KISAH SEORANG LELAKI, ANAKNYA DAN SEEKOR KELDAI

Gambar dari Youtube KidsCartoons
Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang mengembara bersama anak lelakinya. Depa ada sekok keldai. So dalam perjalanan mereka singgah di satu kampung. Apabila mereka tiba di kampung itu, penduduk kampung itu semua mencarut kepada lelaki itu dan berkata
"Hang ni tak guna punya bapak. Hang tak kesian ka tengok anak hang penat jalan kaki. Apa guna hang ada keldai. Bagi la anak hang duduk atas keldai tu,"
Maka lelaki itu pun mengikut kata orang kampung sekalian dan membagi anak dia duduk atas keldai depa. Maka depa pun meneruskan perjalanan depa.
Sampailah mereka ke satu kampung lagi satu. Apabila mereka tiba di kampung itu, lain pulak ceritanya. Tatkala melihat si anak itu berada di atas keldai maka orang kampung pun berkata,
"Apa punya anak lagu ni. Style serr. Bagi bapak hang berjalan, hang duduk atas keldai sedap-sedap. Kesian kat bapak hang. Hang ni anak tak guna,"
Lagu tu pulak kisahnya. Mendengar kata-kata orang kampung itu, si anak pun terus turun dari atas keldai dan meminta ayahnya naik ke atas keldai itu untuk meneruskan perjalanan mereka.
Apabila mereka sampai ke kampung ke tiga, orang kampung itu semua pun berkata,
"Ni apa punya bapak tak guna! Ang tak kesian ka anak hang yang kecik tu berjalan kat bawah. Hang pulak duduk ataih keldai itu. Apa punya orang tua takdak akai macam keldai,"
Lelaki itu berasa malu dengan kata-kata orang kampung itu, lantas dia pun menarik tangan anaknya dan menyuruh anak dia naik dan duduk di atas keldai itu juga. Mereka pun meneruskan perjalanan depa.
Apabila mereka tiba di satu kampung, semua orang kampung terkejut apabila melihat mereka. Mereka menjadi berang dan berkata kepada dua beranak itu,
"Nenjiaa ampa dua ni takdak akai kaaaaa!! Dua dua duduk atas dongki tu. Ampa ingat ampa kecik ka. Ampa tak kesian ka kat keldai itu!!"
Moral Of The Stori
Apa pun kita buat orang akan tetap mengata. Buat baik pun kena kata, buat jahat pun kena kata. So, yang penting, tetapkan niat (yang baik) hanya kerana Allah Taala dan lepas tu biar apa pun orang kata hang tetapkan pendirian dan teruskan kerja hang.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
ps/ thanks AsmakAishah for this stori. :)
hahaha...dh tau kisah n..tp bile kak jumie yg story telling mmg sgt2 menarik la..hehehee..
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM
ReplyDeletekak jumie...
ni ape maksud?
Style serr ?
kte tak biase gune ar... ce cte..ce cte...