Dear Jumie,
Aku ade 1 persoalan. Wajarkan suami/isteri, tunang, GF/BF @ kawan share password? Tak kisahla, Facebook ker? Email ker. Account bank ker? Blog ker? Nak PM orang lain, orang lain yang menyamar macam bodoh. Tertipu. Tak pasal-pasal jadi isu plak.
Truly,
Lasalei a.k.a Mommy Damien
Dear u olls,
Welll....awat uolls tanya persoalan ini? Apakah kes yang utamanya. Mesti ada kes besar ni sampai tiba-tiba tanya ni kat I. Tapi takpa, i dont want to be kaypo. Because this is a very important issue yang perlu dikongsikan bersama. I olls ada beberapa kisah yang boleh dijadikan panduan dan tauladan kita semua.
Pada pandangan I olls, basically setiap pasangan, walaupun macam mana kuat cinta kita, kita kena still maintain personal space untuk diri masing-masing. Tapi kalau ada pasangan yang jenis share semua benda bersama, itu adalah suatu benda yang sangat sacred antara ampa berdua okay. Like me and En. Khafi..............KAMI SHARE SEMUAAAAAAAAAAAAAAAAAA BENDA! I mean like everything. Takdak tipu. Takdak selindung. Marka kami sebelum ni berapa ramai. Apa benda tak elok kami nak pernah buat dulu. Tempat mana kami dah pernah pi. Tempat mana tak pernah pi. Berapa marka kami pernah cium-cium. HAHAH semua kami dah luahkan. So, antara kami berdua memang takdak rahsia dan takdak selindung ni semua. Sebab kami dua dah more than best friends. I AM SO HAPPY ADA SUAMI YANG SANGAT BEST MACAM KHAFI. Dia terima i hari ini. Bukan apa yang i pernah buat dulu kala di dunia yang fana ini.
Dalam hal-hal tertentu sepert passwords, tiada rahsia juga. Like my FB and his FB, kami saling tahu password kami. Kad bank. No insurance. Berapa bank account yang dia ada .....
(HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA KENA TAU NA...SATGI SILAP SILAP LAKI KITA ADA ACCOUNT LAIN YANG KITA TAK TAU. NENJIA DALAM TU DUK ADA DUIT BELAMBAK DIA DUK SIMPAN UNTUK KAWEN LAIN KA APA KA......SEMUA PEREMPUAN KENA ADA SIKIT PERASAAN PARANOID MACAM I...HAHAHA)
Password telefon. Kami memang telus. Tapi cumanya, I tak mau jadi bini-bini paranoid tak tentu hala sangat yang 24 jam duk pulun jaga pergerakan laki depa. Masa mula-mula kapel yes, i cek semua telefon En. Khafi semua, buang semua no fon kawan dia yang nama perempuan. SAMPAI NOMBOR FON MAKCIK, SEPUPU DAN BESTFRIEND LAKI DIA YANG NAMA MACAM PEREMPUAN PUN I DELETED. HAHAHAHAAHAH....Pastu lepas kena maki sebab menyusahkan keadaan, i pun tak buat dah benda bodo tu.
The thing is actually very simple, kalau laki kita share password FB depa segalanya. Kita tak kisah pun nak cek apa bagai semua. Kita just saja nak simpan. Tapi kalau kata, kita mintak password kat depa, tiba-tiba depa tanya balik "Awat hang nak tau?" HAAAAAAAAA NENJIAAAAAAAAAA...........time tu kita nanti jadi saspisyes style teruk punya! Apa benda yang dia nak sembunyi semua kat kita? Kan............
So, i dan En. Khafi memang share semua details password apa semua. Dan walaupun i ada semua access kepada personal FB and email beliau, tapi i takdak masa nak pi cek apa benda tu semua. For me, biarlah....itu life hang. Hang pun tak menyibuk life aku. Dan akak pun takut jugak, satgi i pi tau benda benda yang I tak sepatutnya tau, daripada elok elok, nenjia nanti bergaduh pulak dua orang tiba-tiba. Because cara i layan En. Khafi senang sangat, I tak kongkong u olls, i trust u olls. Walaupun I trust him only like 60% (JANGAN PERCAYA LELAKI 100% ITU ADALAH BENDA BODO POMPUAN BUAT), tapi i percaya pada satu benda "Kalau hang nak pi kat perempuan lain, go ahead. But u can never find another woman like me," GITUUUUUUUUUUUUUUUUUU! (Tiba tiba kedengaran lagu Beyonce Who Runs The World di belakang)
Yang tengah baju merah sikit tu sepupu i, i kat belakang (tengah) duk pegang bendara. Tapi muka i tak nampak sangat. I nak low profile. |
I ada satu kes yang i nak perdengarkan kepada u olls semua. Kes ni dah lama. I akan share dengan u olls semua. So, sepupu-sepupu i yang tahu kes ni. Inilah statement rasmi daripada I dan Surianie a.k.a Cakcing. Takdak niat untuk menghasut dan sebagainya. U olls nilai lah sendiri. Kisah ini adalah antara sepupu I dan juga adik ipar my sister. So faham kan? Sepupu I dan juga adik i punya adik ipar.
Okay, kisahnya, sepupu i duk try adik i punya adik ipar. HAAA!! Sepupu i ni nama dia Julia. Adik I, Cakcing kan dah bertunang. Dia ada adik ipar, nama Rozaini. Rozaini ni jantan la u olls. Ada marka, nama Diana. So Rozaini dan Diana ni memang cinta kuat. Rozaini ni kira big star jugak kat Penang ni, sebab dia adalah juara lumba motosikal cuprix kat Malaysia ni. Gitu. Diana pun bukan calang-calang canteknya.
Kisahnya, sepupu i si Julia ni suka kat Rozaini. So dia duk bermesej dalam FB dengan Rozaini. Dan Rozaini pun membalasnya. Julia pun macam seronoklah sebab mendapat respon posiotif dari jantan yang dia suka.
So, one day, Julia dapat call dari seorang perempuan. Dia maki Julia "Hey......hang pompuan siye. Duk kacau laki aku. Tak tau malu. Hang ingat hang cantek sangat. Hang ingat laki aku mau sangat ka kat hang!! Selama ni hang duk mesej aku!! Bukan laki aku!!" KESAHHHHHHHHHHHHHHHHH!!
Maka, haruslah sepupu i sentap dan terboje!!!!!!!!!! Apa pompuan ni tiba-tiba mai maki aku?
So, Julia pun contacted me and Cakcing and mintak tolong we olls untuk memaki si Diana itu. Tapi, I dan Cakcing angkat tangan. Walaupun Julia adalah sepupu kami, tapi kami tak mau masuk campur hal ini. Kerana :
- Masa Julia nak mesej Rozaini, mesti dia dah add Rozaini punya FB semua. Takkan dia tak nampak Rozaini In the relationship dengan sapa?
- Kalau nak memondan pun dengan jantan, pi la carik jantan jauh-jauh sikit. Awatlah mai carik dekat-dekat sangat dengan kami. Bila jadi macam ni? Bukankah Surianie pun tanggung malu jugak dengan keluarga ipar duai dia. "Ohhh....ang ni keturunan yang memang suka mai kacau laki orang ka?"
- Lagi satu, Julia pun tak salah 100%. Maybe niat dia hanya nak mencuba untuk berkawan. Tapi bila dapat respon baik, dia pun teruskanlah. Tak salah tu. Tapi, sapa suruh Diana gatai pi respons! Kat sini, Diana pun salah jugak. Sapa suruh dia GARIKKKKKK PI REPLY MESEJ ITU. Kalaulah dia just delete mesej itu, dan bagitau laki dia kata ...ada satu pompuan nama Julia duk mesej nak kenalan dengan u. I dah delete. WHY NOT KAN?????? Habis cerita.
Mak bapak i pun duk suruhla kami melupakan benda benda tu dan reconcile balik, tapi rasanya, biarlah benda ni jadi. Kami bukan buat salah apa-apa. Depa sendiri yang nak pereng kat kami tiba-tiba, kalau betul depa pikiak dan pandang kami sebagai sepupu depa, KENAPA DEPA SANGGUP MAI MEMONDAN KAT JANTAN-JANTAN YANG ADA SANGKUT PAUT DENGAN LAKI KAMI? KAMI PUN ADA AIR MUKA JUGA.
Akhir kata, kesimpulan yang boleh akak berikan kepada persoalan ini adalah kita patut saling mengetahui password masing-masing. Tapi gunakanlah kemudahan password itu dengan bijaksana. Dan sentiasalah mengetahui dan menghargai sempadan dan ruang peribadi masing-masing.
Love,
Jumie Samsudin
Sesungguhnya I loike gila this entry, wahai Jumie yg comel lotey :) a good one!
ReplyDeletesungguh setuju with jumie!!! lg2 bab password2 suma nih... nice entry ;)
ReplyDelete