11.12.12

Resah Gadis Agam : Antara Kekasih Hati dan Kawan-kawan


Dear Kak Jumie, 
Saya di sini nak mengadu masalah.  Saya adalah dalam kategori wanita agam.  Saya sedang study di universiti tempatan.  Saya elok saja di sini pada mulanya.  Kemudian terdapat seorang kawan sejurusan lelaki yang kami (budak-budak perempuan) selalu duk usha.  Saya dan kawan-kawan usha dan minat kat dia sebab tersangat lah khendu (macam En.  Khafi gitew..)

Putih..tinggi..caring and macam-macam lagi.  Tapi saya takdak feeling cos sedar akan diri ini.  Yang pakai baju apa pun tak elok.  Then nak buat cerita macam mana ka saya dan budak lelaki tu menjadi rapat dan selalu ber 'SMS'.

At last tamat sem 2 dia kata dia suka saya dan ajak saya ber'couple' orang putih kata.  Tapinya saya belum ready dan dia tetap menunggu.  Saya rasa saya ni tak layak untuk dia.  Meanwhile kami still berjumpa macam kawan rapat dan akhirnya saya setuju untuk  'couple'.  No harm done.

Pada mulanya kami merahsiakan dari kawan-kawan kerana saya tahu ke'obses'an kawan-kawan saya padanya,  Hinggalah akhirnya kami kantoi semasa berjalan-jalan di Mid Valley.  Berita ini sangat hot dan merebak dengan cepat 'spread like wild fire' gitew. 
Akhirnya saya disisihkan dari kawan perempuan dan mereka tidak mau berkawan dengan saya. Dan mereka juga dengan terus terang berjumpa saya dan mengatakan yang kami tidak sepadan.   Saya sangat sedih Kak Jumie.  Saya ada bertanya dia kenapa memilih saya dan katanya saya yang paling memahami dia dan dia merasakan saya amat menarik di matanya tetapi saya sayangkan kawan-kawan saya dan pada masa yang sama kini saya memang betul-betul telah jatuh hati pada dia yang baik hati.  
Untuk pengetahuan Kak Jumie berat saya 75kg sedangkan dia cuma 60kg.  Saya rasa betul-betul down dan nekad nak kuruskan badan. 

Yang  benar,
Shuhada

Hello u olls,

First of all,  tahniah atas percintaan u olls dan lelaki kendu ala-ala En.  Khafi gitu.  U olls,  akak tidak terkejut kalau ada lelaki yang taste dengan kita yang agam ini walaupun actually depa boleh pilih mana-mana pompuan kurus and cantek-cantek gitu.  Akak ada ramai kawan-kawan perempuan yang agam yang mempunyai pelbagai cerita cerita indah they olls bercinta dengan BF/ suami they olls.  So why not???? Why nott!!  Yang penting u olls confident jaaaaahhhh!

Mulanya,  akak ingat kawan-kawan perempuan u olls sentap dengan u olls sebab u olls merahsiakan hubungan u olls dengan si lelaki kendu itu.  Tetapi bila akak tau yang depa confront hang dan kata “Hang tak sepadan dengan lelaki tu,”  maka akak terus pereng dan rasa macam nak pi maki budak budak tu.

Akak tanya adik En.  Khafi (yang kebetulan ada sebelah akak masa akak menaip artikel ni) “Adik,  kalau hang…hang nak buat apa dengan budak budak perempuan macam tu?”

Pastu adik jawab “Adik pi kat diorang adik kata……KAU HADOOO???”  Gituuuuuu adik ipar akak.  Very theeeeee sekarang.  Itulah hasil apabila cuti 3 minggu duduk dengan kakak ipar yang berjiwa pondan.

Tapi u olls….tak baik buat gitu kat kawan kawan u olls tu.  Yelah,  depa semua tetap kawan baik u olls.  Cumanya buat masa ni,  akak tak tau kenapa depa nak marah sangat dengan u olls dan BF.  Bukankah sebagai kawan baik,  kita kena saling support each other and always makes each other feels good.

Nasihat akak ada dua  :

Yang pertama (yang baik baik sikit)  :  Buat masa ni u olls just go with the flow.  Like u said,  u makin sayang your BF but at the same time u masih sayang pada kawan-kawan baik u olls tu.  So,  kalau akak jadi u olls,  akak terus bercintan-cintan dengan my BF but at the same time akak cuba sedaya upaya untuk kekalkan hubungan baik dengan kawan-kawan I olls itu.  Cubalah untuk ambik hati they olls balik,  selalu contact contact depa,  buat baik dengan depa…(u know apa yang depa suka kan).  And at the end of it,  insya allah……depa akan faham yang u olls berdua memang couple siries punya J

Yang kedua (nasihat ni macam jahat sikit)  :  Hang go on with your life with your BF.  Buat tak tau kat kawan-awan baik u olls semua tu.  Tak payah nak mengampu depa,  tak payah nak buat benda yang menyenangkan hati depa sahaja,  sebab in the first place….awat depa langsung tak senangkan hati u olls?  At the end of the day,  satu hari mesti depa mai cari u olls balik.  Percayalah.  Been there done that u olls. 

Tapi apa pun u olls buat,  ingatlah……………..TAKDAK SAPA PUN YANG AKAN JAGA HATI KITA SELAIN KITA SENDIRI.  Putus cinta,  putus sahabat,  jatuh cinta lagi  berbaik dengan kawan-kawan lama………semua itu adalah sebahagian daripada drama-drama swasta yang aka nada dalam hidup seorang remaja.  Just enjoy u olls. 

Sekian sahaja pesanan dari akak.  Kirim salam kat BF kendu u olls itu.  Kata kat dia,  dah kata hang sayang kat GF hang,  pi la back up GF hang sikit depan perempuan-perempuan tu.  Haaaaaa…….gitu.

Last but not least……………………NOHOROMMMMMMMMMMMMMMMMMM hang berat baru 75kg tapi duk buat macam berat 300kg.  Takdak agam sangat la pun.  Ngadas-ngadas ampa ni.  Just sebab aku agam….ampa semua nak jadi agam.  Berat tak sampai 90kg jangan berani panggil diri hang wanita agam.

ps/  Tapi kalau nak diet tu,  dietlah elok-elok.  Buat sebab kesihatan diri sendiri.  Jangan duk makan supplement mahal-mahal or beli korset tu semua……..just rajin-rajin eksesais. 

Love,
Jumie Samsudin
Lambang Kecantikan

11 comments:

  1. Pada saya la kan, kawan-kawan dia tu bukanlan kawan yang baik. Kawan yang baik tak kan pernah utk sakiti hati kwn dia sendiri. Dorg akak bagi support to each other dan mendoakan kebahagian masing-masing. Macam saya, pernah kwn sy bercinta dgn laki yg salah iaitu suami org, kami xpernah boikot dia, cuma kami nasihatkan dia. Biar dia pikir sendiri kesan tu.

    Nasihat saya plak, cari kawan lain. Seorang kwn yg baik akan jd tulang belakang kita. Peace.

    *skema plak komen aku ni. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yessssssssssssssssss betui.....................tapi apa pun....dia ni bukan wanita agam. Berat dia tak cukup.

      Delete
    2. Kak, adik saya berat 55kg pun fefeling agam katanya. Benci haku! Saya yg 85kg ni chill je. Haha

      Delete
  2. annoying lah rasa dgn kawan2 dia...ketara sgt dengki..maybe diorang tak gojes macam shuhada tu kot..hehehe

    ReplyDelete
  3. saya setuju dengan u "myrainbowdreams"
    mereka bukanlah kawan yg baik...penuh hasad dengki...maknanya mereka tak sehebat kamu..so pilih jelah nasihat ahkak jumie yg kedua..alahai lagipon ramai lagi yg ikhlas nak berkawan ngan kita...itu bukan kawan susah nangis bersama namanya...ingat senang ke org nak jatuh suka ngan kita..org yg menjadi rebutan pulak tu...danggg....hehehe

    ReplyDelete
  4. im a 110kg n 175cm girl. very agam. saya pernah faced this kind of problem before. it either shuhada gonna get wayyyyy better friendship from other or they gonna come back to u. tak perlu sedihlah. Allah kan ada. :) . La tahzan.

    ReplyDelete
  5. Tak semua lelaki nak pompuan macam Kate Moss ataupun Channel Iman - Regina Ibrahim

    ReplyDelete
  6. apa punya tak comei perangai kawan lagu tu. kalau dia x approve sebab 'tak sepadan' sebab perangai laki tu huduh, tu namanya caring. kalau sebab rasa x match dari segi rupa, tu namanya hasad dengki.

    go on with BF la (dengan menjaga batasan syarak), dari pemerhatian, kawan2 sama belajaq ni, tak lama kekal. sikit ja akan stick sampai tua, nanti dah start keja, ada life sendiri, kawan tinggal kat fb ja. tapi dalam masa yg sama, kawan ja ngan kawan2 cam biasa, Ramaikan kawan, jangan limit kat BFF ja.

    ReplyDelete
  7. Ni la pasalnye time aku blaja dulu tak penah ade kawan pompuan... Tapi nasib baik jugak la kos aku amik pon sangat limited pompuan... Memang tak heran la kawan2 aku semua laki...

    Well, amik je nasihat jumie yg no.2 tu. kalo dorang btol2 kawan baik, mesti dorang support u... Kalo dorg tak suka u couple dengan that guy sebab dorang cakap tak sepadan, sila la cari kawan2 lain utk dibuat kawan senang susah. Bukan apa, andai kata u dgn that guy takde jodoh, dorang la antara orang yg paling sakan gelakkan u kat belakang. Serious.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com