Yes!! Minggu persembahan teater-teater pelajar tahun akhir jurusan Lakonan dan Pengarahan, PP Seni USM telah bermula. Minggu lalu ampa semua dah heboh dengan Kasanova kan. Okay minggu ini adalah masanya untuk persembahan Teater Akulah Perempuan Itu.
Teater Akulah Perempuan Itu ini merupakan sebuah karya adaptasi
daripada penulisan Siti Rohayah Atan, yang berkisarkan tentang hidup
wanita-wanita yang datang daripada latar belakang dan latar masa yang
berbeza namun menghadapi permasalahan yang sama iaitu penindasan oleh
lelaki. Melalui karya ini kami cuba membawa satu pemikiran tentang nilai
seorang wanita di mata masyarakat dan kami juga ingin membawa satu
kesedaran kepada penonton tentang hak dan keistimewaan seorang wanita.
Kesedaran ini bukan hanya difokuskan kepada lelaki tetapi kepada wanita
sendiri kerana untuk mengangkat nilai hormat seorang wanita, wanita itu
seharusnya tahu untuk menghormati akan dirinya sendiri. Kepada penonton
wanita, kami ingin mengajak mereka untuk melihat sendiri bagaimana
setiap seorang wanita dalam cerita ini bangkit untuk mempertahankan
maruah mereka sendiri, walaupun kehidupan seorang wanita sentiasa
terikat kepada hukum partriarki dan sosialisasi masyarakat. Wanita harus
menjadi penyelamat kepada diri sendiri.
Butiran pementasan teater adalah seperti berikut :
Tarikh : Khamis, Jumaat dan Sabtu (10, 11 dan 12 Mei 2012)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pelenggang Cahaya USM
Harga Tiket : RM5
Masa : 8.30 malam
Tempat : Pelenggang Cahaya USM
Harga Tiket : RM5
Watak-watak dalam Teater ini
Kartika
"Saya sedar peristiwa itu banyak menimpa kepada orang lain. Kepada kakak-kakak yang tidak pernah dapat melupakan semua itu. Makcik makcik yang terus tersisksa kehidupan mereka. Malah kepada nenek-nenek yang terpaksa mengharungi sisa-sisa hidupnya yang hitam."
Pelakon: Amylya Suwany
Tahun 3

Kamariah
"Mengapa Bakhtiar melupakan cengkaman tangan Milah di saat akhirnya menjadi penghuni dunia? Bukankan Milah membisikkan kata; “Milah sayangkan abang.” Tidakkah Bakhtiar melupakan jeritan Hasan meminta tolong ketika Milah diperkosa oleh Lazim dan Seman malam itu?"
Pelakon: Detie Hayatie
Tahun 2

Tun Teja
"Kita cintakan Laksamana seluruh jiwa dan raga Kita. Tidak pernah Kita cintakan lelaki seperti itu. Kita sanggup keluar secara diam-diam tanpa pengetahuan ayahanda ke rumah Dang Ratna, hanya kerana berjumpa dengannya."
Pelakon: Eyta Laila
Tahun 1

Jom saksikannya malam ini!! Jumpa u olls di sana!
Masyitah ni dasyat na...dari dulu minat teater ..
ReplyDeleteBFF Ika Nabila AF...