22.7.12

Dear Jumie : Makcik dan Pakcik yang Busuk Perut

Salam Mok, 

Aku nak cerita pasai makcik/pakcik aku yang macam sial.  Ni pasai makcik aku iaitu adik kepada mak aku.  Aku tak tau pasaipa deni sentiasa tak puas hati dengan aku.  Sebagai anak menakan aku just hormatkan pada yang tua.  Since mak aku dengan aku ada masalah,  depa dah mula berubah.  Jahat mana mak aku,  depa akan kata mak aku perfect,  sekarang depa kata aku yang jahat.  Mak aku pi karoke tak salah,  tapi aku dok pi tempat macam tu kononnya berdosa.  Aku tak tau pulak yang dosa ni hanya jatuh kepada anak2.
 

Ni aku nak cerita pasai mula-mula aku mengandung.  Aku teringin nak makan buah nam-nam so aku fon la sapa-sapa yang dok kat kampung,  minta tolong carikan.  Aku bukan nak free,  aku akan bayaq walaupun sebiji RM10.  Padahal buah ni tak laku,  juai pun tak dak orang nak beli. Hang tau makcik aku kata apa  "Ee tak mau la aku minta2 kat orang sebab hang yang nak makan, tak kuasa aku".  Aku kata, bukan nak minta free aku bayaq.  Kalau hang malu nak minta just bagitau kat mana nanti aku mai minta beli kat orang tu.  Then dia pertikaikan tentang kandungan aku

Makcik aku kata “Aih baru kawen dah mengandung?  Menantu aku 2-3 tahun kawen pun tak mengandung.  Berapa bulan hang mengandung?

Aku jawab  “Nak masuk 2 bulan,”

Then dia replied  “Hang kawen 2 bulan,  mengandung 2 bulan.  Hrmmm macam ada yang tak kena.  Tak dak orang yang kawen-kawen terus lekat aih (dalam erti kata yang lain dia nak tuduh aku mengandungkan anak luar nikah.)

Untuk pengetahuan hang,  dia ni banyak komen tentang majlis kawen aku kononnya membazir, dia tak puas hati aku buah kat kondo, alah macam kondo tu aku yang punya.  Aku pun tumpang kat dewan di bawah rumah kondo kakak angkat aku.  Kakak angkat aku dan keluarga angkat aku lah yang tolong aku masa majlis pernikahan dan kenduri doa selamat aku dan suami.  Makcik aku ni juga mengata kata makanan tak sedap la.  Semua tak kena tapi depa 6 beranak pulun tak ingat2.  Tu pun bagi duit kenduri RM5.  Bukan aku nak mengikut.

Makcik aku ni suka cakap pasai agama kononnya dia sembahyang 5 waktu sudah tentu dia ahli syurga.  Tapi untuk kesenangan dia, dia lupa semua tentang hukum agama.  Dia ni tak leh tengok kalau aku pakai barang kemas, sure tanya macam-macam.
 

Dia tak puas hati bila laki aku bagi mas kawen berupakan rantai emas.  Siap tanya berapa harga.  Tak baik kalau mas kawen banyak-banyak,  RM80 dah cukup. Siye! hampa tak dak duit sebab tu boh mas kawen RM80!  Bukan nak menghina tapi aku geram sangat-sangat.

Pada satu hari paksu aku nak kawen then tak cukup keta nak pi hantaq pengantin,  depa suruh aku mai. Kawen pulak hari Khamis. Aku pun keja.  Senang-senang depa suruh aku amik cuti.  Aku cakap la,  laki aku keja,  aku kena minta izin suami aku dulu.  Dia kata,  alah tak yah minta izin,  biar la dia keja hang amik cuti mai sini bawak kami.  KATA PANDAI PASAI AGAMA TAPI TAK TAU HUKUM AGAMA,  aku cakap,  aku tak leh mai kalau suami aku tak izinkan.

Satu lagi bab penjagaan mak aku.  Suami aku tak benarkan aku jaga mak aku.  Dia hanya benarkan aku tegur tapi tak boleh bawak balik rumah atau bawak mak aku pi mana-mana tanpa kebenaran dia.  Aku terpaksa akur sebab syurga aku dibawah tapak suami.  Makcik aku dok sebok suruh aku berbaik dan ambik mak aku,  aku dah bagitau suami aku tak bagi.  Depa kata tak yah dengar cakap suami hang semua tu dosa,  syurga hang bawah tapak kaki mak hang.  (Mok can u explain apa hukum depa pakai?)

Semlm aku admitted ward sebab keguguran so aku SMS bagitau saudara mara yang aku dah selamat cuci dan insyallah malam nanti dah leh balik.  Semua saudara/sepupu reply yang baik-baik cuma makcik aku tanya "Kena brape?"

Aku pun reply RM1200.  Dia reply,  “Wah banyak duit,  kalau tak dak duit cam kami ni susah le yer.  Kenapa nak kena pi swasta?”

Aku terus tak jawab  “Suka hati aku la nak pi hospital mana pun.  Aku memang nak pi GH tapi depa kata selagi tak turun darah jangan mai, 3 hari 3 malam aku sakit,  laki aku pun tak leh tidoq. Dia pun  suruh aku pi swasta sebab nak respond cepat.  Fam mertua aku yang tak sukakan aku pun suruh dia bawak aku pi swasta,  kalau tak cukup duit bagitau depa,  depa akan tolong.  Tudia hang tengok.  Depa lagi mulia dari makcik aku.

Satu lagi kisah pakcik aku,  iaitu adik kepada mak aku.  Dia pun buta perut dok paksa-paksa aku ambik mak aku.  Tu tanggungjawab anak lelaki (adik aku),  depa kata dak.  Anak pompuan yang kena jaga mak.  Lani pakcik aku tu kalau kita SMS apa-apa dia tak akan reply.  Cuba kalau hang bagitau hang tengah kaya,  depa nanti mai meneru meneram berkampung kat rumah hang.

Lani aku tak paham dengan masalah-masalah saudara aku.  Depa kata depa pandai agama tapi depa jahil sebenarnya.  Aku cuma hormatkan depa sebagai makcik dan pakcik aku.  Tapi depa begitu taksub dengan tali persaudaraan.  Oleh kerana aku ada masalah dengan mak aku dengan sisihkan aku.  Lani depa kata aku anak derhaka akan masuk neraka,  tak tau la pulak neraka itu dijudge oleh depa.  Now suami aku dah tak bagi aku pi rumah depa atau call depa.  Laki aku hanya benarkan aku bersaudara dengan fam angkat aku.  Sebab selama ni pun,  hanya keluarga angkat aku yang melayan aku sebagai seorang anak kandung,  seorang kakak,  dan seorang adik.  Depa tolong aku macam-macam.  Aku kena ikut cakap suami aku sebab syurga dibawah tapak kaki suami kan.

TQ mok sebab sudi dgr rintihan aku ni.

Yang benar,

Qasidah Baharom



Hello u olls,

WOW!  Family matters.  Best-best.  I suka dengar kisah-kisah masalah family kat Melesia ni.  Macam-macam ya.  Sebab antara adat,  agama,  budaya dan cara hidup kita,  macam-macam pendapat dan cara yang keluar.  Ini adalah antara contoh-contoh masalah yang ada.  Thank you Qasidah kerana mengeshare kisah ini dengan kami semua.  I olls amat menghargainya.  So di sini,  i olls telah point out beberapa isi penting.  Mohon input dan responds daripada semua orang yang membacanya.  Kalau ada apa-apa nak ditambah,  dipersilakan.

But,  first of all.  I olls ingin mengucapkan takziah kepada u olls dan keluarga yang terpaksa mengalami saat-saat genting ini.  Its okay,  Allah amik satu rezeki dan dia akan ganti yang baru.  Teruskan usaha untuk mencari rezeki yang halal.  At least u olls rasa juga mengandung,  I dan Khafi ni.....tak mengandung-ngandung pun lagi.  DUK MENGANDUNGI LEMAK SAHAJA.

So marilah membaca ulasan dari i olls. 
  1. Tuduhan Hang Mengandung Anak Luar Nikah
    Obviously,  makcik u olls itu mempersoalkan kuasa Allah.  Mariam tak kawen,  masih anak dara tiba-tiba mengandung Nabi Isa itu apa dia pulak?  So,  kesimpulan kepada pernyataan makcik u olls itu adalah,  she simply jealous sebab anak dia 2 3 tahun tak beranak-ranak.  Semua ni kerja tuhan.  Doktor pun tak boleh tolong.
  2. Jangan Meminta Dari Orang Yang Membenci Kita,  CONFIRM KITA DICEMUH
    Dalam kes u olls dicemuh kerana meminta dia tolong carik buah nam-nam,  i have to say.  ITS YOUR OWN FAULT,  QASIDAH.  Hang sendiri pun tau,  makcik u olls ini mulut puaka.  Masa u olls kawen duk kutuk u olls sana sini.  So why u olls pi mesej dan mintak tolong dia?  For me,  itu u olls sendiri carik penyakit. 

    Next time,  mintaklah dari kawan-kawan dan saudara yang sayang kita.  Of coz depa akan usaha untuk dapatkannya walaupun terpaksa terbang ke negeri Tunisia.  Last sekali,  yang bagi buah tu pun kakak angkat u olls kan?  HAAAAAAAAAAA! 

    And same goes pasai u olls pi SMS dia bagitau pasai u olls dah selamat menggugurkan anak.  U OLLS GATAI PI SMS DIA BUAT APA!  Sah - sah lah dia akan mengkepo dan bertanya soalan-soalan tak tentu hala kepada u olls.  Silap-silap,  dia langsung tak kesian kat u olls.  TAPI MENCEMUH DAN MENGATA DI BELAKANG "Haaa..........duk belagak sangat mengandung cepat...nenjia...kena gugur terus!"  Kan?????????

    I know,  niat u baik untuk inform kat dia.  Tapi,  orang macam ni tak payah u olls.  Kalau i jadi u,  i akan diam saja.  Biar I sms semua sepupu-sepupu I yang lain,  i tak inform dia apa-apa.  Pastu,  kalau dia sedar yang she is the only one left out....BIAR DIA TERASA SENDIRI.
     
  3. Orang Kuat Agama Yang Sembahyang 5 Kali Sehari dan Feeling Confirm Masuk Syurga
    U olls,  bagi i orang-orang yang macam ni,  senang ja.  Actually u olls,  depa memang berlagak dengan kita sebab depa sembahyang lima waktu semua sebab semalam Tuhan telefon depa dan confirmkan depa masuk syurga nanti.  GITUUUUU!  So,  sapa lah kita nak judge depa alim ulama apa semua,  TUHAN CALLED DEPA TERUIH!!!!
  4. Syurga di Tapak Kaki Suami,  tapi.....mak?
    U olls,  memang betul,  syurga seorang isteri berada di tapak kaki suami.  Tapi kita kena ingat juga dalam kursus kahwin ada menyebut,  ikutlah semua permintaan suami itu selagi tidak menyalahi akidah dan tuntutan agama Islam. Tapi maybe,  suami u olls pasti mempunyai sebab tersendiri mengapa dia tak benarkan u olls menjaga dan berjumpa ibu u olls sendiri.  Mesti ada banyak benda yang membuatkan dia terguris ataupun simply dia tak sampai hati tengok u olls susah akibat ibu u olls sendiri. 

    I pernah bergaduh dan tak bertegur sapa dengan mak i dua kali dalam hidup i.  Tapi bak kata pepatah,  hati perempuan ni,  sekeras-keras kerak nasik.  Kalau direndamkan dalam air,  maka lembutlah ia.  GITU!  Pokoknya terletak pada hati u olls.

    Apa pun,  kalau u olls tau yang mak u olls tengah terlantar sakit dan adik lelaki u olls langsung tidak mempedulikannya,  I OLLS BERANI BET BAHAWA U OLLS ADALAH ORANG YANG AKAN PERGI MENGAMBIL DAN MENJAGA IBU U OLLS ITU.  Walaupun macam mana pun dia buat bagi kita sakit hati,  sebagai manusia,  pasti kita akan lupakan kisah-kisah dulu dan jaga dia dengan baik selagi hayatnya dikandung badan.  Sebab kot mana pun,  dia tetap ibu yang melahirkan u olls di dunia ini.

    Dan di saat itu,  barulah ibu u olls akan menyedari,  anak mana yang baguih?


  5. Masalah Antara Anak dan Mak
    U olls,  setahu I la kan,  mak u olls pergi dan keluar dari rumah u olls sendiri kan?  Bukan uolls halau kan?  So,  kenapa tiba-tiba makcik dan pakcik u olls duk memaksa u 'amik' mak u olls balik.  Maafkan i olls kalau i salah,  bagi i,  kalau mak u olls keluar sendiri,  takdak sapa halau dia.  So kalau dia nak balik,  biarlah dia balik sendiri.

    Satu lagi culture kita orang Melayu yang pada pandangan I olls adalah jauh berbeza daripada cara orang barat.  Kita orang Melayu,  bila kita dah tua,  dah pencen,  dah takdak kerja,  KITA EKSPEK ANAK-ANAK KITA TANGGUNG KITA SEMUA.  Siriesly,  i bukan nak cakap korang ajak kat orang - orang tua kat Melesia.  Kes ni bukannya merujuk to all.  I cakap macam ni sebab i merujuk kepada beberapa kenalan i punya uncle dan aunty. 

    Bila depa dah tua,  depa takdak saving.  Depa takdak rumah sendiri (selama ni depa menyewa).  So depa harap 100% daripada anak-anak depa untuk menjaga dan mengasuh depa.

    Memang betul,  tanggungjawab kita sebagai anak untuk menjaga orang tua kita.  Benda ni semua di ajar dalam agama Islam.  Tetapi,  kita kena fahami konteks yang diajar dalam agama kita itu,  menjaga itu bukan bermaksud 100% tanggung hidup mak bapak kita.  Aiiyo! Kalau macam tu.....macam mana kita nak teruskan hidup kita dah dah ada kerjaya dan keluarga sendiri. 

    So,  just because dari kecik kita jaga anak kita,  beli makan,  pakai,  tempat tinggal,  pendidikan,  so bila depa dah besar,  tugas anak pulak kena tanggung hidup mak bapak itu secara 100%.  Wahai uncle-uncle dan aunty-aunty sekalian,  cara ini tidak lestari (sustainable).  Janganlah menyalah gunakan statement yang diajar dalam Islam untuk kepentingan diri sendiri. 

    Apa yang i olls cuba maksud adalah,  kita semua mesti ada perancangan untuk jaga diri sendiri apabila kita dah tua.  Tak perlu rely on anak-anak kita dan juga sapa-sapa saja.  Siriesly,  I tanya u olls semua,  sapa kat sini ada kenal dengan pakcik atau makcik mana-mana yang lepas pencen saja enjoy semua duit pencen dan gratitute depa sampai habis.  Yang lelaki,  sibuk nak kawen lagi satu pastu pi perabih duit pencen kat bini muda.  Pastu silap hari bulan pulak,  pi kawen dengan perempuan yang disyaki pondan.  (GITU!)  Pastu sibuk pi Siam la apa semua.  Pi perabih duit kat pompuan dan pondan Siam.  Enjoy sana sini sampai papa kedana.


    Makcik-makcik pulak,  akan berlaku pada kes makcik-makcik yang pencen dan takdak laki.  Tiba-tiba jadi janda / balu kaya u olls.  Kalau tak kuat iman,  habislah!  Depa berpeleseran di sana sini.  Pi berabih duit main kut beli pinggan mangkuk,  belajar pi karaoke dan enjoy dengan kawan-kawan yang tiba-tiba jadi kawan baik bila kita banyak duit. 

    Bukan tak boleh enjoy u olls!  Boleh........tapi kalau boleh enjoy lah berpada-pada.  Jangan sampai bagi perabih teruih.  Lepas tu,  bila duit dah habis,  menumpang hidup rumah tangga anak-anak.  Kalau menumpang cara baik takpa.  Ini tidak,  bila mai duduk menumpang,  masuk campur pulak hal anak-anak sampai membuatkan rumah anak beranakjadi porak peranda. 

    I respect mak dan bapak I olls.  Depa dua - dua dah cukup tua u olls.  Sorang 57 sorang lagi 64 tahun.  Dua-dua masih sihat dan kuat (sebab depa sangat menjaga kesihatan depa).  Depa love kuat,  always together,  tak perlukan kami anak-anak ni sangat untuk bawak depa pi berjalan.  In fact,  depa dua pi melancong sana sini honeymoon lebih hebat dari kami.  Pi New Zealand,  pi China,  pi rombongan apa bagai semua.  Orang kata,  duit bulan tu kena bagi kan?  Mak bapak I olls,  kalau tak bagi pun takdak,  sebab walaupun depa dah pencen.  Depa dua dua ada business sendiri.  Walaupun kecik,  tapi kalau kami nak bagi kat depa sebulan RM300 tu.  Depa anggap celah gigi depa saja. 

    I really respect my mak and bapak,  Kak Edeh dan Abang Manap.  Depa dua tak bergantung pun kat anak-anak.  Depa ada rumah sendiri,  (ANAK-ANAK YANG DAH KAWEN NI DUK MENUMPANG RUMAH DEPA....SAT LA ABANG MANAP...I DALAM PROSES NAK BELI RUMAH SENDIRI LA NI).  And i think,  kita semua dah tua,  jadilah mak bapak tua yang bertanggungjawab kat diri sendiri.  Tak payah nak harap anak-anak kita jaga kita sangat.

    Sorry kalau i membebel di sini,  cumanya i nak tekankan konsep tanggungjawab anak menjaga mak bapak yang dah tua.  Melainkan mak dan ayah kita memang betui betui terlantar sakit,  yes!  Kita kena jaga depa.  Dan kalau sihat,  tanggungjawab kita untuk selalu contact dan tanya khabar depa semua.  Tolong apa yang patut.  Dan dalam perspektif yang berlainan,  mak dan bapak juga kenalah jadi insan yang bertanggungjawab.  Janganlah salah gunakan konsep ini untuk ambil kesempatan kepada anak-anak yang nak mulakan hidup sendiri.
  6. Sokong Cadangan Suami Hang  :  JANGAN CONTACT DAH ORANG NEGATIF MACAM NI
    I sangat sokong pendapat suami u olls.  Buat apa nak ada hubungan dengan orang yang tak hargai kita.  Respect people who respect us.


  7. Live Life Cool
    Dan last sekali,  tak mau berleter panjang sebab i dah berleter panjang di atas......................."Live Life Cool".  Focus pada orang yang sayang kita saja.  Hindarkan orang-orang yang menyerap energy baik kita.
Sekian,  love u.

Jumie Samsudin

2 comments:

  1. sebenarnya aku pon sgt respect ngan deni sebab rajin inform abes kat sepupu sepapat semua, walaupon depa dok cakap negatif2 pasai dia...

    aku dengan sepupu ka, mak sedara ka, mana rapat ja aku sms... yg kureng rapat, aku boh status kat fesbuk, pandai2 ampa la nak baca... hahahahh...

    ReplyDelete
  2. Im speechless tapi apa yang saya mampu beri pada awak ialah... TABIK SPRING!!! YOU ARE THE MOST BEST PERSON I EVER KNOW :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com