Hello u olls,
Kerlas tak tajuk yang I olls tulis
ini. Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas…..memang KITA
SEMUA HANYA NAK DENGAR NASIHAT YANG KITA NAK DENGAR SAHAJA.
The reason akak cakap ini adalah kerana
akak nak kongsi pengalaman akak sendiri.
Bila u olls ada masalah, siapa u
olls pergi untuk luahan perasaan dan minta nasihat? Suami?
BF? Kawan? Kawan baik?
Kawan kerja? Mak? Sesiapa pun…..tapi pernah tak u olls hadapi
situasi ini :
U ada masalah….u cerita kat satu orang
iaitu KAWAN A. Tapi KAWAN A tu bagi nasihat yang tak menyedapkan
hati u olls. So u olls pi mintak nasihat
dengan orang lain iaitu KAWAN B. Dan
orang itu pun bagi benda-benda yang menyedapkan hati u olls. In the end,
KAWAN A dijauhkan kerana dia menyakitkan hati u. Dan KAWAN B menjadi your new best
friend…..walaupun hakikat….benda benda yang menyedapkan hati u olls itu mungkin
bukan membawa kebaikan kepada diri u olls.
Haaaaaaaaaaaaaaaaaaa…………pernah tak u olls
terfikir macam tu?
Marilah kita sama-sama kita muhasabah
diri. Yes, sapa yang nak dengar kritikan dan benda yang
‘buruk’ tentang diri sendiri. SEMUA
ORANG TAK MAU. Tapi hakikat, truth hurts u olls. Akak pun sama. Even sampai now pun…..kalau hang bagi
kritikan dan bagitau kelemahan diri akak….AKAK MASIH SUSAH NAK TERIMA
HAKIKAT. Namun, macam mana susah pun…Akak kena belajar untuk
cope dengan benda tu. Dan bila kita tau
kelemahan kita, dari situlah kita
belajar untuk perbaiki diri kita dan cuba untuk jadi yang lebih baik.
Kalau kita tak mau dengar nasihat yang
BURUK tentang diri kita. Kita nak dengar
nasihat yang bagus sahaja………………...in the end kita stuck dalam era yang sama
sampai bila-bila. And macam mana kita
nak grow up?
Dulu ampa perasan tak kat blog
akak? Akak tulis macam ni…..ANON-ANON
YANG TULIS KOMEN ADALAH SAMA MACAM THEY OLLS YANG BALING BATU SEMBUNYI. Lebih kurang macam tu la. Tapi,
kawan baik akak Asmaa telah tegur akak.
Dia kata…actually cara akak tu salah.
Sebagai seorang blogger akak kena bersikap terbuka. Akak tulis apa yang akak rasa benda tu
betul. Tapi orang lain yang ada
nilai-nilai hidup dia sendiri mungkin tak setuju dengan pendapat akak. Walaupun orang itu ANON, tapi orang itu ada point dia sendiri.
Kak Asmaa juga tegur dan nasihat akak
sebab akak suka maki-maki balik depa yang suka komen ANON kat blog akak. Kak Asmaa kata, akak ni macam poyo ja macam tu and macam
blogger murahan yang suka bergaduh dan tak boleh bertoleransi dengan perspektif
orang lain.
Mulanya akak marah dan terus mendiamkan
diri. Akak sentap sangat bila kena
teguran macam tu. Akak rasa macam Kak
Asmaa ni saja-saja nak bagi akak pereng dan dia cuba suruh akak jadi orang lain
yang BUKAN DIRI AKAK YANG SEBENAR.
Akak amik masa lama juga untuk digest
apa yang Kak Asmaa cuba untuk berikan kepada akak. Alhamdulillah…walaupun susah lani akak dah
berubah (I think). Akak dah tak berapa
pereng kalau orang komen secara anon dan in fact, kalau ada orang yang cuba berikan komen yang
bercanggah dengan pendapat akak, akak
lebih relaks dan secara otomatik ‘berkata’ kepada orang itu “Thank you so much
for your comment. U tak salah, and I pun tak semestinya betul. I sangat hormati perkongsian u olls,”.
Kalau u oll perasan dah setahun lebih
akak tulis kat blog akak pada ruangan sebelum komen iaitu ‘Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com”
Thank you Asmaa and Nonie and Aishah
too.
Ada banyak lagi contoh lain yang lebih
kurang sama dengan situasi ini. Berlaku
pada diri akak dan juga teman-teman yang lain.
Begitu juga kepada u olls yang pernah menghantar soalan dan luahan
perasaan kepada akak di blog ini. U olls
minta tolong akak berikan pendapat dan nasihat.
Semestinya, akak jawab
seikhlasnya dan mungkin JAWAPAN, NASIHAT
DAN PENDAPAT AKAK bukan sahaja menyakitkan hati u olls malah membuatkan u olls
sangat-sangat tersentap dan tidak mahu membaca blog akak lagi.
Tepuk dada tanya selera u olls.
Sekian.
Yang ikhlas,
Jumie Samsudin
yup..betul apa yang akak tulis ni..setiap orang ada pendapat yang berbeza..kadangkala kritikan tu baik untuk kita menambahbaik diri kita..terpulang pada kita macam mana nak terima..
ReplyDelete