12.8.11

Wedding-Wedding Planner Saya

Wedding Planner # 1

The House of Red Gincu


Kalau jumpa sapa-sapa pun mesti depa nanti kata "Haaaaaaaaaaaaaaaaa...senang la hang adik hang ada kedai pengantin! Mesti semua dia sponsor!"  Yes,  memang saya sangat beruntung sebab ada adik yang ada kedai pengantin :)  Adik kami,  Surianie Samsudin a.k.a Cakcing bertanggungjawab untuk membuat hiasan pelamin untuk majlis pernikahan dan malam berinai saya.  Dia juga yang arrange untuk siapkan baju nikah dan baju bersanding di Johor.  Cayalahhh!

Deni lah Cakcing nama dia.  Dia adik akak.  Tapi memang betui la yang u olls tengah pikiak tu,  AKAK LAGI CANTEK DARI DEPA SEMUA. 
Seperti u olls tau THO Red Gincu fofular dengan lukisan henna,  koleksi mini pelamin yang meriah dengan susunan bunga dan sekarang ni Cakcing dah gigih ada pelbagai koleksi pakej perkahwinan lagi meriah dan meletops.  U olls boleh lah ke kedai dia untuk keterangan lanjut. 

Kedai Cakcing iaitu The House of Red Gincu terletak di Bangunan I Avenue,  Bayan Baru,  Pulau Pinang.  Kalau sapa nak pi sana,  kena buat appointment dahulu okay.  Tapi u olls semua boleh selalu menengok semua-semua hasil kerja beliau dalam FB page Red Gincu atau pun weblog The House of Red Gincu


Hasil kerja busana pengantin dan dekorasi pelamin dan dewan terbaru oleh The House Red Gincu di Setia Pearl Island,  Penang.
Lokasi :
(For appointment only )
Lot 1-3-79 I-Avenue,
11900 Bayan Baru,
Pulau Pinang
Landmark : bersebelahan B-suite Hotel & JPJ Bayan Baru

Contact details :
Call / Sms : 019-5434377 (Sue)
Email : redgincu@yahoo.com

Information tentang pakej wedding 2012 by The House of Red Gincu.




Wedding Planner # 2
Kerawang Klasik Bridal

Pastu ampa jangan lupa,  saya berasa sangat beruntung sebab bukan saja adik saya adalah seorang wedding planner yang meletops.  Malah mak ayam saya pun ialah seorang make up artist dan wedding planner yang sangat dikenali kat Penang ni.  Mesti la 'bagi muka' kat mak ayam I jugak. 

Untuk majlis persandingan,  I olls menyerahkan tugas wedding planner kepada mak ayam i iaitu Zarina Abdul Rahman a.k.a Baby Zarina pemilik Kerawang Klasik Bridal.  Beliau akan buat segala-galanya for majlis persandingan anaknya ini.
Antara hasil kerja pelamin by Kak Baby and team Kerawang Klasik Bridal.
Baby Zarina terkenal dengan make up nya yang very the floless dan natural.  Beruntung I olls mengenali beliau sebab I olls sendiri telah mengimprovekan hasil make up I olls selepas mengenali beliau.  Thank u mama.  Dan menyentuh tentang hasil kerja wedding beliau,  Kak Baby adalah seorang yang amat menepati masa dan janji.  Dia tidak akan ambil banyak-banyak wedding dalam satu hari.  Maybe 1 or two saja untuk memastikan kualiti perkhidmatan yang dia berikan adalah menepati bayaran yang dikenakan.  Dia juga pakar membuat kerja dengan KEMAIH sekali.  :)

Mak ayam I pose atas kubur Francis Light.  KAU MAMPU!!!
Juga untuk u olls yang mempunyai tubuh badan agam seperti JUMIE SAMSUDIN atau lebih agam,  jemputlah ke Kerawang Klasik Bridal kerana sesungguhnya beliau mempunyai banyak koleksi pakaian untuk pengantin agam yang sangat meletops u olls.  Bukan naya kes punya.

Alamat kedai :
No 11-G Tingkat 1, Pejabat Lebuh Buckingham, 10200 George Town, Malaysia

Emel : zarinavega@yahoo.com
No tel : 012-5542658 / 017-4830445

Waktu Operasi :
Isnin - Ahad
11pagi hingga 8malam

Facebook Kerawang Klasik Bridal
http://kerawangklasik.blogspot.com/



Wedding Planner # 3

De'Sh Boutique

Its not difficult mencarik butik pengantin di area Bukit Gambir,  Ledang,  Johor iaitu area kampung En.  Khafi.  Masa ronda-ronda kat area Bukit Gambir tu ada banyak kedai pengantin yang hias kedai depa meletop-letops.  So akak dan Mak Juma pun meronda la dua tiga kedai.  Rata-rata they olls macam boh layan jer kat akak dan Mak Juma.  Yelah maybe sebab kami pun dressap biasa saja.  Takdak feeling-feeling datin u olls.

Then kami jumpa butik tajuk De'Sh Boutique.  They olls tiga orang wanita iaitu Ely YatySuhana Senin and Heleyati Suhana.  Ala-ala 3 Diva u olls - Semua tumbuh jadi satu.  They olls jemput kami dengan ramah mesra dan very the layanan diraja okay.  We olls pun rasa happy sangat.  Lebih rasa happy ialah they olls semua memberikan kotesyen yang teramat akak setuju!!

Tiga DIVA meletops!! Thanks u olls sebab sudi membantu I olls untuk kenduri di Johor nanti.  Ampa yang jantan-jantan baca blog aku jangan duk over over nak add depa.  Depa semua dah bini orang ni. 

Pelamin
Hias bilik tidur
Meja Pengantin
Pintu Gerbang
Kek Pengantin

Ampa teka berapa?

RM1300 sahaja!
Ha menangeh terharu satttttttttttttttttttttttt!! Itu pun mula-mula makmen akak nak suruh pi ajak kedai lain lagi sebab Mak Juma kata ada tempat lagi murah.  Tapi En.  Khafi pujuk mak dia dan kata,  kalau murah sangat pun tak cantek tak guna jugak.  Dia pun tunjuk gambar-gambar pelamin De'Sh Boutique pernah buat.  Maka makmen akak pun bersetuju dengan syarat "Kalau betui korang nak ini,  takpa.  Tapi korang bayar sendiri,"  Hihihih...takpalah.  Takkan semua mak nak bayar.  Kesian la.....


Baru-baru ni pun akak dah jumpa dengan gang DeSh Boutique lagi.  They olls cerita lebih panjang tentang perniagaan depa.  Actually depa ni lebih focus kepada mengambil tempahan baju raya ataupun baju kawen.  Suhana,  one of the tailor pernah bekerja dengan Radzuan Radziwill selama lebih kurang 8 tahun.  Gila banyak tu pengalaman u olls. 

Ini antara baju hasil kerja depa.  Akak tengah galakkan depa amik tempahan online! Baru meletops u olls.
Tapi apa pun,  I olls harap u olls akan buat yang terbaik untuk majlis kami di Johor nanti.  Seperti pesan terakhir akak kepada gang DeSh Boutique.  Yang penting ada pelamin,  ada bilik tidur,  ada meja pengantin ada semua-semua ni cukuplah.  Ampa buatlah yang terbaik.  KAMI TAK KISAH :)

Lokasi kedai  :
No 131,  Jalan Gambir 6,  bandar Baru Bukit Gambir,  84800,  Tangkak Ledang,  Johor Darul Takzim.

No tel  :
Sue :  017-3926158
Yatie :  017-6779321

Facebook Page DE SH Boutique

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam kak..nak tumpang wat iklan ala2 comel skit leh..hehe..

    klu sesaper free, ringan2 kan lah jari yer tuk bukak official page sy kat FB just type: jejarytouch and uolss leh view semua album2 dlm tu. sy actually wat hantaran jer...x wat lain da. harga ikkut bajer customer.
    Kalau uolss search kat FB tu, cari atas nama jejarytouch sahaja k..tu yg official. byk lg pic2 hantaran dlm progress nak upload kt situ.

    thnx kak bg laluan. :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com