4.8.12

Dear Kak Jumie : Tips Menambah Keyakinan Untuk Orang Kurus

Hai Kak Jumie,

Saya ni dah lama juga baca blog Kak Jumie.  Tapi hari ni baru rasa nak minta pendapat Kak Jumie.  Saya try tulis dalam ejaan yang elok sikit.  *katanye kak jumie tak suka short form.


Saya ni sekarang student di IPTA.  Baru masuk tahun 3 dan sepanjang 3 tahun ni jugak selalu rasa sakit hati.  Masalah saya ni sebab badan saya yang terlalu kurus.  Kalau kira BMI memang underweight lah.  Tambah lagi disebabkan saya tinggi dan faktor keluarga yang memang jenis badan kerangka besar,  lagi la jelas-jelas nampak kurusnya saya.  Dulu masa sebelum masuk universiti takde pulak rasa sakit hati sebab jarang orang tegur.  Mungkin sebab saya dulu tak duduk asrama jadi orang tak pernah tengok badan tanpa baju.  Badan saya memang kurus style boleh buat gitar.   

So bila masuk uni,  duduk asrama,  kawan2 saya tak abis-bias duk cakap saya ni kurus la keding la.  Saya tak kesah sangat kalau jarang-jarang tapi sebab dah selalu,  sakit hati jugaklah.  Bila tengah jalan dorang duk tepuk punggung saya pastu mula la cakap "Ko ni keding ar punggung pun takde'.  Rasa macam nak je letak punggung saya ni kat muka diorang bagi tengok ada ke tak.  Dalam bilik pulak saya memang jenis suka duk baring atas katil,  dorang mai masuk bilik pastu baring sebelah saya pastu duk komen-komen tulang pinggul terkeluar la.  Sedih sangat sebab saya since form 3 lagi dah usaha nak naikkan berat badan tapi macam ni juga la.  Ubat gemuk toksah kata la macam-macam susu, pil da penah ambil.


So ape pendapat Kak Jumie cara nak tingkatkan konfiden orang kurus and maybe boleh bagi tips-tips orang kurus.  Tips pakaian ke tips pemakanan ke.  hehe Thanks kak jumie.  Am looking forward to hearing from you =)


Yang benar,
Kurus Buntu


Dear Kurus Buntu,

Nenjia....lepas 2 bulan baru akak membalas emel hang ni.  Please jangan panah petir kat akak.  Akak punya duk pi carik info dan inpirasi untuk menulis pasai kes hang.  Yela....akak kena mencari inspirasi sebab akak tak tau macam mana rasanya menjadi kurus.  HAHAHA.  Nak buat cam na,  tengok la sepupu akak Kak Beyons.  Keturunan kami memang dilahirkan ker-vi-syes u olls.  Bak kata En.  Khafi  "I punya wife...dia punya **** boleh letak botol coke tak jatuh oooo!"  HAHAHAH mursibat suami akak itu.

Akak pernah menulis satu artikel kepada satu pembaca blog yang meminta penasihatan yang sama iaitu tips untuk menaikkan berat badan.  Tapi penulisan akak masa tu sangatlah main-main dan tak boleh diguna pakai sangat.  Hang boleh baca sendiri kat sini  : Dear Kak Merr : Tips naikkan badan


Pemakanan dan Eksesais
Untuk pengetahuan u olls,  suami akak adalah seorang fitness consultant (walaupun hakikat bini sendiri pun tak berapa nak fit).  Dia tak boleh tolong bagi banyak sangat tips kepada u olls kerana semua orang mempunyai tubuh badan yang unik dan tersendiri. 

En.  Khafi mensarankan u olls untuk mengunjungi mana-mana fitness centre yang berdekatan and minta they olls memberikan konsultansi kepada u olls.  But first,  they will ukur berat u,  ketinggian u,  tanya u ada penyakit ke tak,  and maybe suruh u try apa-apa mesin fitness (yang terdapat di jim tersebut) and depa nanti tanya apa fitness goal hang.  Apa maksud fitness goal?  Fitness goal tu kira apa tujuan/objektif kecergasan hang?  Ada yang nak kuruskan badan.  Ada yang nak bagi badan rasa best lepas bersalin.  Ada yang nak betulkan badan lepas eksiden.  Ada yang nak bagi gemok macam hang! Daripada data yang mereka kumpulkan,  barulah depa boleh berikan cadangan eksesais dan juga jenis pemakanan yang hang patut ambil.  And of coz,  depa nanti pujuk la suruh hang masuk jim depa.  Jadi ahli u olls.

I know its quite ekpensive,  tapi siriesly dalam semua jenis perancangan kecergasan badan yang ada susu awal lembu la,  nyah toksin la,  korset infra red la,  slimming centre la.....paling bagus sekali adalah amik pakej keahlian jim + fitness instructor adalah yang terbaik.  Sebab yang ni betul betul effort kita daripada senaman yang betul,  bukan bergantung kepada bahan-bahan bantuan. 

I know its quite expensive,  but since you  are a student,   hang boleh minta student price selalunya way more murah.  (Tapi kalau lani dah grad....akak mintak mahap sebab lambat balas emel hang).


Sebagai tambahan kepada point ini,  akak teringin nak tau hang ni jenis makan banyak ka?  Kalau hang jenis makan banyak tapi tak naik berat badan.  Maknanya hang ada saka dalam badan.  Sila pi jumpa ustaz mana mana tengok apa jin duk tumpang dalam badan.  Kalau dah clear tu semua.  Takdak jin takdak saka tumpang,  so maybe dia ni jenis metabolism tinggi.  Orang yang high metabolisma ni,  makan banyak mana pun,  badan hang active mencernakan semua lemak lemak itu so hang takleh gemok.  Pi buat research pasai benda ni.

Keyakinan Diri melalui Cara Fesyen Yang Betul
Dalam hal-hal keyakinan diri,  siriesly cara pemakaian dan fesyen kita boleh memberikan BOOST OF CONFIDENCE kepada diri kita.  Akak akan memberikan beberapa tips fesyen untuk orang kurus macam u olls.  Hope ini dapat membantu u olls  :
  • Tak semestinya memakai baju yang berjenama ya.  Kelebihan orang kurus adalah baju untuk orang badan macam u olls tak lah sesusah kami yang berbadan agam ini.  Terkini,  akak suka BRANDS OUTLET kedai pakaian yang ala-ala konsep OFO tu.  Untuk lelaki ataupun perempuan,  dia sediakan baju size XS juga pada harga yang sangat berpatutan.  Akak tengok baju casual ada,  baju pi kerja pun ada.  Eksesori pun ada.  Go check it out.
  • Beli baju yang sesuai dengan size badan u olls.  JANGAN PAKAI SIZE BESAK.  Memakai baju besak tidak akan membantu u olls untuk kelihatan lebih besar.  Tapi u olls akan nampak macam duk berenang dalam baju sendiri.  And please jangan pakai muscle tee,  baju yang takdak lengan tu.  Serr! 

  • Banyakkan jenis baju yang berpatern seperti kemeja,  sweaters dan jackets.  Jangan pakai t shirt biasa yang terlalu simple.  Kalau nak pakai t shirt sahaja (round neck,  turtle neck,  v neck,  colar) make sure u olls pakai dengan something else on top, like cardigans or vest.  Layering seperti ini bukan sahaja nampak u olls lebih smart malah u olls akan nampak lebih bulky. 


  • Kalau u olls nak pakai jackets ataupun sweaters,  pilih jenis yang ada shoulder pads.  Sebab shoulder pads akan bantu u olls nampak tegap.  TAPI JANGAN PAKAI JEKET ATAUPUN SWEATERS BERSHOULDER PAD BESAR MACAM LADY GAGA.  Sebab nanti u olls nampak macam burung.


  • Apa sahaja tops yang u olls pakai,  shirs,  t shirst,  jacket,  sweater etc ; make sure labuhnya melebihi paras punggung u olls.  Bukan untuk mengelakkan kawan u olls tepuk punggung u olls,  tetapi kalu u olls pakai baju yang singkat,  akan membuatkan u olls nampak lebih kurus dan renjong.  U dont want that.


    Nota tambahan  :  PI CHECK SAT KAWAN HANG YANG DUK TEPOK PUNGKUR HANG TU....JANTAN BETUI KA TU?  SILAP ARIBULAN PLU U OLLS! 
  • Pakailah warna yang cerah/ lighter shades kerana warna gelap akan menguruskan u olls lagi.

  • Elak pakai corak yang berbelang straight ke bawah.  MELINTANG TAKPA.


  • Jangan pakai skinny jeans kerana u olls akan nampak lagi kurus kedekiang.  Walaupun skinny jeans sangat IN sekarang ni.  Pakai classic cut jeans macam dalam gambar di bawah.


  • Pakai kasut yang round point.  Maknanya depan kasut tu bentuk bulat / round.  Jangan pakai yang terlalu muncung.  Tak sesuai untuk u olls.
Sekian sahaja tips yang akak boleh share dengan u olls.  Ingat,  kalau ada orang duk raba-raba pungkur u olls lagi,  jangan bagi can dah,  sila tonyoh pungkur u olls kat muka depa.

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com