9.1.13

28 Soalan untuk Jumie Samsudin Sempena Birthday Jumie Samsudin





Hello u olls,

Akak nak ucap terima kasih banyak-banyak kepada u olls semua yang telah memaksa rela diri u olls semua untuk menghantar soalan-soalan cepu emas kepada i olls sempena besde i olls bulan 3 ini. Walaupun u olls terpaksa rela untuk menghantar soalan-soalan ini apabila akak mencatu artikel ULASAN ANUGERAH JUARA LAGU 27...BARULAH U OLLS TERKETAK-KETAK NAK ANTAR KAN!!

Anyway....thank you so much u olls.

Untuk pengetahuan u olls semua, semua soalan-soalan yang kak terima adalah lebih kurang 44 soalan semuanya!! Gituuuuuuuuuuu. Tapi akak hanya pilih 28 soalan yang meletops. Bukan sebab soalan-soalan lain tu tak best....SEMUANYA BEST. Tapi ada soalan yang dihantar tak boleh dijawab secara pendek dan ringkas dan ada juga yang pernah akak jawab dan ulas sebelum ini.

Kepada soalan-soalan yang tidak terpilih untuk projek "28 Soalan untuk Jumie Samsudin Sempena Birthday Jumie Samsudin".......jangan risau....akak tetap akan membalasnya dalam post post yang lain. Khas untuk u ollls....LAGI MELEPS KAN?

Tahukah u olls bahawa semua soalan-soalan iniakan dijawab melalui video? Yes!! Akak akan menjawab melalui rakaman video. I olls pun tak sabarr nak setat merekod video. Semua video itu akan dirakam dalam situasi yang berbeza. Tengah masak, masa nak tidur, masa nak makan, masa duk tulis blog, masa berjimnastik...I and En. Khafi juga merancang untuk shooting di tepi sumingful ala-ala majalah Mangga...hahahahaha...

Pastu semua video itu akan dihantar ke KL dan diedit oleh seorang rakan yang mempunyai kepakaran dalam editing video ni.

So again, thank you so much kepada u olls semua yang menghantar soalan-soalan kepada i olls.

Kepada u olls yang kekwat dan tetap maintain menjadi silence reader YANG DUK BACAAAAAAAAAAAA SAJAAAAAAA TAK PERNAH KOMEN APATAH LAGI NAK MENGHANTAR SOALAN-SOALAN KEPADA AKAK.....SATU JE AKAK NAK CAKAP KAT U OLLLS ---- "Ampa ni semua sedihla......aku tulis blog panjiang panjiang....buat kuih kacang, bercumbu dengan suami, kerja kat USM...semuaaa mampu. Ampa semua disuruh tanya satu soalan pun susahhhh"

Sekian, love u olls semua, tampa anda siapa lah BLOG JUMIE SAMSUDIN.  Terimalah sekeping gambar akak pose kekwat dengan spek mata ala ala Anjelina Jolie.



Jumie Samsudin,
Lambang Kecantikan

3 comments:

  1. berjimnastikk???,..nyaris2 i terbaca berjimak...#fengsaaaaannnzzzz

    p/s: soalan sepentot aku itu haruss dijawabs hokkayy ..ahakss ;)
    apapun weols tak sabar tggu video meletopsss uols dear marhayam ku sayang...i lapyu shomuchh muahhh!!

    ReplyDelete
  2. Maapla aku dari dulu sampai la ni memang blur bab2 nak tanya soklan... Melainkan mintak pendapat kot penah la kan... Hahaha

    ReplyDelete
  3. jumie, i rasa bila u dah buat video ni nanti, mungkin ada company tivi yang akan offer you all buat show "tanya jumie~~~" hahaha...
    best of luck dear!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com