutut ketika jatuh turun tangga, tapi bagi I olls dress ini amatlah sesuatu. I suka. Colour ini juga amat sesuai untuk mak ayam American Idol ini.
Sarah Silverman
Dress ni simple ja. Tapi warna tu meletops. Sesuai dengan dia and rambut beliau. I like. Walaupun dia seorang comedian, tapi cara pakaian dia yang simple but strong ini membuatkan dia diterima dengan 'siries'. BUKAN JOKE.
Naya Rivera
Kerlas Naya Rivera klivej yang amatlah menyentapkan.
U olls suka dia ke tak. Akak tetap suka dia. Dia berani and walaupun dia gila gila tingtong pakai seluak dalam tinggi dan suka jelir lidah tapi dia punya suara meletops. And i like dia tampil di red carpet pakai suit putih macam ni. Nampak smart tapi tetap menjahatkan gayanya dengan tidak memakai baju dalam.
Meletops mak ayam kita. Walaupun badan punyala kuruih rasa macam boleh bagi patah tapi dia tetap nampak vouge dengan dress cut out daripada EP ini.
Kendall Jenner in Keepsake
Aku suka la deni. Siries dia lawa. Dia macam Kim + Kourtney. Lawaaaa and mempunyai badan yang panjang. Perhatian kepada Kak Nah and Kak Ina yang suka duk feeling pakai eksesori banyak-banyak bila pi kenduri. Ampa tengok ni cara pompuan ni pakai eksesori, dress dia putih, dia pakai rantai ja nala besak. Subang dia pakai senonet kecik ja. Gelang apa semua takdak. Kak Nah and Kak Ina, kalau pi dinner syarikat, mana ja tempat yang buleh gantung....depa nak gantung semua.
Kylie Jenner
Seluar dari Giambatista Valli dan baju dari Maiyet. Fun and muda :)
Ciara
Fesyen macam ni dah biasa dah depa pakai mai. Walaupun ala-ala kain getah berlubang macam mana ka, tapi tetap vouge la bagi I.
Casper Smart
Amboiiii anak ikan JLO. Makin elok dia lani. Akak lebih suka bila mempunyai sedikit rambut begini. Dia nampak lebih matang. Bila u olls nak kawen dengan JLO? Kalau u olls kawen, buat pre wedding photoshoot dekat PARIS LONDON BALI dak? giiichuuuu
Yang Suam Suam Kuku
(Untuk depa yang dressap biasa biasa ja)
Katy Perry in Oscar De La Renta
Dress kawen kawen ni adalah potongan klasik. Tapi rasanya warna ni macam tak berapa naik untuk Katy Perry. Dia kan selalu pakai warna warna terang ala-ala gula gula tu. But i like her clutch, bentuk buku!

Guiliana Rancic
Mak ayam ni rasanya baju dia pakai untuk jadi pengacara kat E Channel lagi lawa daripada baju ni. Baju ni membuatkan dia nampak lagi kuruih kedekiang. Orang volapsyes pakai dress ni mesti nampak vas.
J.Lo in Zuhair Murad
JLO and Zuhair Murah memang amat sinonim. Tapi macam dah biasa sangat tengok mak ayam pakai dress ketat ala-ala nampak kulit kat dalam dengan jigna....boring la.
Jordin Sparks
Boriamnya ... tak usaha ka?? Macam beli dress kat online ja.

Jenna Ushkowitz
Erm.....erm....erm......i donch like the hair. Dye dye oren karat sikit tu memang sangat 90 an. Dress ni simple. Warna dia cun.

Nelly
Biasa ja. Denila rapper bangang yang pi tulis tweet kata dia terkejut bila penonton yang mai tengok dia perform kat Malaysia ni boleh nyanyi sama-sama dengan dia sedangkan kita ni tak pandai English sangat. Satu Malaysia duk maki dia balik kat Twitter. Adakah dia boleh kata orang Malaysia tak reti bahasa Inggeris. Ni, English kami lagi baguih daripada hang. Takdak ain't semua. HAHAHHA (Dulu aku masa form 4 tulis essay guna perkataan ain't....sangat pengaruh hiphop)
Brandi Cyrus
Untuk tiga retis kat atas ni, kalau u olls tak cukup hot, jangan pakai warna putih pi red carpet. U olls tak stand out.
Joan Jett
NEXTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

Lil' Mama
Deni pun mami jigna jugak. Dress ni dah elok. Kombinasi hijau yang sedondon dengan rambut dia agak kerlas jugak la. Tapi dia feeling pi bubuh belt ada berlian tu. Sangat mami mastora Penang.
Ariana Grande
Umok deni 20 tahun. Badan kecik gila. Tapi feeling pakai kain labuci buat dress macam ni. Maybe sebab dia nak bagi sesuai dengan persembahan nyanyian dia yang ala-ala diva lampu tos kot belakang tu. Tapi for me, potongan dress ni tak kena. Dia kena pakai something yang sesuai dengan body dia yang kecik ni. Ampa tengok dia amik award lari terkedek-kedek dengan dress ni rasa macam budak sekolah curi curi pakai dress mak dia.
Aubrey O'Day
Dah macam nak pecah daaa aku tengok baju ni.
Rachel Smith
Perempuan ini adalah model. Tapi dress yang sangat kain kusyen ini telah membuatkan dia tidak nampak model langsung.

R. Kelly
Deni tah apa-apa ......................apron sapa la dia pakai kot dalam. Pastu duk buat cool isap curut dengan spek mata.
Marc Anthony
Deni dressing maca Rahmat Mega pi AIM. HAHAHA
Keltie Knight
Kalau gadis gadis sunti pakai dress bulu ayam ni mak boleh terima lagi. Kalau akak-akak setaraf Betty Benafe ni, macam tak sesuai je.
Zoe Saldana
Deni selalu pakai baju yang merapu. Nampak macam kain perca mak aku dulu nanti sambung sambung buat sarung teko. Deni buat baju.
Heidi Klum in Marchesa
Dalam IG mak ayam ni nampak meletops. Tapi bila tengok macam ni adalah sangat serr pulak. Baju ni nampak murah. Kalau dia suruh designer Project Runaway dia buat baju kat dia lagi meleps.
Kelly Osbourne in Rami Al Ali

Ke$ha
Mak ayam ni kata kat Twitter dia, baju dia tak cantek sebab cara orang amik gambar tak betui. Nyah.....ngaku sajala baju hang tak kena. Baju ni takdak pinggang. Hang wanita agam. Kena buat potongan bawah tektek. Ala-ala princess cut gitu. Sekian.

Ke$ha
Pompuan ni terlalu mencuba. Silala cari imej yang jitu sikit.
![]() |
Emma Roberts in Lanvin
Hareee deni punya baju macam kain serkup kereta. Ikat kat pinggang jadi dress. Tapi yang penting dress ini dari Lanvin. Aiiiiyooo sangat.
|
Chilli and T-Boz
Akak, dah kertu-kertu ni harap-harap bersabar la. Masa ampa perform takpalah ampa dressap macam dulu dulu nak bagi orang ingat ampa TLC, tapi kat red carpet pakai la macam mak-mak sikit. Ni macam aunty aunty pi dinner kilang ja.
Zandaya
Pontianak baru cucuk paku...so muka dia jadi maknusia.
Sumber : DailymailUK




































Kak jumie..kami paling minat and suka kat Christina agulera...dia sangat cantik :-))
ReplyDeletepastinya komen2 kak jumie yang sangat malatop...i suke tgk komen u dr tgk baju2 depa lalalalalallalalaa
ReplyDeleteJumie, ASK2013 tak bt review utk baju ka... km syoq la baca review hampa
ReplyDeletenanti buat untuk ASK2013 da lama kak jumie xbuat review fesyen retis melesia
ReplyDeleteHaha... Marc Anthony mmg sebijik Rahmat Mega... Hahahahahaha....
ReplyDeleteLawak gila Marc Anthony mcm rahmat mega pi AIM.. Adehhhh nangih aku gelak..love the review!
ReplyDelete