14.12.12

First Time Rasa Syiok Tengok Bersama Mu TV3

Hello u olls semua,

Terus terang,  akak tak suka tengok rancangan TV3 iaitu Bersama Mu TV3.  Sebabnya adalah seperti berikut :
  1. Nanti akak duk sedih dan duk terpikiak tentang depa-depa yang susah tu sampai dua tiga hari.  Sampai akak rasa terganggu untuk menghadapi sehari-hari dengan normal.  Amat terganggu apabila kita boleh hidup senang lenang,  tapi pada masa yang sama..........BERAPA BANYAK SANGAT YANG KITA BOLEH NAK TOLONG?  Kita ni pun cukup-cukup makanlah apa saja rezeki yang Allah bagi hasil daripada titik peluh dan kerja kudrat kita.
  2. Keduanya,  akak akan rasa tak ikhlas bila tengok orang yang mendapat bantuan ni.  Pikiran negative akak adalah,  "Depa ni....duk dapat bantuan semua...apa depa buat?  Dapat duit,  duit habis macam tu ja.  Dapat makanan,  hari ni ja lah makanan sedap.  Dah habis benda tu semua?  Apa yang nak jadi lepas tu?"  Sebab akak duk ingat selama ni,  program Bersama Mu TV3 hanya semata-mata bagi duit tapi takdak pendedahan kepada benda lain kepada si penerima bantuan.
Minggu lepas,  akak tertengok kisah Bersama Mu TV3 sebab tak tau pasaipa.  Allah memang saja nak suruh akak tengok kot.

Hari tu dia tak tunjuk kisah kisah baru tentang orang susah nak menaruh bantuan daripada kita semua.  Tapi dia tunjuk satu keluarga daripada Temerloh Pahang yang telah berjaya keluar dari belenggu kemiskinan.

Akak memang sangat bangga dan happy bagi pihak keluarga Puan Noreda ini.

Google balik catatan peribadi daripada blog Mazlin Chik Inn Nordin,  wartawan TV3  :
Antaranya kisah Kak Noreda Dai dari Temerluh
Pahang yang 4 daripada 5 anaknya menghidap
Talasemia dan perlu terus bergantung dengan ubat.
Kak Noreda dan suami hanya menoreh
getah dan sering ke pinggir danau dan sungai
berhampiran rumahnya mencari ikan dan
sayuran kampung untuk menambah pendapatan. 
Rentetan anak sulungnya yang sedih bila mengetahui
adik beradiknya perlu mengikat perut dan hanya
menikmati ubi kayu sebagai santapan harian, benar
benar membuat airmata saya mengalir. 
Ia berlaku kerana ibunya ingin memastikan
anak sulongnya berjaya dalam pelajaran dan menjadi
pembakar semangat kepada adik beradik yang lain.
Alhamdulillah tatkala kisah keluarganya disiarkan,
ia terus mendapat bantuan bukan saja dari Tabung
Bersamamu sumbangan dari masyarakat Malaysia
malah orang perseorangan tanpa mengira
bangsa dan agama turut menghulurkan sumbangan.

Tapi selepas mendapat bantuan daripada orang ramai serta pendedahan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh pihak TV3,  Puan Noreda sekeluarga telah bangkit dan dengan menggunakan akal fikiran,  mereka kini adalah satu keluarga contoh.  

Duit sumbangan yang orang sedekahkan, depa beli kambing dan buat macam-macam kerja sampingan lagi. Sekarang, depa ada rumah, kereta, kambing berekor-ekor, anak semua graduated dari IPT tempatan and paling meletops Puan Noreda kata dalam bank dia mesti ada at least RM5000 untuk hal-hal kecemasan. 

Gambar ehsan dari FB page Bersamamu TV3
KANDANG KAMBING YANG MENGUBAH KEHIDUPAN NOREDA MENJADI USAHAWAN KAMBING YANG BERJAYA.
WARTAWAN AINUL FATEHAH MENEMUBUAL NOREDAI DAI
KELUARGA BAHAGIA NOREDA DAI

Puan Noreda dan suami pun dah selesai menjalankan ibadah umrah pada tahun ni.  And dua anak gadis beliau telah pun tamat pengajian di sebuah IPTA dan telah pun berkahwin u olls.  Masa kenduri kahwen,  meletops siap khemah-khemah semua.....ORANG TV3 semua mai!!

Apa yang dipaparkan oleh Bersamamu TV3 dan semangat dan kebijaksanaan yang dimiliki oleh Puan Noreda sekeluarga memberikan semangat kepada kita semua untuk teruskan hidup.  Membuang rasa jelek dalam sanubari insan lain (seperti aku) yang tak suka bila bantuan yang diberikan kepada mereka yang betul-betul memerlukan disalah guna untuk memuaskan nafsu sendiri.  Sampai bila pun tak akan berubah.  

Yes,  bukan kita tak pernah dengar kan?  Keluarga-keluarga susah yang dapat bantuan daripada mana-mana pihak,  duit bantuan yang diberikan....buat beli motor...buat pergi shopping. Membazir jah.  Bila duit dah habis??????? Orang pun dah naik meluat.  

Tahniah kepada Puan Noreda. Diharapkan semua mereka yang pernah mendapat bantuan dari mana-mana pihak, ada mentaliti sebagus Puan Noreda. Nak harap bantuan orang sampai bila-bila mana boleh!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com