Orang Penang yang duduk Tanjung, kalau taktau apa tu rasam, sila pergi pindah duduk area Balik Pulau ataupun Seberang Jaya. Kuah dia ni masam-masam tapi pedas dan berempah. Sesuai untuk orang yang sakit-sakit nak demam selesama CIKGU....ataupun kepada ibu ibu mengandung yang dalam pantang sebab lada yang digunakan amatlah bagus untuk memanaskan badan.
Cara makan dia, u olls boleh makan dengan nasik letak atas nasik macam biasa. Ataupun ikut cara orang India, depa bubuh rasam dalam gelas kecil. So sambil makan nasik, depa hirup kuah rasam tu. Bagus untuk penghadaman mereka.
Saya memang suka rasam. Khafi tak suka. Sebab depa ni jawa jawa ni lain tekaknya. Tapi takpa, sekali sekala akak buat. Dia bedal jugak.
Kepada rakan-rakan India saya, kalau resepi saya salah, mintak mahap ya :)
| Rasam telur. Gambar Ehsan Regina Ibrahim |
Bahan A :
2 camca makan asam jawa (direndam dalam 2 cawan air)
3 camca makan serbuk rasam
1 sudu teh lada hitam (ditumbuk kasar. Kalau nak lebih pun boleh bagi pedas)
3 biji tomato masak ranum (lenyek-lenyekkan. Tak perlu buang kulit)
1 biji kentang size sederhana besar
2 biji telur ayam
3 ulas bawang putih (buang kulit dan bakar)
Sedikit garam
Bahan B
Minyak masak
1 ulas bawang besar dihiris
3 ulas bawang kecil potong empat (macam potong buh oren)
5 tangkai cabai kering ( nak potong-potong pun boleh...tak mau potong pun takpa)
1 sudu teh halba campur
2 tangkai daun kari
Cara-caranya :
- Renehkan air asam jawa dan rempah rasam dan lada sulah.
- Masukkan tomato. Bila dah mendidihkan sikit. Boleh masukkan tomato.
- Now bila air rebusan asam dan rempah tengah nak mendidih. Kita panaskan minyak dalam kuali. Prepare untuk 'tumis darat'.
- Bila minyak dah panas, masukkan bahan-bahan B. Sampai bawang dah kuning dan dah wangi, angkat semua bahan-bahan dalam kuali dan masukkan dalam kuah asam tadi. Masa ni akan wangi aroma meletops!
- Pastu ambil bawang putih yang dibakar tadi, lenyekkan, dan masukkan dalam kuah rasam.
- Bila kuah tengah mendidih, masukkan telur sebijik demi sebijik. Jangan kacau.
- And then, masukkan garam secukup rasa. Kalau tak cukup asam, tak cukup pedas. Maknanya ada la yang tak betui kat resepi aku tu. Sekian, harap maklum. TERIMA KASIH!
wow thanks jumie..rasam mmg feveret saya walaupun saya jawa johor..bole la buat lauk dlm pantang nanti
ReplyDeletecik minah pun suka buat rasam.
ReplyDeleteother than telur, boleh boh ikan masin sebagai lauk.
kalo makan rasam ni, badan terus jadi hot.
jumie, hangpa boh kunyit dak dalam rasam?
dalam rempah tu ada semua. Takpayah tambah kunyit dah. kalau nak tambah lagi kuning and wangi la.
Deletejumie, dah lama x makan!!
ReplyDeletesedap! dulu ang selalu masak..
1st time makan rasam sedap..kali kedua makan juling bijik mata xtau nk ckp la cm na sedap ooo...thanx k.jumie kongsi resepi nih
ReplyDeletehuishhh terliuq aih
ReplyDelete