7.12.12

Konsert Kembara Orkestra Tradisional Malaysia bersama OTM dari Istana Budaya

Click on the picture for larger view.

Dengan segala hormatnya,  tuan/puan dijemput beramai-ramai ke Dewan Tunku Syed Putra,  Universiti Sains Malaysia,  Pulau Pinang untuk menonton persembahan Orkestra Tradisional Malaysia dari Istana Budaya yang julung-julung kali membuat persembahan di USM bersama artis undangan STACY AF,  Norihan Saif dan juga Jack Dzul.

Turut menyerikan pentas persembahan adalah penyanyi tempatan dari USM seperti Ramnah Ramli,  Andy Siti dan juga Norazizah Rusli diiringi dengan pemuzik seramai 50 orang (pelbagai instrumen moden dan tradisi digabungkan dalam persembahan yang menarik ini)

Konsert ini akan diadakan pada  :

Tarikh  :  Jumaat,  14 Disember 2012
Masa  :  8.30 malam 
Lokasi  :  Dewan Tunku Syed Putra,  Universiti Sains Malaysia,  Pulau Pinang

Tiket masuk berharga RM10, RM20, RM30 boleh didapati di Pejabat Am,  Pusat Pengajian Seni, USM.

Sebarang pertanyaan hubungi 04-6533621 atau 04-6533415

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com