Minggu lalu, Pusat Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian ataupun PEACE UNIT USM telah menganjurkan THE USM Peace Week 2013 dengan tema "Peace is Our Culture". Macam-macam aktiviti yang dijalankan dalam minggu itu. Syarahan, forum, malam kebudayaan dan akhir sekali Konsert Perdamaian yang menampilkan penyanyi yang amatlah tersohor di Malaysia ini iaitu PAPA ROCK MALAYSIA, Mr. Ramli Sarip.
Macam-macam aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini termasuk konsert, seminar, workshop dan paling penting adalah Syarahan Umum sempena Pelantikan Profesor Dr. Kamarulzaman Askandar (Prof Zam), pensyarah dalam bidang Sains Politik di PP Sains Kemasyarakatan dan juga Penyelaras di Peace Unit USM. Menjadi satu kebanggaan dan penghargaan buat diri saya apabila Prof. Zam sendiri request agar akak menjadi MC untuk beberapa majlis bagi minggu tersebut. Kerlas tak?
Alhamdulilah, kawan-kawan USM memuji presentation saya sebagai emceee dan lebih terharu apabila my new boss Puan Ajindar juga datang ke majlis kami dan dia pun puji kata "Suara u sedap sebagai emcee.." kembang semangkuk :)
![]() |
| Dr. Chandra Muzafar in the house! |
![]() |
| Persis gadis (gadiskah?) Pinoy tak? |
And at the end of the show, sebuah kumpulan Jazz yang bergelar De Leon Jazz Experience yang merupakan sebuah kumpulan muzik anak-anak dan bapa yang berasal daripada Philippines tapi telah menetap di Malaysia for 20 years. Anak-anak dia semua lahir kan sinila. Ketika itu, saya berpeluang untuk menyanyi dengan kumpulan muzik hebat ini dengan mendendangkan sebuah lagu kesukaan seluruh rakyat Philippines. Lagu ni kira kalau nak banding macam Belaian Jiwa from P Ramlee kat Malaysia la. Lagu yang mempunyai klass yang tersendiri. Gitu. Kat bawah ada video ampa tengok sendiri.
![]() |
| Pose lagi with the dancers. |
![]() |
| The talented De Leon Jazz Experience. Sangat bangga and PUAS apabila dapat perform dengan pemuzik berbakat. |
Okay, pada malam kemuncak Minggu Perdamaian 2013 ini, seperti yang akak tulis kat tajuk atas tu berlangsunglah Konsert Perdamaian featuring RAMLI SARIP. Sapa tak kenal Ramli Sarip, sila tutup window blog akak ni and blah dari sini. Haaa...beliau adalah seorang seniman yang amat disegani di Malaysia dan lebih sinonim dengan gelaran Papa Rock of Malaysia.
Pada mulanya, akak hanya ditugaskan sebagai MC untuk event ini dan akak juga diminta oleh Prof Zam untuk nyanyi la sebuah atau dua buah lagu sebagai pembuka majlis. Gitu......akak okay jer. Pada malam tu, Prof Zam juga akan menyanyi. Akak pun adalah getis-getis tanya kat Puan Nurazrina a.k.a Kak Ina (tulang belakang operasi Peace Unit USM) "Kak...tanya la PA Ramli Sarip...boleh ka saya nak nyanyi dengan dia. Doa Buat Kekasih," tanya saya kepada Kak Ina in one of our meetings.
She said "Okay..nanti Kak Ina tanya,"
So akak pun tunggu punya tunggu. Takmaula berangan tinggi and announce sana sini kata akak nak nyanyi dengan Ramli Sarip kan? Takut satgi dia tak sudi, kat mana akak nak letak muka akak yang persis terung ungu ni? So bila dah confirm (which pada petang event tu jugak!!) baru akak berani post kat kawan-kawan semua.
Akak punya happy jangan cakaplah. Petang tu masa rehearsal, Ramli Sarip tak turun ke Dewan Budaya, beliau hanya menghantar team produksi beliau. Depa yang check sound semua. So akak tak berkesempatan nak jumpa beliau. And malamnya before event starts baru Ramli Sarip mai. Dia duduk la dalam bilik menunggu. Kawan-kawan Peace Unit pun suruh akak masuk bilik tu, akak macam nervous hareeeeeee!
Akak masuk bilik and perkenalkan diri akak kepada beliau yang kelihatan sangat santai and sedang bermain gitar. Dia sangat seperti yang akak gambarkan. LIKE MY FATHER iaitu Abang Manap, tua tapi masih steady and rambut panjang.
"Assalamualaikum, nama saya Jumie. Saya yang akan jadi emcee untuk event satgi," kata akak.
"Waalaikum salam....ooohhh..Jumie akan nyanyi dengan saya nanti...." kata beliau. Pastu belum sempat dia kata apa apa lagi. Akak terus kata ;
"Aha...okay -okay saya tunggu di luar ya..saya nervous,"
Pastu akak terus keluar dari bilik tu! I dont know why i act like that. Serrnyaaa diri aku rasa. Ya Allah malu okay. Akak siap dengar dia kata "Kenapa nak nervous pula?" tapi akak tetap belah. Akak sungguh malu dengan diri akak sendiri. I was never like that! Ampa pun tau kan akak ni over confident???????
So kami tak prektis pun and tak bincang apa pun pasai persembahan. Oh mai god. Tolonglah hambamu ini.
And event pun berjalan seperti yang dirancang. Orang ramai datang memenuhi Dewan Budaya sampai tak cukup tempat duduk. Ada yang duduk atas tangga. But its okay. Dipendekkan cerita, akak yang duk stenbai tepi tirai pentas kira duk tunggu sahaja anytime Ramli Sarip akan panggil akak. And yes, he called me out. And tiba tiba....dia bagitau dia ajak nyanyi secara akustik. Gituuuu!
Akak maintain cool u olls. And Ramli Sarip pun sangat sangat cool and guide me through out the singing. Alhamdulillah semua okay. Cumanya.....kerana akak terover nervous bagai...akak rasa menyesal sebab after the song we sang together, akak takdak pun feeling buat buat tanya "Macam mana okay tak saya nyanyi abang Ramli...." kan?? Baru meriah u olls. Tengok apa komen beliau. Tapi akak sebab feeling nervous and segan depan dia, akak teruskan dengan program konsert yang seterusnya. Sampai lani akak menyesal!!
![]() |
| Setelah siap mendragkan diri akak? |
![]() |
| From my Insta (@jumiekhafi) : Confirm!!! Tonight!! Saya akan nyanyi dengan Papa Rock Malaysia, Ramli Sarip. Pengalaman yang tak akan saya lupakan!! #happy #usm #ramlisarip |
![]() |
| Ramli Sarip in the house!!!! #usm #dewanbudaya#happening #rock |
Love,
Jumie Samsudin












As Salam. Jumie. Chandra Muzaffar, bkn Muzahar :)
ReplyDeleteNoted! Sorry lambat reply. :)
Deletesedap sora Jumie :) mmg key jumie kah tu?mcm rendah sikit khenn?apa2 pon kalo ahkak yg kompom lupa liriksss
ReplyDeleteYes...u are right. Masa nyanyi dengan lagu Ramli Sarip dia bagi key rendah sikik :)
DeleteSalam Jumie.. I think namanya Chandra Muzaffar.. cuba double check.
ReplyDeleteThanks u olls! Kita baru edit ni. Sorry la lambat reply.
Delete