23.6.12

Perspektif Serbanista

Hello u olls,

Serbanista adalah perlambangan sinikal yang digunakan oleh Obefiend dalam blog dan Twitternya yang melambangkan orang-orang yang alim ulama suka memberi komen berteraskan agama Islam di alam maya. 

Akak nak gunakan istilah itu di sini.  Baru-baru ini ada kawan saya tagged saya di dalam Facebook Wall beliau re-quoting tentang perumpamaan yang akak buat tentang perkahwinan.

Tiba-tiba ada seseorang yang tak puas hati dan kata perumpamaan akak ini tidak sesuai dan mempersoalkan kenapa 'perkahwinan' disamakan dengan benda haram iaitu perjudian.

Ampa baca la sendiri. 


Okay,  i admit it.  Its not nice to samakan perkahwinan dengan perjudian.  TAPI TAK SALAH KAT MANA PUN AIH.  Bukannya aku suruh ampa pi berjudi apa bala semua.  Aku cuma nak ampa tau bahawa perkahwinan ini memang macam judi.  Tak semestinya kita untung saja.  Tak semestinya kita rugi sahaja.  Apa pun,  kita kena amik risiko untuk teruskan permainan ini.

Tak taulah En. Red Bard ni dah kawen ke tak.  Tapi I olls memang malas sangat nak berperang kata dalam Facebook wall ni.  I bukan macam dulu-dulu u olls.  Sekali silap kata,  terus lantang ku carutkan Facebook mu hingga u olls terasa nak blocked Facebook diriku. I am no more like that.  Apatah lagi kalau benda remeh macam ni.

Sapa sokong saya?  Terima kasih dan teruskan membaca blog saya.  Kepada yang tak berapa nak sokong saya,  SILA BLAH!

Love,
Jumie Samsudin

6 comments:

  1. tapi memang selalu aku baca kat mana2 pon orang bagi perumpamaan camtu...tak pernah plak orang nak samakan dengan perniagaan ke atau main saham yang sah2 sama jugak ada untung-rugi...

    contoh eh, kalo kita berserah nasib kepade bende2 negatif kan selalu orang cakap "memperjudikan nasib" atau "gadaikan nasib" cube tengok contoh ayat dalam kamus dewan... haha... sound sooo negative kan? tapi applicable, dan tak ramai pun bising hal camni...

    payah sangat suruh je la kamus dewan hilangkan perkataan negatif2 macam judi, la semua tu senang...

    ReplyDelete
  2. pokoknya cara penerimaan kak..
    betei lah tu..
    luaskan perspektif.
    dia xpat terima, xpe lah..
    yang penting smpai mksd yg ahkak nk ckp tu.

    ReplyDelete
  3. die butthurt sebb dia tak pernah berjudi so x phm la apa ka jumie ckp. kira dia nih dok kias la supaya kak jumie terang cara lain yg dia buleh paham... *tgn ke dada, mata ke atas*

    ReplyDelete
  4. sokong. nak jadi readers kenalah liberal...

    ReplyDelete
  5. dalam bahasa, ada elemen personafikasi, metafora, hiperbola dan sebagainya. malangnya tak semua pun faham sastera ni hihihi.

    ReplyDelete
  6. pernah ker org kate perkahwinan tuh mcm memancing...hahaha...mmg salu org2 tua pon ckp perkahwinan tuh umpama perjudian....huhuhu...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com