1.8.12

Cara Membuat Capati

Hello u olls semua,

So buka puasa apa hari ini?  Hari ini akak ingin mengajar u olls semua cara-cara membuat roti capati.  Roti capati adalah sangat menyihatkan dan bagus kerana cepat kenyang dan tidak berminyak.  Akak masa buat capati ini,  akak uli-uli dan bakar duk dapat dalam 5 keping sahaja.  Pastu akak pikiak,  "Takkan nak buat 5 keping?  Aku 3 keping...Khafi 3 keping....ermm...buat lagi la satu adunan...biar lebih,"  gituuu.  So akak pun uli lagi satu adunan.  Ting tong tiang...nenjia...dapatlah dalam 15 keping.

Sekali,  bila dah hidang semua,  kami makan SEKEPING sahaja (satu keping diameter lebih kurang inchi) nenjiaaaaaaaaaaaaa kenyang teruihhhhhhhh!  Rasa macam sebu teruih.  Dahsyat sungguh capati ini.

Capati ni paling best untuk dinner.  Antara lauk-lauk yang sedap dimakan bersama capati adalah sayur kacang buncis goreng bersama telur,  kentang rebus digoreng bersama rempah kari,  kari sardin,  kari ayam atau daging ataupun apa-apa sahaja kuah ikut cretiviti ampa semua.


Kalau kita pi kedai capati rasanya sekeping dah nak dekat RM1 macam tu.  Im not sure.  Tapi dengan sebungkus tepung roti capati segera yang kita boleh beli kat kedai mamak nenjia.....boleh dapat 15 keping macam I.  Sebungkus tu baru RM5 macam tu.

So jom kita tengok cara-cara nak buat roti capati.

Capati

Bahan-bahan :
225 gram tepung atta
1 sudu besar minyak sapi
125 ml air suam
Secubit garam
Sedikit minyak sapi, untuk dilenser pada capati
Sedikit tepung atta, untuk proses mencanai

Cara-cara membuat :
  • Masukkan tepung atta, minyak sapi dan garam ke dalam mangkuk.

  • Tuang sedikit demi sedikit air suam sambil menguli sehingga menjadi doh. Uli doh selama beberapa minit.

  • Masukkan doh ke dalam mangkuk dan tutup dengan sehelai kain basah/ lembab dan biarkan selama 30 minit.



  • Bahagikan doh kepada beberapa bebola kecil.
  • Tabur sedikit tepung atta di atas papan pencanai dan canai nipis setiap bebola kecil.

  • Panaskan kuali. Letak sekeping doh yang telah dicanai nipis tadi. Apabila doh telah bertukar warna dan mula kembung di beberapa bahagian, terbalikkan.
  • Selepas beberapa ketika, terbalikkan sekali lagi. Tekan perlahan-lahan bahagian yang kembung pada capati menggunakan sudip/ spatula (boleh nampak bahagian lain akan kembung juga).
  • Terbalikkan roti sekali lagi. Bila dah masak, lenserkan permukaan atas roti dengan sedikit minyak sapi.
  • Angkat dan letakkan di dalam bekas bertutup yang telah dialas dengan paper towel. Pastikan bekas sentiasa ditutup kerana wap yang terhasil akan membuatkan capati lembut.
  • Ulangi sehingga kesemua doh selesai.

    OKAY!! My capati may not be the prettiest tapi rasanya memang sedap.  SEKIAN!!!  Jangan duk kutuk kata awat capati aku tak ilok.
  • Hidangkan dengan kuah kari atau kuah kegemaran anda.
Resepi ini diambil dari :  Aznanie.blogspot.com


LAKI SAPA NI BELENGAIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH.

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com