12.7.12

Menyanyi Bersama Australian Youth Band sempena Gala Performance Georgetown Festival 2012

Hello u olls!

Hari itu akak telah dijemput oleh Mr.  Joe Siddek untuk sama sama bernyanyi bersama Australian Youth Band Northern Star sempena Gala Performance Georgetown Festival 2012 di Dewan MPPP,  Pulau Pinang.  Dewan MPPP yang lebih dikenali dengan nama MPPP Town Hall adalah satu dewan yang terletak di dalam sebuah rumah agam di tepi Padang Kota Lama.  Ampa kalau pi Padang Kota Lama,  kan ada dua rumah agam style British-British tu.  Haa...kat dalam situlah.  24 tahun duduk Penang.  tak pernah akak masuk dalam bangunan itu.  Dan dalam program ini,  akak berpeluang untuk menyanyi di dalamnya.  Menyanyi pulak dengan anak-anak mat salleh yang semuanya kendu-kendu belaka.

 
Ini pose penari ballet depan poster before naik ke atas dewan. 

Sorry gambar tak clear.  This picture taken with my Blackberry.  Dress ini akak beli dari Jessabella Plusize Stealz.  Ampa patut beli kat dia.  Harga pun sangat meletops.  Only RM79.  Kain lycra net yang sangat cantek.  Dan ada drapping di dada ya.  Nantilah akak buat photoshoot lain untuk menggayakan dress ini.

 
 
Sorry kualiti gambar yang akak amik tak begitu memberangsangkan.  But if you got the chance to visit this spectacular hall,  u will be AWEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE...for like 5 minit.  Cantek okay.  Sangat British!

Australian Youth Band (AYB) adalah sebuah pasukan marching/ochestra band yang disertai oleh anak-anak muda Australia.  Age limit mereka adalah 25 tahun.  So yang dah kertu dari 25 tahun semua terus jadi penolong dan pembantu untuk organize this group.  Depa punya conductor nama dia Mr.  Richard O'Toole.  Walaupun depa semua muda jelita,  tapi sekali depa main!!  PERGHHHHHHHH akak ternganga selama 5 minit dan 7 saat.  Walaupun kita ni yang bodo-bodo dalam music dan duk dengar music pun sekadar layan lagu yang kita download free dari internet,  bila kita dengar music dimainkan secara live daripada AYB,  terus meremang bulu roma u olls!  Perfect.  Budak budak ni sangat profesional.  Tak nampak pun depa 'terpaksa' untuk main game ni.  Depa nampak sangat enjoys.  Itulah orang kata,  main music dari hati bukan dari note-note music (tulisan taugeh),  sampai boleh meremang bulu roma orang yang mendengarnya.

Para penyanyi bersama Mr.  Richard O'Toole.  Masa ni akak tak pakai red lips and buat rambut lagi.  Gitu.
Bayangkan punya best depa main,   depa dapat dua kali encores!  And depa pun sangat supporting...depa main dua lagu tambahan!  Meletops.


So,  dalam program world tour mereka,  AYB telah menyinggah di Malaysia.  Depa pi KL,  pi Ipoh dan Penang.  Masa mula-mula depa email kat kami semua list lagu yang depa boleh main,  depa mintak kami pilih.  Daripada 8 lagu yang depa email,  boleh kata 7 lagu akak boleh nyanyi dan teringin nak nyanyi.  Dan akhirnya,  depa reply balik akak kena nyanyi satu lagu saja iaitu New York,  New York.  Mereka main lagu New York,  New York dan meraka email kat akak.  Bukan MIDI MIDI ya...depa antak betul betul rakaman depa main.  So sangat senanglah akak yang buta kayu dalam bacaan taugeh ini untuk mempraktis nyanyi.

Curtain call moments,  Mr.  Joe Siddek and Mr.  Richard O'Toole duk panggil i berdiri tengah tengah.  Segan okay.......
Tapi yes,  lepas tu...akak duduk tengah pun.  Feeling Dato'  Siti sat....
Sila focus kepada bahagian belakang akak....mantap kan?? Walaupun dari jauh.
Adik-adik kendu yang berdisplin! 

So,  pada hari persembahan,  kami bertemu seawal jam 3pm di Dewan MPPP.  Dah la akak terkejut tengok Dewan MPPP sangat meletops.  Tiba tiba tengok depa perform punya la best! Akak punya seksaitedddd nak nyanyi dengan depan.

Alhamdulillah,  sekali praktis dah okay.  Then pada malamnya kami pun membuat persembahan.  They were another 3 singers yang menyanyi bersama akak.  Depa semua muda muda jelita.  Akak sorang jer macam feeling muda jelita.  Akak penyanyi ketiga.  Alhamdulillah masa nyanyi,  dapatlah 5 orang bagi standing ovation.  Yang lain tu,  depa tepuk kuat kuat.  Tapi kira meletopslah.

Bersama Louise and Siew Win,  stage manager dan producer untuk program ini.  Meletops u olls berdua!!

 Bersama Christine,  orang kuat Joe Siddik.

Satu lagi post tunjuk lengan oleh akak and the girls.

Apa pun,  saya sangat happy dengan experience yang diberikan ini.  I hope boleh masuk dalam SKT kerja kerana ini sumbangan kepada aktiviti kerajaan negeri kan.  Boleh kan?

Sekian,  enjois the music video :)


Love,
Jumie Samsudin

5 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com