20.7.12

Dear Jumie : Dilema Mahu Berkahwin Lagi Selepas 3 Tahun Menjanda

Assalammualaikum Kak Jumie,

Semoga Kak Jumie sihat sejahtera hendaknya.

Kak, saya nak tanya pandangan akak, saya adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun. Saya dah 3 tahun+ dah hidup single, tahun ni baru je ade BF.

Camni kak, tahun ni, BF saya ni ajaklah setel down, tapi saya tak confident la kak. Saya takut nak kawin semula, nak harung jadi isteri, anak menantu semula. Sebab kisah dulu yang sebabkan saya jadi macam ni.

Macamne kak ? Saya suka gak kat dia. Tapi biler dia sebut bab kawen ni. Cuak laa. Jadi, saya nak minta tolong pandangan ikhlas akak, apa yang perlu saya buat dengan perasaan tak menentu ni.  Boleh kak Jumie.

Terima kasih atas nasihat yang akak berikan..

Love U,

Sue Salleh
Saja buh gambar tangan tua.  Kalau dia sayang,  dia tunggu.

Hello u olls,

Like my Mama Gina used to say,  wanita yang pernah berkahwin dan selepas itu bercerai,  mereka akan berkembang menjadi seorang yang wanita yang lebih cantek dan lebih matang.  Kerana lebih cantek kerana depa lebih bebas dan free untuk mencantikkan diri depa kepada cara yang depa lebih suka.  Like kalau dulu masa kawen,  laki tak bagi mekap tebal tebal,  so now depa akan mekap over over sikit macam depa suka.  And kalau dulu,  depa pakai tudung macam makcik-makcik sikit,  and after cerai nenjia depa akan pakai turban terus!  Meletops.  And maybe jugak,  dulu masa kawen,  duit asyik tak cukup sebab kena spedo laki,  so bila dah bercerai duit tiba-tiba ada banyak lebih,  boleh la beli baju baru and mekap bagai!

Wanita yang dah menjanda juga akan menjadi lebih matang sebab depa dah harungi dan lalui pelbagai kesusahan dan  rintangan yang depa hadapi sebelum,  semasa ataupun selepas mereka berpisah dengan suami mereka.  Betul tak u olls?

So,  dalam kes u olls.  Its good that you take your time untuk akhirnya mempunyai BF.  Tapi,  tak semestinya because u olls now dah ada BF dan u sayang dia sayang and dia ajak u kawen,  so u kena kawen lagi sekali.  Lagi pun,  u olls pun dah tau dah....macam mana liku liku perkahwinan.  BUKAN SEMATA-MATA PAKAI BAJU CANTEK,  NAIK PELAMIN DAN PI BUAT PHOTOSHOOT KAT TENGAH-TENGAH LALANG.  

U olls dah tau dah perkahwinan tu macam mana.  CINTA SEBELUM KAWEN DAN CINTA SELEPAS KAWEN IS TOTALLY 360 DEGREE PUNYA PERBEZAAN.  So,  when u are not ready!  Means,  u are not ready!  So if u say,  u cuak nak kawen lagi,  so let it be.  Jangan paksa diri sendiri.

Or maybe,  kalau ada orang kata kat u olls "Ala...why not!  Tryla........maybe this BF ni bagus.  Dia sure boleh jaga u punya,"  OKAY TAKPA.  Tapi siriesly,  u olls kena consider dah benda benda dan risiko risikonya.  Kalau u olls betul-betul bersedia untuk menerima apa pun jenis risiko yang menimpa,  kahwinlah.  WHY NOT!

So,  its up to you u olls!  Ada juga orang kata,  buatlah sembahyang istiqarah bila hati kita ragu-ragu dan kita tak tau jawapannya.  SO U OLLS TRYLA............tapi bagi akak.  Kalau mula-mula pun dah tersembul kata CUAK...baik tak payah la u olls.  Baik duk sengap sengap sat.

Kalau BF u olls tu sayang u betui betui,  dia tunggu u sampai u betui betui ready.  GENTLEMAN LA BRO.....apa barang main paksa-paksa pompuan ni.  Kalau dia ugut u,  "I kawen orang lain la kalau macam ni..."  Aiiiiyoooo!  Kalau laki i kata cam tu,  haruslah aku reply balik kat dia "SO WHAT?"  Tapi pikiak betui betui ya nak amik nasihat i ni.  Apa pun keputusan di tangan u olls.  Who am i to judge u.

Cinta tak semestinya kena kawen.  Kawen pun bukan semata-mata sebab nak buat seks secara halal.  THINK ABOUT IT.

Love,
Jumie Samsudin yang KAK NAM.

3 comments:

  1. Kalau dah ada jodoh tidak kemana.. :-) Saya doakan Sue Salleh bahgia hendaknya.

    Tuah

    ReplyDelete
  2. buatla solat istikharah. kdg2 benda yg kita tak suka..tak semestinya tidak baik utk kita. Allah lebih mengetahui segalanya.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com