2.1.13

Jemputan Rasmi untuk berlakon dalam teater Jane The Musical

Hello u olls,  

Akak baru dapat emel ni taksat dan REALLY MADE MY DAY.  Ampa baca sendiri.

Dear Datin Seri Toh Puan Jumizah Samsudin A.M.N., P.J.K., P.P.S.K. 
Berikut dilampirkan Skrip Teater Muzikal Jane. Seperti yang Datin Seri Toh Puan sedia maklum, amatlah besar maknanya bagi pihak kami seandainya Datin Seri Toh Puan sudi mendukung...maksud saya...melakonkan watak Mrs Rochester. Lagu yang Datin Seri Toh Puan akan nyanyikan pula ialah lagu Seksis oleh Anita Sarawak yang liriknya akan ditukarkan ke dalam bahasa inggeris. Untuk pengetahuan pihak Datin Seri Toh Puan juga, teater muzikal ini merupakan kolaborasi dengan SMK Convent Greenlane di mana terdapat empat watak yang akan dilakonkan oleh pelajar-pelajar dari sekolah berkenaan. Hal ini tidak lain dan tidak bukan demi mendapatkan sponsor publisiti yang akan ditanggung oleh pihak sekolah terbabit. Tarikh perancangan pementasan adalah seperti berikut :

17 Mac 2013 : Bump-in
18 Mac 2013 : Full dress rehearsal
19 Mac 2013 : Matinee & Show
20 Mac 2013 : Matinee & Show
21 Mac 2013 : VIP Show

*Matinee merupakan pementasan petang yang akan setat pukul 2.30 petang untuk tontonan pelajar sekolah. So bleh wat light2 jah !!!
*Show pula merupakan pementasan seperti biasa iaitu 8.30 malam di mana akan disaksikan oleh pelajar USM, staf dan orang awam. Bleh wat light2 jah jugak !!!
* VIP Show merupakan pementasan yang akan dihadiri oleh VIP yang masih belum diputuskan lg. Kemungkinan besar ialah Naib Canselor. Ini merupakan pementasan yang penting. Tapi kita buat light2 jah jugak !!! hahaha...

Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 5 pementasan yang light2 jah !!! Tiket akan dijual pada harga RM 10 dan RM 20 utk beberapa seat VIP.
 
Kesudian pihak Datin Seri Toh Puan menerima pelawaan ini kami dahului dengan ucapan terima kasih serta hugs and kisses.

Sekian. =)

3 comments:

  1. tahniah.heheh...saya rasa mcm mnk menurunkan diri ke Penang bagi menyaksikan lakonan YBhg. Datin Seri Toh Puan Jumizah Samsudin..hehehehe...tambah plak bawak lagu seksis..sgt melambangkan akak giteww..hhehehehe...

    ReplyDelete
  2. katanya dah request tukar lagu tu Zainal....rahsiaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala....huhuhu..so kena dtg tgk la nh baru tau lagu apa ek..hehehe..

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com