Marilah mengorder kuih kacang mazola dari I dan Danny. Kami buat business untuk mendapatkan sedikit wang saku sempena raya. Kami buat satu kuih saja sebab kami tak profesional sangat. Tapi rasa kuih kacang ini subhanallah memang sedap sebab ini resepi moyang saya iaitu Nenek Rodal.
1 balang 60 biji RM20
3 balang 180 biji RM50
Nak order?
PM me / Danie Harmizi
or
Jumie
Watsapp / SMS 0124130060
Danie
Watsapp / SMS 0124560028
ps/ Untuk orang Penang dan yang nak mai Penang saja. Sebab susah nak courier. Kueh kacang adalah sangat lembut seperti orang yang membuatnya. Nanti dia akan hancok.
Thanks semua!
So...orang luar Penang semua. Silalah tatap gambar ini dan rasakan air liur anda mencair di dalam mulut.
Satu balang. Ada 60 biji.. Di susun dengan kasih sayang.
Sampling yang kami buat. Insya allah from time to time saya akan buat more sampling. Kalau mau....please PM me...
Inilah
business partner saya. Gambar kat belakang tu dalam frame tu...adalah
gambar penaung kami. HAHAHa...Abang Manap In The House!
Dia ni pembantu khas kami dari Naratiwat. Tapi dia balik dah kampung...ps/ amboiii bulu tangan dia.....banyak.
Kueh kacang yang telah dibakar. Sedang ditunggu untuk disejukkan sebelum proses pembungkusan.
Ini adalah tangan mawas yang duk curi kueh
kacang kami. Sekali dia gagau boleh mencecah dua biji sekali. Sebab
tangan dia besak.
ps/ Tu tangan laki I, En. Khafi.
ps/ Tu tangan laki I, En. Khafi.
Testimoni daripada Asmaa Aljuned :"Sapa yang tak penah makan benda
ni memang tak akan paham macam mana benda kecik tak comey ni ada rasa
sedap gilaaaaa...tapi sebab aku PERNAH, aku cam kancing gigi tengok
benda ni. Tapi aku dan kakak kembaq aku dah penah kena ketok kepala
ngan jumie. So kami kena kontrol nafsu.. dan jadi org baik2," Asmaa pernah tolong saya buat kuih ni masa zaman sekolah dulu.
Ampa mesti duk rasa macammana kacang ni cayak dalam mulut ampa just by seeing this picture kan? HAHAHA me gusta
OKAY BYE SEMUA!! Terima kasih.
terliur, takot klo kurier spi sabah d hancus plak.
ReplyDelete